
Hasrat ibu mengandung naik kereta polis tercapai
Only social or community posts, or a single source.
What happened
PETALING JAYA – Hasrat seorang ibu mengandung yang mengidam untuk menaiki kereta peronda polis akhirnya tercapai apabila warga Polis Daerah Seremban memenuhi keinginannya itu. (Kosmo!, 21:41)
Read the reporting
1 report
Hasrat ibu mengandung naik kereta polis tercapai
PETALING JAYA – Hasrat seorang ibu mengandung yang mengidam untuk menaiki kereta peronda polis akhirnya tercapai apabila warga Polis Daerah Seremban memenuhi keinginannya itu.
Momen istimewa itu menjadi kenangan manis buat bakal ibu berkenaan menjelang kelahiran cahaya mata pertamanya.
Perkongsian video berkenaan turut memperlihatkan keprihatinan anggota polis dalam menyantuni masyarakat, bukan sahaja menerusi tugas menjaga keamanan, malah dengan memenuhi permintaan orang ramai.
“Seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut mendoakan agar bakal ibu itu dipermudahkan segala urusan dan menyambut kelahiran bayinya dengan penuh kegembiraan,” menurut kenyataan rasmi Facebook PDRM hari ini.
Sementara itu, orang ramai turut tercuit hati dengan perkongsian tersebut dan meninggalkan pelbagai komen di media sosial.
“Semoga anak ini yang bakal dilahirkan menjadi seorang yang berjaya dan dapat berbakti kepada masyarakat,” kata Matthew Tan.
“Terbaik la PDRM layankan adik comel mengidam..adoi nasib suami pon layan,” tulis Nor Afida.
“Mujurlah minta naik kereta polis. Dulu tak silap ada yang mengidam nak peluk navy,” komen Wan Zulhilmi. – KOSMO! ONLINE
The post Hasrat ibu mengandung naik kereta polis tercapai appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!21:41
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.