
Hassan tinggalkan kerjaya tetap demi bahulu bakar
Only social or community posts, or a single source.
What happened
MELAKA: Demi memastikan warisan keluarga tidak terkubur ditelan zaman, Hassan Faisal Sayujan sanggup meninggalkan kerjaya tetap dalam sektor perkilangan di Kuala Lumpur kira-kira tiga tahun lepas untuk mengusahakan pembuatan bahulu bakar tembaga sepenuh masa. (Berita Harian, 11:42)
Read the reporting
1 report
Hassan tinggalkan kerjaya tetap demi bahulu bakar
MELAKA: Demi memastikan warisan keluarga tidak terkubur ditelan zaman, Hassan Faisal Sayujan sanggup meninggalkan kerjaya tetap dalam sektor perkilangan di Kuala Lumpur kira-kira tiga tahun lepas untuk mengusahakan pembuatan bahulu bakar tembaga sepenuh masa.
Keputusan itu ternyata tidak sia-sia apabila perniagaan yang mula diusahakan secara sambilan bersama bapa mentua, Iskandar Nor Baharom, 62, pada setiap hujung minggu di sebuah bengkel khas di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 2018, kini berkembang dengan pembukaan cawangan kedua di Melaka dan seterusnya cawangan ketiga di Temerloh, Pahang dijadualkan beroperasi pada akhir Oktober ini.
Hassan Faisal, 37, berkata minat untuk menghidupkan kembali perniagaan warisan datuk dan neneknya yang dimulakan pada 1982 itu tercetus apabila mendapati peralatan pembuatan bahulu, khususnya acuan tembaga lama, masih elok dan boleh digunakan.
"Perniagaan bahulu ini pada mulanya diusahakan datuk dan nenek saya di Kuala Pilah pada 1982 secara tradisional menggunakan acuan tembaga dan membakarnya menggunakan sabut kelapa, namun ia tidak dapat diteruskan disebabkan faktor usia.
"Saya merupakan generasi ketiga yang meneruskan perniagaan ini bersama bapa mentua untuk mencari duit poket dengan menjual kuih tradisonal itu menerusi platform dalam talian selain di reruai program serta karnival sekitar Kuala Lumpur, namun tidak menyangka bahulu mendapat permintaan tinggi," katanya kepada Bernama di premis Bahulu Bakar Tembaga Melaka di Jalan Pokok Mangga di sini baru-baru ini.
Hassan Faisal berkata, permintaan yang semakin menggalakkan mendorong beliau bersama isterinya, Nurul Syamimi Iskandar Nor, 35, membuka bengkel pembuatan bahulu di Kuala Pilah pada akhir 2023 sebelum mengembangkan perniagaan dengan membuka cawangan kedua di Melaka pada Ogos 2024.
Menurutnya, perniagaan itu kini mempunyai 14 pekerja dan bakal diperluas menerusi pembukaan cawangan ketiga di Temerloh, sekali gus dapat mempromosikan bahulu tradisional kepada lebih ramai pelanggan.
Bagaimanapun di sebalik perkembangan itu, beliau berkata usaha mengekalkan kaedah pembuatan tradisional bukan sesuatu yang mudah kerana proses membakar bahulu menggunakan sabut kelapa memerlukan kemahiran dan kawalan api teliti.
"Tidak seperti ketuhar moden yang suhunya boleh dilaras hanya dengan menekan butang, kaedah pembakaran bahulu ini menggunakan dapur gas, manakala bahagian atas acuan tembaga ditutup dengan sabut kelapa. Proses pembakaran turut menggunakan 'blower'.
"Acuan tembaga menjadi pilihan kerana tembaga dapat menyimpan haba lebih lama. Jadi, walaupun api sabut mula reda, acuan tetap panas," katanya.
Beliau berkata, kaedah itu bukan sahaja memerlukan ketelitian bagi memastikan bahulu masak sekata, malah turut berdepan cabaran mendapatkan tenaga kerja khususnya golongan muda, berikutan persekitaran kerja yang panas dan berasap serta keperluan berdiri dalam tempoh lama.
Mengulas strategi pemasaran, Hassan Faisal berkata, platform dalam talian khususnya TikTok menjadi antara pemacu utama perniagaannya apabila kira-kira 60 hingga 70 peratus jualan diperoleh menerusi medium berkenaan.
Katanya, pasukan pekerja turut menjalankan siaran langsung setiap hari dari bengkel di Kuala Pilah bagi mempromosikan produk, manakala pengeluaran bahulu dijalankan di kedua-dua cawangan.
Di cawangan Melaka, perniagaan itu mampu menghasilkan sekurang-kurangnya 100 bekas bahulu sehari, dengan setiap bekas mengandungi antara 30 hingga 35 keping bergantung pada saiz dan dijual dengan harga RM16 sebekas bagi perisa asli dan pandan (RM18).
Menariknya, produk itu bukan sahaja mendapat sambutan masyarakat Melayu, malah turut menarik pelanggan kaum lain, termasuk masyarakat Baba Nyonya di Melaka, khususnya ketika sambutan Tahun Baharu Cina.
Bagi Hassan Faisal, perkembangan perniagaan itu bukan sekadar soal memperluas pasaran, tetapi juga usaha memastikan kaedah pembuatan bahulu menggunakan acuan tembaga dan sabut kelapa terus diwarisi generasi seterusnya. – BERNAMA
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian11:42
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.