
Hektar REIT, Dignity sedia hidangan khasiat bantu 100 kanak-kanak belajar
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Seramai 100 kanak-kanak kurang bernasib baik menerima hidangan berkhasiat sepanjang Oktober menerusi sumbangan RM10,000 kepada Yayasan Dignity for Children Malaysia (Dignity) sempena Hari Makanan Sedunia. (Berita Harian, 20:49)
Read the reporting
1 report
Hektar REIT, Dignity sedia hidangan khasiat bantu 100 kanak-kanak belajar
KUALA LUMPUR: Seramai 100 kanak-kanak kurang bernasib baik menerima hidangan berkhasiat sepanjang Oktober menerusi sumbangan RM10,000 kepada Yayasan Dignity for Children Malaysia (Dignity) sempena Hari Makanan Sedunia.
Hektar Asset Management Sdn Bhd dalam kenyataan hari ini berkata, sumbangan itu disalurkan bagi menyokong Program Hidangan Harian Dignity yang menyediakan makanan kepada kanak-kanak pada setiap hari persekolahan.
Hektar Asset Management ialah pengurus Hektar Real Estate Investment Trust (Hektar REIT). Syarikat itu berpandangan akses kepada pemakanan mencukupi penting dalam menyokong pembelajaran, perkembangan dan kesejahteraan kanak-kanak daripada komuniti terpinggir.
Menerusi program berkenaan, setiap kanak-kanak menerima satu hidangan utama yang seimbang serta snek dari Isnin hingga Jumaat. Semua makanan disediakan segar di dapur sekolah.
Menu utama disediakan secara bergilir mengikut kesesuaian kanak-kanak, antaranya nasi goreng ayam, kari dhal kaya protein dan nasi lemak. Snek tengah hari pula merangkumi susu, buah-buahan segar serta biskut.
Bekalan makanan secara konsisten membantu kanak-kanak mengekalkan tenaga dan tumpuan sepanjang sesi persekolahan, selain mengurangkan gangguan pembelajaran akibat kelaparan.
Ketua Pegawai Operasi Hektar Asset Management, Sabrina Halim, berkata: "Setiap kanak-kanak berhak mendapat peluang untuk belajar, berkembang dan mencapai potensi penuh mereka, dan akses kepada nutrisi yang betul memainkan peranan penting dalam menjadikannya mungkin."
"Melalui kerjasama kami dengan Dignity, kami berharap dapat menyumbang ke arah mewujudkan persekitaran yang menyokong di mana kanak-kanak boleh memberi tumpuan kepada pendidikan dan perkembangan mereka sambil menerima khasiat harian yang mereka perlukan," katanya.
Ditubuhkan pada 1988, Dignity ialah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang memberi tumpuan kepada usaha mengubah kehidupan kanak-kanak terpinggir dan kurang bernasib baik menerusi pendidikan serta pembangunan holistik.
Sokongan disediakan organisasi itu merangkumi pendidikan akademik, pendedahan vokasional, latihan kemahiran hidup, pembangunan peribadi, penjagaan kesihatan dan pemakanan.
Usaha itu bertujuan membantu kanak-kanak memperoleh peluang kehidupan lebih baik, selain memutuskan kitaran kemiskinan.
Sabrina berkata, bantuan kepada komuniti perlu mengambil kira keperluan semasa dan kesan jangka panjang.
"Kami percaya bahawa inisiatif komuniti yang bermakna harus melangkaui sekadar menyediakan bantuan jangka pendek dengan menyumbang ke arah hasil positif yang berkekalan."
Inisiatif berkenaan turut menyokong tiga Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, iaitu Sifar Kelaparan, Kesihatan dan Kesejahteraan yang Baik serta Mengurangkan Ketidaksamaan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian20:49
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.