
Helmi Gimmick kesal abaikan sakit demi cari duit
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Helmi Gimmick kesal abaikan sakit demi cari duit (Harian Metro, 15:52)
Read the reporting
1 report
Helmi Gimmick kesal abaikan sakit demi cari duit
norhayati_nordin@hmetro.com.my
Kuala Lumpur : Penghibur serba boleh, Helmi Gimmick, 65, menyarankan kepada semua artis senior yang berusia emas agar mengutamakan kesihatan, sekali gus menolak tawaran kerja sekiranya tidak sihat.
Pemilik nama sebenar, Harun Tahir ini berkata, dengan pengalamannya yang lebih memilih kerja dan duit sebelum ini menyebabkan lewat menjalani rawatan hingga disahkan menghidap kanser buah pinggang tahap empat.
"Kepada rakan artis dan selebriti yang berasakan keadaan badan kurang sihat, saya sarankan dan ingin berkongsi nasihat agar segera melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.
"Jangan sesekali leka serta tangguhkan urusan rawatan pada peringkat awal, apatah lagi bagi kita yang sudah berusia dan dalam kategori warga emas ini kerana metabolisma badan makin berkurang.
"Jadi, kalau rasa badan itu sakit walaupun sedikit-sedikit, pergilah dapatkan rawatan awal. Usah terlalu gila kerja sebab duit, melainkan dapat rehat dengan cukup. Percayalah bahawa rawatan awal itu sangat penting," katanya kepada Harian Metro.
Ditemui baru-baru ini, bapa kepada empat anak dan datuk tiga orang cucu itu berkata, dia bagaimanapun bersyukur ketika ini sudah disahkan bebas kanser oleh doktor, walaupun tahap penyakit dihadapinya sudah kritikal semasa menerima tawaran.
"Kalau diingat-ingat semula, doktor sebenarnya sudah beritahu saya mengenai konduksi kesihatan diri untuk dapatkan rawatan lebih awal. Tetapi, saya pilih ambil mudah walaupun sakit sedikit-sedikit tidak apa, sebab seronok bekerja dan nak hiburkan orang.
"Saya sentiasa tangguh dan tangguh sampailah akhirnya saya 'bleeding' selepas kendalikan persembahan makan malam Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) pada 27 Disember tahun lalu. Selepas dikejarkan ke hospital dan dirawat, doktor beritahu saya ada kanser buah pinggang tahap empat.
"Bila jadi macam itu, nak cakap apa lagi sebab nasi sudah jadi bubur. Namun, Alhamdulillah Allah masih beri saya peluang kedua untuk sembuh dan bebas kanser. Kepada kawan-kawan, sayanglah diri kita dulu sebab kalau sakit, nikmat kesihatan sudah hilang," katanya.
Sebelum ini, Helmi selamat dibedah bagi membuang buah pinggang kirinya akibat kanser tahap empat dihidapi di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) Serdang pada 9 Januari lalu.
Dia kemudiannya dibenarkan pulang ke rumah pada 19 Januari untuk berehat, termasuk menjalani pemeriksaan doktor pakar mengikut temujanji ditetapkan setiap minggu ketika itu.
Sekarang, Helmi hanya perlu ke hospital untuk pemeriksaan lanjut setiap sebulan sekali, termasuk perlu makan satu jenis ubat sahaja dan mengamalkan rutin pemakanan sihat serta bersenam.
Terdahulu, Helmi sudah lebih 30 tahun menceburi industri sebagai penyampai radio dan pengacara yang fasih bertutur beberapa bahasa termasuk Inggeris, Mandarin, Tamil, Indonesia serta sedikit bahasa Perancis.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro15:52
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.