Malaysian Attention Engine
Live wire
48Agenda AWANI: Belanjawan 2027 | Kesihatan MADANI ‘back to basics’42General : Dr Mahathir Touched By Unceasing Prayers For Dr Siti Hasmah, Thanks Everyone41Business : Economic Reforms Over The Past Four Years Have Strengthened Malaysia -- PM Anwar39General : Fahmi Condemns Cyberbullying Of UM Student, Urges Victims To Lodge Reports39Istana Selangor serah pada polis siasat menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor37General : Gombak-Kota Bharu ECRL Tickets To Start At RM125, Sales Begin Mid-November37Allah ganti lebih baik – Janna Nick sebak kenang Bella Astillah menangis di majlisnya dua tahun lalu35Tiger Shroff selamat daripada cubaan tembak35Politics : Ahmad Zahid Urges N. Sembilan Reps To Prioritise People's Welfare34Polis tahan pengasuh bantu siasatan kes bayi meninggal dunia34Malaysia offers fire-fighting aid to Indonesia34'Munafik' cetus kecoh di Dewan Rakyat
NewConfirmedupdated 43 min ago

Hentikan bencana buatan manusia

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
46
no previous hour
Momentum
48
2 vs 0 mentions/h
Sources
5
3 mentions
Platforms
1
News
First detected 19 Oct, 09:00 MYTLatest activity 19 Oct, 21:08BMconfidence 83%

What happened

Hari ini Perdana Menteri Anwar Ibrahim dijadual mempengerusikan apa yang dipanggil mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Pengurusan Bencana Pusat. Mesyuarat akan bincang isu berkaitan jerebu ( obviously ) termasuk penyelarasan tindakan antara kementerian. Harapan saya apa jua keputusan yang dicapai akan dilaksanakan dengan efficient. Tidak ada tunggu-tunggu, tidak ada lengah-lengah, tidak ada tidak tahu siapa buat apa. Mesyuarat juga akan membincangkan perkembangan kebakaran di Indonesia. Sekali lagi saya kata obviously . Kebakaran terutama di Kalimantan masih berlaku, malah ada titik pan (Free Malaysia Today, 09:00)

Read the reporting

3 reports
Photo: Free Malaysia Today
Free Malaysia Today·News·BM·4 min read

Hentikan bencana buatan manusia

By Mohsin Abdullah · 19 Oct, 09:00 MYT

Hari ini Perdana Menteri Anwar Ibrahim dijadual mempengerusikan apa yang dipanggil mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Pengurusan Bencana Pusat. Mesyuarat akan bincang isu berkaitan jerebu ( obviously ) termasuk penyelarasan tindakan antara kementerian. Harapan saya apa jua keputusan yang dicapai akan dilaksanakan dengan efficient. Tidak ada tunggu-tunggu, tidak ada lengah-lengah, tidak ada tidak tahu siapa buat apa. Mesyuarat juga akan membincangkan perkembangan kebakaran di Indonesia. Sekali lagi saya kata obviously . Kebakaran terutama di Kalimantan masih berlaku, malah ada titik panas baharu dikesan.

Lima hari lalu Indonesia meluluskan tawaran bantuan daripada negara jiran bagi menangani kebakaran hutan dan tanah meluas. Dalam bahasa mudah, Indonesia terima bantuan asing tangani kebakaran hutan. Menurut Arrmanatha Christiawan Nasir, si menteri luar Indonesia, Presiden Prabowo Subianto telah meluluskan cadangan bantuan dan kini badan pengurusan bencana nasional mengadakan perbincangan di peringkat teknikal mengenai pelaksanaan. Saya harap perbincangan will not take ages .

Sebelum ini, Prabowo agak keberatan menerima tawaran bantuan negara jiran termasuk Malaysia, dan tidak mahu memberikan status 'bencana negara' ke atas kebakaran di Kalimantan. Begitu juga ketika banjir besar melanda Sumatera, khususnya Aceh tahun lalu. Pelik. Padahal rakyat Indonesia yang menjadi mangsa. Kali ini, seperti di Aceh, ada warga yang meninggal dunia termasuk anggota pasukan pemadam api, dan kesihatan ribuan terjejas akibat haze and smoke-related diseases .

Apa pun, untuk kebakaran di Kalimantan, Malaysia setakat ini menawarkan bantuan pesawat Bombardier, tiga helikopter dan 52 anggota pemadam kebakaran. Di Facebook, saya ada baca 'seruan' rakyat Malaysia berbunyi: "jangan ditolong". I take it yang menyeru demikian tidak mahu negara membantu Indonesia. Jelas ini 'seruan' penuh emosi. Janganlah begitu. Ya, jerebu dari Indonesia tetapi sudah jadi masalah kita. Maksud 'kita' ialah Malaysia, Singapura, Brunei dan tentulah Indonesia sendiri. Sekarang diberitakan jerebu mula merebak ke Jakarta.

Warga Indonesia ramai marah akan pemerintahnya. Sudah ada NGO dan juga individu memfail saman terhadap pemerintah atas dakwaan cuai melampau tangani kebakaran hutan. Yang nyata Indonesia sedang bergelut dengan kebakaran. Lebih 60,000 anggota pemadam api sedang bertungkus-lumus. Tentu ada perkiraannya mengapa Prabowo lambat menyahut tawaran bantuan negara jiran. Wallahu a'lam.

Namun, bantuan negara jiran adalah langkah jangka pendek. The main objective being put out the fires fast. Yang diperlukan juga ialah pelan tindakan jangka panjang dan berterusan kerana jerebu datang setiap tahun. A permanent solution is needed. Now .

Kebakaran berlaku secara terancang. Ia membabitkan hutan tetapi turut terbakar atau dibakar ialah pokok kelapa sawit tua yang buahnya sudah dipungut dan tidak berhasil lagi. Pokok-pokok itu perlu beri laluan untuk penanaman pokok baharu. Membersihkan ladang menggunakan jentera dan segala macam peralatan mengambil masa yang panjang dan menelan kos tinggi. Yes it all about dollars and cents. Maka apilah solusinya bagi syarikat termasuk yang bertaraf 'gergasi' serta tuan punya ladang. Cari mereka yang terlibat dan ambil tindakan? Sudah dibuat dahulu. Jadi mengapa kebakaran berulang saban tahun?

Mungkin tindakan tidak menyeluruh. Mungkin ada syarikat terlepas. Mungkin undang-undang tidak ketat dan denda tidak tinggi. Tidak setimpal dengan apa yang dilakukan. Semuanya kemungkinan.

Kali ini Singapura sudah hantar notis langkah pencegahan kepada tujuh syarikat di Indonesia yang dikaitkan dengan kebakaran hutan dan tanah gambut sehingga menyebabkan jerebu rentas sempadan yang parah. Kata kuncinya ialah 'syarikat di Indonesia'. Oleh itu, mungkin syarikat berpangkalan atau beroperasi di Indonesia tetapi tidak semestinya Indonesian, sebaliknya milik negara asing? Mungkin pemegang konsesi warga Malaysia atau Singapura? 'Syarikat di Indonesia' tentu sahaja boleh juga milik warga Indonesia.

Singapura tidak tolak kemungkinan untuk mengenakan penalti kewangan dan tindakan undang-undang jenayah jika tujuh syarikat yang ia namakan gagal mematuhi notis. Jurucakap Kerajaan Malaysia, Fahmi Fadzil, pula berkata tiada syarikat perladangan Malaysia dikenal pasti terbabit dalam aktiviti pembakaran di Indonesia yang mencetuskan jerebu.

Alhamdulillah, baguslah begitu tetapi 'tiada dikenal pasti' bukan jaminan 100% syarikat kita tidak terbabit. This can only mean they have not been located and identified. I hope this is not the case .

Sama ada syarikat kita terlibat atau tidak, realitinya kita terkesan teruk dengan jerebu. Bak kata Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Malaysia mesti bersedia ambil tindakan ke atas syarikatnya jika ada yang terlibat. Beliau mahu bantahan diplomatik Asean diselaraskan serta sekatan pembiayaan terhadap syarikat yang dikaitkan dengan amalan pembakaran terbuka. Kata beliau, bank-bank utama serantau boleh beri tekanan dengan menghentikan pembiayaan kepada syarikat yang didapati terbabit -- syarikat yang walaupun sedikit terkait dengan slash-and-burn tactics ini mesti disekat dan tidak boleh dapat lagi akses modal pasaran dan akses pinjaman, bukan setakat di Malaysia dan Singapura.

Ertinya beliau sarankan cut their access and hurt their wallet . Hurt them where it hurts them most , kata Syed Saddiq. Betul dan mungkin kita akan dapat atasi masalah kebakaran tahunan sekali gus jerebu once and for all.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

As published in Free Malaysia Today’s feed.Read at Free Malaysia Today

1 / 3 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • 2 mentions in the last hour after none the hour before
  • 3 independent sources, 2 new in the last hour
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 2 mentions/hpeak 47first news pick-upNEWnow11:0014:0017:0020:00
Latest 21:41 MYT
46New
Mentions / h2Velocity0.03/minSources5Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Free Malaysia Today) source
  2. News
    First news outlet reports it (Kosmo!) source

Where it started

Free Malaysia Today (News)
19 Oct, 09:00 MYT
Origin confidence 90% · 708 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Free Malaysia Today
    09:00

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 3 established outlet(s): Berita Harian, Free Malaysia Today, Kosmo!

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (5)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.