
HIS TIZA Pahang beli 30 peratus kepentingan dalam Mentiga pada harga RM21 juta
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: HIS TIZA Pahang Sdn Bhd (HTP) sedang memperoleh 30 peratus kepentingan dalam kumpulan perladangan dari Pahang iaitu Mentiga Corporation Bhd melalui pertimbangan tunai RM21 juta daripada pemegang saham terbesarnya, Amanah Saham Pahang Bhd (ASPA). (Berita Harian, 20:53)
Read the reporting
1 report
HIS TIZA Pahang beli 30 peratus kepentingan dalam Mentiga pada harga RM21 juta
KUALA LUMPUR: HIS TIZA Pahang Sdn Bhd (HTP) sedang memperoleh 30 peratus kepentingan dalam kumpulan perladangan dari Pahang iaitu Mentiga Corporation Bhd melalui pertimbangan tunai RM21 juta daripada pemegang saham terbesarnya, Amanah Saham Pahang Bhd (ASPA).
Mentiga melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, harga pengambilalihan itu mewakili premium 72.41 peratus kepada harga pasarannya sebanyak 58 sen sesaham.
Aset bersihnya yang belum diaudit berjumlah RM3.17 sesaham setakat 30 Jun 2026.
Selepas selesai, HTP akan menjadi pemegang saham kedua terbesar Mentiga, manakala ASPA, yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan negeri Pahang, akan kekal sebagai pemegang saham utama dengan pegangan 43.91 peratus.
Di bawah perjanjian itu, HTP komited untuk mengekalkan sahamnya di Mentiga selama sekurang-kurangnya lima tahun, mencerminkan matlamat pelaburan jangka panjangnya.
Urus niaga itu dijangka selesai dalam tempoh 30 hari pasaran dari tarikh perjanjian penjualan saham (SSA) atau pada tarikh kemudian yang dipersetujui bersama oleh ASPA dan HTP.
HTP merupakan usaha sama 50:50 antara TIZA Global Sdn Bhd dan HIS Holdings Sdn Bhd.
TIZA Global ialah syarikat pemegangan pelaburan bagi Pengerusi Eksekutif dan Presiden Citaglobal Bhd, Tan Sri Dr Mohamad Norza Zakaria.
HIS Holdings ialah syarikat pegangan pelaburan bagi Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Mohamad Norza berkata, HTP akan menyokong pemulihan berterusan Mentiga dengan membawa pemacu keusahawanan, pengalaman pemulihan dan peluang pertumbuhan baharu kepada lembaga pengarah serta pengurusannya.
"Mentiga mempunyai asas yang kukuh iaitu sebuah bank tanah Pahang yang besar, perniagaan perladangan yang mantap dan pemulihan yang berjalan.
"Kerajaan negeri Pahang telah meminta pelan pemulihan yang jelas untuk Mentiga. Kami mengalu-alukan peranan berterusan ASPA sebagai pemegang saham terbesar syarikat dan berharap dapat bekerjasama rapat dengannya," katanya.
Beliau menjelaskan, komitmen pegangan saham HTP selama lima tahun mencerminkan keyakinannya terhadap potensi Mentiga untuk menjadi platform yang kukuh dan mampan, mengejar peluang baharu, berkembang ke sektor pertumbuhan tinggi termasuk memberikan pulangan bermakna kepada ASPA serta pemegang kepentingannya.
HTP merancang untuk bekerjasama dengan lembaga dan pengurusan Mentiga dalam memacu produktiviti perladangan, mengukuhkan prestasi syarikat dan meletakkannya sebagai platform perladangan terkemuka di Pahang.
-BERNAMA
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian20:53
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.