Malaysian Attention Engine
Live wire
55Nazir Hussin dipanggil semula ke SPRM50General : Negeri Sembilan JPJ Seizes Four Luxury Cars Driven By Unlicensed Foreigners46Pusat peranginan terbiar jadi markas sindiket penipuan dalam talian44World : Hackers Target Over 100 Azerbaijani Government Domains43Mahkamah Rayuan tangguh keputusan rayuan saman fitnah Saifuddin terhadap Sanusi42Indonesia’s haze spikes Singapore pollution, shuts East Timor schools42General : Azrin Khairi Installed As 17th Undang Of Jelebu3929 individu ditahan promosi, sebar dakyah pertubuhan haram39Stay on and continue your duties, Anwar urges Loke37General : Mini Tornado In Damansara Caused By Active Thunderstorm Clouds, Says MetMalaysia37Kerajaan berusaha ringankan beban pemandu teksi – PM Anwar36Malaysia sasar 250,000 pelajar antarabangsa menjelang 2030
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Hobi melukis jana pendapatan, Afiq rai sambutan di luar jangkaan

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 14 Oct, 17:09 MYTLatest activity 14 Oct, 17:09BMconfidence 60%

What happened

Hobi melukis jana pendapatan, Afiq rai sambutan di luar jangkaan (Harian Metro, 17:09)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Hobi melukis jana pendapatan, Afiq rai sambutan di luar jangkaan

By Redzuan Muharam · 14 Oct, 17:09 MYT

redzuan.muharam@hmetro.com.my

Johor Bahru: Bukan sekadar menjadikan idola malah pemuda ini menzahirkan kasih sayang dengan menghadiahkan lukisan potret dihasilkan kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Bakat Mohamad Faizuafiq Othman, 26, atau dikenali Afiq Othman mendapat perhatian penyanyi nombor satu negara itu dan warganet selepas mula berkongsi hasil lukisannya di Threads menerusi akaun TanganByAafiq bulan lalu.

Sejak itu, ramai mengikuti perkembangannya malah hasil karya Afiq turut mendapat perhatian beberapa selebriti tanah air antaranya pelakon Azhan Rani, Zarif Ghazzi, Irfan Zaini, Siti Khadijah Halim dan Haidar selepas melukis potret mereka.

Berkongsi kisahnya, Afiq yang menetap di Taman Johor Jaya, di sini berkata, dia mula jatuh cinta dengan seni lukis sejak berumur 12 tahun malah Pendidikan Seni adalah subjek kegemarannya ketika di sekolah.

Lantaran itu, Afiq banyak meluangkan masa dengan melukis potret, haiwan dan bangunan selepas pulang dari sekolah malah mengakui ia adalah hobinya ketika itu.

Selepas tamat persekolahan, Afiq berehat seketika daripada hobinya itu bagi memberi tumpuan kepada perniagaan dijalankan.

"Saya mula ceburi bidang perniagaan empat tahun lalu dan pernah menjual brownies, marshmallow, cermin dengan ukiran tanah liat dan rantai kunci.

"Selepas tak berniaga, barulah saya aktif semula melukis dan mula ambil tempahan sejak tahun ini.

"Cuma saya tak jual lukisan potret sebaliknya fokus dengan lukisan kucing digital dan tak sangka mendapat permintaan tinggi hingga terpaksa hadkan kepada 30 ekor (lukisan) saja setiap bulan," katanya kepada Harian Metro.

Meskipun baru bermula, Afiq bersyukur kerana hasil sentuhannya mendapat perhatian ramai terutama dalam kalangan pencinta kucing.

Afiq berkata, ia membolehkannya meraih pulangan di luar jangkaan dengan paling tinggi pernah mencecah RM2,500 sebulan.

"Saya pernah bela tiga ekor kucing dan ada lukis potret berkenaan di TikTok. Tak sangka dapat perhatian dan di situlah permulaannya hingga dapat idea untuk menjana pendapatan.

"Bukan mudah kerana awalnya memang mencabar malah saya pernah ambil masa antara empat hingga enam jam untuk melukis potret kucing.

"Tempoh masa itu bergantung kepada kombinasi warna bulu kucing itu. Cuma ikutkan, saya pernah ambil lebih lama iaitu selama sebulan untuk hasilkan lukisan warga emas.

"Lukisan potret Datuk Seri Siti Nurhaliza juga mengambil masa empat hari untuk disiapkan kerana nak pastikan air mukanya sama manakala lukisan potret Irfan Zaini mengambil masa selama 11 jam," katanya yang juga anak bongsu daripada enam beradik.

Afiq berkata, dia terus berkarya kerana minat dan mendapat sokongan kuat daripada keluarga.

Katanya, peluang menjana pendapatan juga faktor yang mendorongnya untuk terus fokus mencari rezeki dengan menjual lukisan walaupun kini ada komitmen kerana turut bekerja sebagai juruwang di restoran milik keluarga.

"Permintaan terhadap lukisan itu ada cuma di Malaysia ini tidak sama seperti luar negara yang lebih menghargai seni.

"Tapi saya teruskan kerana seni lukis sudah sebati dalam diri ini hingga tak fikir hal lain waktu melukis.

"Setiap kali melukis, saya ada matlamat iaitu hasilkan lukisan yang nampak 'hidup' kerana itulah kepuasannya. Lebih banyak perincian lebih mencabar tapi beri kepuasan yang tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata selepas melihat hasilnya," katanya yang menjadikan lukisan kucing sebagai identitinya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow18:00
Latest 18:11 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
14 Oct, 17:09 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    17:09

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.