
Houthi makin ganas, pesawat Saudia sasaran misil
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
RIYADH – Dua saksi di lapangan terbang Riyadh berkata bahawa sebuah pesawat milik syarikat penerbangan nasional, Saudia mengalami kerosakan yang jelas kelihatan, selepas kumpulan Houthi melancarkan siri serangan menyasarkan kemudahan itu semalam. (Kosmo!, 08:42)
Read the reporting
2 reports
Tadika, pesawat rosak di Riyadh akibat serangan Houthi
RIYADH: Agensi Pertahanan Awam Arab Saudi berkata pada Khamis bahawa sebuah tadika dan kompleks perubatan di Riyadh rosak akibat serpihan peluru berpandu yang berjaya dipintas, beberapa jam selepas beberapa letupan menggegarkan ibu negara Arab Saudi itu.
Dua saksi berkata, sebuah pesawat milik syarikat penerbangan kebangsaan Arab Saudi, Saudia, di lapangan terbang Riyadh mengalami keretakan dan lubang pada badan pesawat.
Sumber yang mendapat maklumat mengenai perkara itu berkata, tiga pesawat mengalami kerosakan.
“Serpihan peluru berpandu jatuh di Riyadh selepas sebuah peluru berpandu balistik dipintas, menyebabkan kerosakan material kepada sebuah tadika dan kompleks klinik perubatan,” menurut kenyataan agensi itu yang disiarkan di X, tanpa menyatakan sama ada terdapat mangsa cedera atau terbunuh.
Houthi berulang kali menyasarkan Riyadh, yang mengetuai pakatan prokerajaan dalam memerangi kumpulan yang disokong Iran itu dalam perang saudara di Yemen, sambil berikrar untuk menyerang infrastruktur kritikal dan mengganggu ruang udara Arab Saudi ketika konflik mereka semakin memuncak.
Pengakuan pihak berkuasa Arab Saudi mengenai serangan yang mengenai struktur awam agak jarang berlaku, dengan pegawai hanya mengeluarkan beberapa kenyataan dalam beberapa minggu kebelakangan ini mengenai kesan serangan Houthi.
Skala dan kekerapan serangan yang menyasarkan ibu negara itu belum pernah berlaku sepanjang lapan bulan konflik yang telah merebak ke seluruh Asia Barat.
Serangan itu berlaku ketika Arab Saudi semakin terheret ke dalam konflik di Yemen yang kembali tercetus pada Julai, dengan kedua-dua kerajaan Arab Saudi dan Houthi menunjukkan kesediaan untuk meneruskan pertempuran berbanding mencari penyelesaian diplomatik. – AFP
The post Tadika, pesawat rosak di Riyadh akibat serangan Houthi appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- 2 independent sources, 1 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!08:42
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Kosmo!, Utusan Malaysia
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.
