
FBM KLCI berisiko uji paras 1,595 mata minggu ini
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
PETALING JAYA: Bursa Malaysia dijangka bergerak berhati-hati minggu ini dengan indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berisiko menguji paras sokongan 1,595 hingga 1,600 mata susulan tekanan jualan asing dan kebimbangan terhadap prospek ekonomi global. (Utusan Malaysia, 07:40)
Read the reporting
1 report
FBM KLCI berisiko uji paras 1,595 mata minggu ini
PETALING JAYA: Bursa Malaysia dijangka bergerak berhati-hati minggu ini dengan indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berisiko menguji paras sokongan 1,595 hingga 1,600 mata susulan tekanan jualan asing dan kebimbangan terhadap prospek ekonomi global.
Remisier Maybank Investment Bank Berhad, Jeffry Azizi Jaafar berkata, indeks dijangka bergerak mendatar dengan kecenderungan menurun, meskipun peluang pemulihan masih wujud bagi sektor dan kaunter terpilih.
Beliau berkata, anggaran awal pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia sebanyak 5.3 peratus pada suku ketiga berbanding enam peratus pada suku sebelumnya turut mempengaruhi sentimen pasaran.
“Tekanan jualan dana asing dan kebimbangan terhadap prospek kadar faedah Amerika Syarikat (AS) berpotensi mengehadkan minat belian pelabur.
“Indeks mungkin menguji paras sokongan 1,595 hingga 1,600 mata sebelum bergerak mendatar atau melantun semula ke paras 1,625 hingga 1,635 mata,” katanya dalam kenyataan.
Bagaimanapun, beliau berkata, penutupan harian di bawah paras 1,595 mata boleh membuka ruang kepada penurunan seterusnya ke paras 1,580 mata dan kemudian 1,560 mata.
“Sebaliknya, FBM KLCI berpotensi pulih ke paras 1,650 hingga 1,660 mata sekiranya berjaya melepasi dan bertahan di atas paras 1,635 mata.
“Unjuran itu berdasarkan analisis teknikal carta, manakala pergerakan sebenar pasaran bergantung pada perkembangan ekonomi dan sentimen pelabur,” ujarnya.
Dalam pada itu, Jeffry berkata, sektor perbankan menjadi antara sektor utama untuk diperhatikan berikutan pengaruh besar saham bank terhadap prestasi FBM KLCI.
Menurut beliau, kenyataan Gabenor Bank Negara Malaysia mengenai kesediaan bank pusat menaikkan kadar faedah sekiranya tekanan inflasi meningkat susulan kenaikan harga minyak dan ketegangan geopolitik di Timur Tengah turut menjadi perhatian pelabur.
“Walaupun pendirian itu memberi isyarat kemungkinan dasar monetari lebih ketat, kenaikan kadar faedah berpotensi memberi kesan positif kepada sektor perbankan, bergantung pada keadaan pasaran dan kesannya terhadap margin keuntungan bank.
“Sementara itu, sektor tenaga boleh baharu dan solar turut menjadi perhatian susulan perkembangan Skim Pembekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS),” jelasnya.
Katanya, laporan UOB Kay Hian menunjukkan permohonan berkaitan program itu berjumlah kira-kira tiga gigawatt (GW) daripada 11 pemohon, sekali gus mencerminkan minat terhadap bekalan elektrik hijau.
“Bagaimanapun, perkembangan kelulusan dan pemberian kontrak perlu dipantau sebelum potensi pemangkin kepada saham berkaitan dapat dinilai dengan lebih jelas.
“Kos pembiayaan dan kemungkinan kelewatan pelaksanaan projek kekal sebagai risiko kepada sektor berkenaan.
“Bagi sektor teknologi dan semikonduktor, perhatian pelabur tertumpu pada keputusan kewangan Texas Instruments dan Lam Research pada 21 Oktober waktu AS.
“Keputusan Texas Instruments dijangka memberikan petunjuk mengenai permintaan cip bagi kegunaan industri dan automotif, manakala prestasi Lam Research dapat memberikan gambaran mengenai perbelanjaan pengeluar cip untuk peralatan semikonduktor,” katanya.
Tambahnya, panduan korporat yang positif berpotensi menyokong sentimen sektor teknologi di Bursa Malaysia, manakala prospek lebih lemah boleh meningkatkan tekanan jualan.
“Dalam sektor pengguna dan peruncitan, bantuan kepada pengguna di bawah Belanjawan 2027 berpotensi menyokong perbelanjaan domestik.
“Bagaimanapun, peningkatan jualan tidak semestinya meningkatkan keuntungan pada kadar sama sekiranya kos pekerja dan operasi terus meningkat.
“Justeru, pemilihan saham secara selektif kekal penting memandangkan prospek setiap sektor dan syarikat dipengaruhi faktor berbeza,” katanya.
Dari segi data ekonomi, pelabur akan meneliti penerbitan Indeks Harga Pengguna (CPI) dan statistik perdagangan Malaysia bagi September pada 19 Oktober, selain data KDNK suku ketiga, pengeluaran industri, jualan runcit dan pelaburan China.
“Data berkenaan dijangka memberikan gambaran mengenai tekanan harga, prestasi eksport dan kekuatan permintaan serantau yang turut mempengaruhi sentimen pasaran.
“Di AS, keputusan kewangan Netflix pada 20 Oktober, diikuti Texas Instruments, Lam Research dan Tesla pada 21 Oktober, menjadi antara tumpuan pelabur untuk menilai prospek syarikat pertumbuhan global.
“Tuntutan pengangguran AS pada 22 Oktober, selain bacaan awal Indeks Pengurus Pembelian (PMI) AS dan bacaan akhir sentimen pengguna Universiti Michigan pada 23 Oktober, turut menjadi petunjuk kepada hala tuju ekonomi negara itu,” katanya. -UTUSAN
The post FBM KLCI berisiko uji paras 1,595 mata minggu ini appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia07:40
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.