Malaysian Attention Engine
Live wire
48General : Unhealthy API In 37 Areas As At 9.30 Am46Dewan Rakyat: Bantuan isi rumah M40, peruntukan sekolah antara fokus hari ini43Tiger Shroff selamat daripada cubaan tembak40Letupan, kebakaran di pangkalan tentera Kanada ragut beberapa nyawa39World : Canadian PM Confirms 4 Killed In Military Base Fire38Momen anak-anak cium tangan sebelum pergi sekolah sangat berharga- Syed Saddiq38PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang36Kampung Manis: Impian 227 keluarga miliki kediaman gantian semakin hampir3626 peserta sempurnakan misi tawan puncak Kinabalu35General : UMT Strengthens Global Standing This Year35World : 550,000 Take Part France Protests, 400 Arrested: Minister35Sport : Pearly-Thinaah Advance To Denmark Open Quarter-finals
NewConfirmedupdated 1 h ago

Vote-splitting fears troubling parties ahead of Melaka polls, say analysts

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
39
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
2
2 mentions
Platforms
2
News · YouTube
First detected 19 Oct, 08:00 MYTLatest activity 19 Oct, 08:11ENMixedBMconfidence 82%

What happened

Vote-splitting fears troubling parties ahead of Melaka polls, say analysts (Free Malaysia Today, 08:00)

Read the reporting

1 report
Photo: Free Malaysia Today
Free Malaysia Today·News·BM·3 min read

Parti politik bimbang undi pecah menjelang PRN Melaka, kata penganalisis

By Dineskumar Ragu · 19 Oct, 08:00 MYT

Bekas ahli MKT Umno, Puad Zarkashi, mencadangkan parti politik bertanding solo pada PRN Melaka bagi menguji kekuatan masing-masing sebelum menghadapi PRU16. PETALING JAYA: Kecenderungan parti politik keberatan bertanding solo pada pilihan raya menjurus kebimbangan berlakunya perpecahan undi, kata penganalisis.

Syaza Shukri. Syaza Shukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, berkata perpecahan undi orang Melayu merupakan 'ketakutan terbesar', terutama Umno dan PAS.

“Sekiranya undi orang Melayu berpecah, mereka mungkin masih boleh menang, tetapi ia akan menjadi ulangan PRN Melaka 2021, di mana lebih satu pertiga daripada kerusi dimenangi majoritinya tipis.

"Rakyat mungkin akan mempersoalkan keabsahan (parti menang). Idea untuk (Umno dan PAS) bekerjasama adalah untuk menunjukkan mereka mendapat mandat rakyat, sekali gus membolehkan Pakatan Harapan (PH) ditumpaskan sepenuhnya," katanya kepada FMT.

Syaza mengulas cadangan bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Puad Zarkashi, supaya semua gabungan dan parti politik bertanding solo pada PRN Melaka bagi menguji kekuatan sebenar menjelang PRU16.

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri dari Global Asia Consulting, berkata parti politik bertanding solo berdepan risiko mendapati tahap sokongan sebenar jauh lebih kecil, berbanding dakwaan pemimpin sendiri.

"Parti yang sering mendesak mendapatkan pembahagian kerusi yang besar mungkin mendapati pengaruh (sebenar) pada pilihan raya tidak sepadan dengan tuntutan," katanya.

Zaharuddin berkata, parti kecil mungkin kekurangan calon, dana, jentera pilihan raya, dan rangkaian akar umbi yang mencukupi bertanding secara bermakna di semua kawasan Parlimen atau DUN, manakala parti lain mungkin bimbang keputusan buruk akan melemahkan kedudukan rundingan menjelang PRU16.

Melaka jadi medan uji kaji

Syaza berkata, BN dan Perikatan Nasional (PN) dapat menggunakan PRN Melaka akan datang menentukan pihak mana yang menguasai sokongan pengundi Melayu di negeri itu.

"Kita tahu jika mereka bekerjasama, mereka boleh meraih peratusan undi Melayu yang besar, namun kita tidak tahu sama ada sokongan itu didorong Umno atau PAS,” katanya.

Bagaimanapun, Syaza berkata, jika dua parti itu bertanding solo dengan PAS muncul kuasa lebih berpengaruh, pandangan mengenai 'gelombang biru' mungkin tidak lagi tepat.

Zaharuddin pula berkata, Melaka menawarkan medan ujian politik yang bernilai, di mana keputusan PRN menjadi penanda aras berguna bagi parti politik menilai untung dan rugi.

Pada 2021, BN menang 21 DUN, diikuti PH (5), dan PN (dua).

"Namun, nilai sebenar bertanding solo jauh lebih daripada sekadar mengira jumlah kerusi. Ia membolehkan parti mengukur daya tarikan sebenar, kekuatan organisasi, kualiti calon serta keupayaan mereka menarik pengundi di luar asas sokongan tradisi.

"Gabungan politik kadang-kala boleh mewujudkan ilusi kekuatan dengan menggabungkan asas pengundi berbeza.

“Bertanding solo membantu mendedahkan parti mana yang mempunyai sokongan tulen akar umbi dan parti mana yang sangat bergantung kepada jentera, reputasi atau daya tarikan pilihan raya rakan kongsi mereka," katanya.

PAS, PH patut tanding solo

Syaza menjangkakan PAS akan bertanding PRN Melaka secara solo walaupun parti itu terus mendesak agar perpaduan ummah dicapai bersama Umno dan BN. Beliau berkata, langkah itu dapat mengukuhkan kedudukan rundingan parti tersebut.

PAS kini memegang dua daripada enam kerusi Parlimen di Melaka, iaitu Tangga Batu dan Jasin, manakala BN gagal menang sebarang kerusi pada PRU15.

Beliau berkata, PAS berpeluang memperoleh kelebihan dalam rundingan masa hadapan dengan BN, jika dapat mengatasi prestasi Umno sebagaimana yang berlaku pada PRU15.

"Tetapi, jika mereka kalah dan BN membentuk kerajaan Melaka, ia hanya kekal sebagai status quo. Lagipun, PAS bukannya hilang satu negeri."

Dalam pada itu, Zaharuddin percaya PH juga sepatutnya bertanding solo di Melaka, andai mahu membina asas kukuh menjelang PRU16.

"PH perlu mengetahui sama ada pengundi masih menyokong agenda reformasi, sama ada parti komponennya mampu mengekalkan kawasan DUN masing-masing, dan sama ada ia dapat meyakinkan pengundi yang belum membuat keputusan bahawa ia menawarkan kerajaan alternatif berwibawa," katanya.

Why it is new

  • Spread across News, YouTube
  • 2 independent sources, 2 new in the last hour
  • Driven by news coverage (3 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
  • Discussed in English, mixed-language, Bahasa Malaysia

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 39NEWnow
Latest 08:45 MYT
39New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms2

Timeline

  1. Detected
    First detected (Free Malaysia Today) source
  2. Language
    First Bahasa Malaysia coverage (Free Malaysia Today) source
  3. News
    First news outlet reports it (Free Malaysia Today) source
  4. Spread
    YouTube discussion begins (Free Malaysia Today (YouTube)) source
  5. Language
    First mixed-language coverage (Free Malaysia Today (YouTube)) source

Where it started

Free Malaysia Today (News)
19 Oct, 08:00 MYT
Origin confidence 60% · 0 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Free Malaysia Today
    08:00
  2. Step 2
    YouTube (mainstream)
    Free Malaysia Today (YouTube)
    08:11 · +11 min

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Free Malaysia Today, Free Malaysia Today (YouTube)

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (3)

Vote-splitting fears troubling parties ahead of Melaka polls, say analysts
Free Malaysia Today (YouTube)YouTubemainstreamMixednear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News · YouTube. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.