
26 peserta sempurnakan misi tawan puncak Kinabalu
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
26 peserta sempurnakan misi tawan puncak Kinabalu (Google News Malaysia (BM), 08:09)
Read the reporting
1 report
26 peserta sempurnakan misi tawan puncak Kinabalu
RANAU: Kesemua 26 peserta Jelajah Akinabalu 4095: Sinergi Dua Entiti berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu, di sini, kelmarin, sekali gus melakar pencapaian bermakna dalam ekspedisi yang menguji ketahanan fizikal dan mental.
Ekspedisi itu menghimpunkan warga kerja Berita Harian (BH), Harian Metro (HM), New Straits Times Press (NST) dan TV3, selain tujuh kakitangan Agrobank yang bersama-sama mengharungi cabaran pendakian ke gunung tertinggi di Malaysia itu.
Kejayaan menjejaki puncak pada ketinggian 4,095.2 meter dari aras laut itu melakar pencapaian bermakna buat peserta yang menyertai ekspedisi anjuran Kelab Media Prima (MPC) dengan kerjasama Kelab Agrobank, selain mendapat sokongan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah.
Peserta memulakan perjalanan sejauh lebih enam kilomater dari Timpohon Gate menuju ke Panalaban pada ketinggian 3,273 meter dari aras laut pada Jumaat lalu sebelum meneruskan pendakian ke puncak pada awal pagi keesokkannya.
Kejayaan menamatkan cabaran itu bukan sahaja menguji ketahanan fizikal dan mental peserta, malah menyemarakkan semangat kerjasama, disiplin serta kesepakatan antara kakitangan kedua-dua organisasi.
Kolaborasi berkenaan turut membuka ruang kepada warga MPC dan Kelab Agrobank untuk menyertai aktiviti luar yang mencabar, sekali gus mengukuhkan hubungan antara kedua-dua organisasi menerusi pengalaman bersama di sepanjang ekspedisi.
Gunung Kinabalu sebahagian daripada Taman Sabah terkenal dengan keindahan alam semula jadi serta kepelbagaian biodiversitinya diwartakan pada 1964 serta diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 2000.
Taman Kinabalu meliputi kawasan kira-kira 754 kilometer persegi dan mempunyai pelbagai habitat, termasuk hutan hujan tropika tanah rendah, hutan montane serta padang rumput alpine yang menjadi tempat perlindungan pelbagai spesies flora dan fauna, termasuk spesies endemik.
Gunung Kinabalu turut menjadi teras kepada Kinabalu UNESCO Global Geopark yang meliputi kira-kira 4,750 kilometer persegi, merangkumi Kota Belud, Kota Marudu dan sebahagian Ranau.
Pengiktirafan itu mencerminkan kepentingan kawasan berkenaan dari segi geologi, biodiversiti dan warisan budaya masyarakat setempat.
Kejayaan kesemua peserta menjejaki puncak Kinabalu ini menjadi pengalaman berharga yang terus menyemai semangat berpasukan, ketabahan dan kerjasama dalam kalangan warga MPC dan Kelab Agrobank
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsGoogle News Malaysia (BM)08:09
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Google News Malaysia (BM)
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.