
Ibu negara seolah-olah lokasi 'persinggahan' kenderaan tersadai
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Ibu negara seolah-olah lokasi 'persinggahan' kenderaan tersadai (Harian Metro, 06:51)
Read the reporting
2 reports
27,117 'besi buruk' tersadai
suharmin.yusuf@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Deretan kereta buruk dibiarkan berbulan-bulan, malah bertahun di tepi jalan dan kawasan perumahan bukan hanya mencacatkan pemandangan sebaliknya menjadi masalah berpanjangan kepada penduduk serta menuntut tindakan tegas pihak berkuasa tempatan (PBT).
Di sebalik kenderaan ditinggalkan tanpa pengawasan itu, tiga PBT di Lembah Klang merekodkan keseluruhan 27,117 kenderaan tersadai berdasarkan rekod bagi tempoh berbeza sejak 2021 hingga Ogos tahun ini.
Jumlah itu membabitkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), dengan MPKj merekodkan jumlah tertinggi sebanyak 12,290 kenderaan, diikuti DBKL sebanyak 11,001 aduan dan MPAJ sebanyak 3,826 kenderaan.
Walaupun rekod ketiga-tiga PBT meliputi tempoh berbeza, angka berkenaan menunjukkan isu kenderaan tersadai terus membebani kawasan pentadbiran masing-masing, khususnya di kawasan perumahan dan sekitar bengkel.
Lebih membimbangkan, kenderaan yang dibiarkan terlalu lama bukan sahaja mengambil ruang parkir dan menghalang pergerakan pengguna jalan raya, malah berpotensi menimbulkan risiko keselamatan serta menjejaskan kebersihan persekitaran.
Antara masalah yang dikenal pasti termasuk kebocoran minyak dan cecair automotif yang boleh mencemarkan tanah serta air, selain kenderaan terbiar berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk dan haiwan perosak.
Usaha mengalihkan kenderaan berkenaan juga bukan perkara mudah apabila PBT berdepan kesukaran mengesan pemilik, maklumat pendaftaran yang tidak tepat serta proses pengesahan dan pelupusan yang memerlukan beberapa peringkat tindakan.
Kos pembaikan yang tinggi dan kenderaan yang tidak lagi ekonomik untuk digunakan pula antara faktor yang mendorong pemilik meninggalkan kenderaan, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai keberkesanan usaha menangani masalah itu secara lebih menyeluruh.
Mukim Cheras paling banyak aduan
Sebanyak 12,290 kenderaan pelbagai jenis direkodkan sebagai kenderaan tersadai oleh Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dengan jumlah itu menunjukkan trend peningkatan sejak 2021 hingga Ogos lalu.
Dalam tempoh tiga tahun terakhir, MPKj menerima 3,351 aduan berkaitan kenderaan tersadai, iaitu 1,016 pada 2024, 1,216 pada tahun lalu dan 1,119 pada tahun ini.
Jurucakap MPKj berkata, lokasi paling banyak menerima aduan atau mempunyai kenderaan tersadai ialah Mukim Cheras, khususnya kawasan perumahan dan bengkel kereta dengan kereta lama menjadi jenis kenderaan paling kerap ditinggalkan.
"Antara faktor dikenal pasti ialah kenderaan rosak, kos membaiki kenderaan yang tinggi, memiliki lebih daripada satu kenderaan serta kenderaan dijual tanpa menukar nama.
"MPKj akan menjalankan siasatan di lokasi dalam tempoh 14 hari selepas menerima aduan dan notis amaran akan dikeluarkan dengan cara menampal pada kenderaan berkenaan.
"Pemilik diberikan tempoh 14 hari untuk mengalihkan kenderaan sebelum tindakan penundaan diambil," katanya dalam kenyataan bertulis kepada Harian Metro.
Menurut MPKj, sebanyak 2,605 kenderaan sudah ditunda, manakala 9,685 lagi belum diselesaikan.
Katanya, antara cabaran utama MPKj ialah pemilik kenderaan berpindah alamat, nombor pendaftaran kenderaan tiada serta pemilik asal menjual kenderaan tanpa menukar nama kepada pemilik baharu.
"MPKj tidak menanggung sebarang kos bagi tindakan penundaan kenderaan terbiar kerana melantik panel Car Medic bagi menarik kenderaan yang telah tamat tempoh dengan kehadiran anggota penguat kuasa," katanya.
Dalam perkembangan sama, katanya, kenderaan tersadai turut menyebabkan halangan lalu lintas dan penglihatan serta meningkatkan risiko kemalangan.
Katanya, ia juga boleh menyebabkan pencemaran tanah dan air jika berlaku kebocoran cecair seperti minyak, selain mencemarkan kebersihan setempat dan memberi imej buruk kepada komuniti.
"Kenderaan turut berpotensi menjadi tempat pembiakan vektor penyakit dan sarang haiwan perosak serta menafikan hak orang awam jika diletakkan di petak parkir," katanya.
Bagi menangani masalah itu, MPKj akan melantik kontraktor bagi memudahkan tindakan penundaan selain membuat hebahan kesedaran kepada pemilik selain hebahan berkaitan bantuan lucut hak.
Terlalu usang, tidak lagi ekonomik
Rekod Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menunjukkan 3,826 kenderaan tersadai bagi tempoh 2022 hingga Ogos lalu.
Jumlah itu menunjukkan peningkatan setiap tahun dari 2022 hingga tahun lalu sebelum merekodkan 709 kenderaan setakat Ogos lalu.
Berdasarkan rekod MPAJ, sebanyak 591 kenderaan direkodkan pada 2022, meningkat kepada 711 pada 2023, 801 pada 2024 dan 1,014 pada tahun lalu dan bagi tempoh sehingga Ogos lalu pula, sebanyak 709 kenderaan direkodkan.
Berdasarkan semakan di lapangan, jurucakap MPAJ berkata, aduan serta tindakan penguatkuasaan dijalankan mendapati kebanyakan kenderaan tersadai atau terbiar berada di kawasan taman perumahan serta kawasan berstatus kediaman strata.
Katanya, ia diikuti kawasan premis perniagaan komersial yang menjalankan aktiviti bengkel seperti membaik pulih atau mengecat kenderaan dengan kenderaan yang paling kerap ditinggalkan terbiar di tempat awam adalah kereta.
"Antara faktor yang mungkin menyebabkan pemilik membiarkan kenderaan ialah kenderaan yang sudah terlalu usang dan tidak lagi ekonomik untuk digunakan serta kos baik pulih terlalu mahal yang mungkin melebihi nilai semasa kenderaan.
"Pemilik berdaftar yang sudah tiada, tiada sebarang nilai pada pandangan pemilik serta kurang pendedahan berkaitan fungsi dan peranan agensi terlibat turut menjadi antara faktor," katanya dalam kenyataan bertulis kepada Harian Metro.
Katanya, MPAJ menggunakan Garis Panduan Pengurusan Kenderaan Terbiar di Kawasan Operasi Pihak Berkuasa Tempatan dalam menguruskan aduan kenderaan terbiar.
Menurutnya, proses itu bermula daripada penerimaan aduan, seterusnya MPAJ akan mengeluarkan notis, menjalankan tindakan penundaan, pelucuthakan sehingga peringkat pelupusan kenderaan.
"Pemilik diberikan tempoh tiga hingga tujuh hari bergantung kepada tempoh yang diberikan dalam notis kereta terbiar yang dikeluarkan di lapangan," katanya.
Dalam perkembangan sama, antara cabaran MPAJ dalam menangani isu ini adalah sikap pemilik kenderaan yang enggan membuat pembatalan secara kendiri di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) walaupun pihak JPJ tidak mengenakan sebarang kos bagi proses pembatalan hak milik kenderaan.
Jurucakap MPAJ berkata, pihaknya juga berdepan kekangan membabitkan kenderaan yang masih terikat di bawah Akta Sewa Beli 1967 (Akta 212), selain sebahagian bank tidak memberikan kerjasama untuk membuat pembatalan hak milik kenderaan milik mereka.
Katanya, ada juga kenderaan dalam simpanan Depoh MPAJ yang masih dalam rekod senarai hitam jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak insurans.
"MPAJ mengeluarkan kos sebanyak RM500 bagi setiap kenderaan terbiar bagi proses menunda, menyimpan, membuat semakan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) termasuk proses melupuskan kenderaan," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources
- Driven by news coverage (3 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro06:51
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Google News Malaysia (BM), Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.