
ICC putuskan bekas Presiden Filipina Duterte layak dibicarakan
Only social or community posts, or a single source.
What happened
MOSCOW: Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), memutuskan bahawa bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, layak untuk dibicarakan, lapor Sputnik/RIA Novosti. (Berita Harian, 09:09)
Read the reporting
1 report
ICC putuskan bekas Presiden Filipina Duterte layak dibicarakan
MOSCOW: Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), memutuskan bahawa bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, layak untuk dibicarakan, lapor Sputnik/RIA Novosti.
"Pada 8 Oktober 2026, Kamar Perbicaraan III Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengumumkan keputusannya bertarikh 28 September 2026 yang memutuskan bahawa Duterte layak untuk dibicarakan," menurut kenyataan itu.
Perbicaraan dijadual bermula pada 30 November 2026.
Duterte, 81, dituduh melakukan pembunuhan dan cubaan membunuh atas dakwaan pembabitannya dalam puluhan pembunuhan sebagai sebahagian daripada kempen dikenali sebagai 'perang terhadap dadah' ketika memegang jawatan, pada mulanya sebagai Datuk Bandar sebuah bandar di selatan Filipina dan kemudian sebagai Presiden.
Beliau bagaimanapun menafikan pertuduhan terhadapnya.
ICC menyiasat pembunuhan beramai-ramai dalam tindakan keras yang dilaksanakan bawah pentadbiran Duterte sejak 2018.
Anggaran jumlah kematian sepanjang tempoh Duterte sebagai Presiden adalah berbeza-beza, daripada lebih 6,000 yang dilaporkan polis negara itu hinggalah 30,000 seperti yang didakwa kumpulan hak asasi manusia.
Menurut pihak pendakwaan, polis dan kumpulan pembunuh yang dikaitkan dengan kerajaan, melakukan puluhan pembunuhan atas arahan Duterte, didorong oleh janji ganjaran wang atau bagi mengelak daripada menjadi sasaran sendiri. – BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian09:09
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.