
iFUTURE 2026: UM nafi ambil tindakan tatatertib terhadap mahasiswa
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KUALA LUMPUR - Universiti Malaya (UM) menafikan dakwaan bahawa tindakan tatatertib diambil terhadap seorang mahasiswa susulan persoalan dan pandangan yang disuarakannya pada sesi Sidang Kemuncak Pemimpin Muda Masa Depan Antarabangsa (iFUTURE 2026), baru-baru ini.Naib Canselor UM, Datuk Seri Prof Dr Noor Azuan Abu Osman berkata, universiti itu sentiasa menghormati hak mahasiswa untuk bertanya dan menyuarakan pandangan."Saya ingin menjelaskan bahawa tiada sebarang tindakan tatatertib diambil terhadap mahasiswa berkenaan. Sehubungan dengan itu, dakwaan yang tersebar mengenai perkara ini adalah ti (Sinar Harian, 16:34)
Read the reporting
2 reports
Tiada tindakan tatatertib terhadap mahasiswa UM dalam video tular tanya isu Najib - Naib Canselor
KUALA LUMPUR: Universiti Malaya (UM) mengesahkan tiada sebarang tindakan tatatertib dikenakan terhadap mahasiswa dalam video tular susulan persoalan serta pandangan disuarakannya ketika sesi iFuture, baru-baru ini.
Naib Canselor UM, Datuk Seri Prof Dr Noor Azuan Abu Osman, berkata pihaknya sentiasa menghormati hak mahasiswa untuk bertanya dan menyuarakan pandangan mereka.
Katanya, platform seperti iFuture yang diwujudkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menjadi ruang penting untuk mahasiswa berdialog secara langsung dengan kepemimpinan universiti.
"Saya mengambil maklum perhatian dan pelbagai reaksi yang timbul susulan perkara itu.
"Saya ingin menjelaskan tiada sebarang tindakan tatatertib diambil terhadap mahasiswa berkenaan.
"Sehubungan itu, dakwaan tersebar mengenai perkara ini adalah tidak benar," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Terdahulu, satu klip video memaparkan kenyataan lantang seorang pelajar UM mengenai skandal Lembaga Tabung Haji dan kutipan derma bagi membantu Datuk Seri Najib Razak membayar denda RM50 juta menarik perhatian orang ramai.
Mahasiswa wanita itu meluahkan kebimbangan terhadap gejala rasuah dan mempersoalkan bagaimana pemimpin masa depan seharusnya mengambil pendirian dalam isu berkenaan.
Noor Azuan berkata, perbezaan pandangan bukanlah suatu ancaman, sebaliknya sebahagian daripada budaya intelektual yang perlu terus dipupuk.
"Kita mungkin tidak sentiasa bersetuju dalam semua perkara, namun mahasiswa perlu diberikan ruang untuk bersuara dan didengari.
"UM akan terus komited untuk menjadi gedung ilmu terunggul yang melahirkan bakat terbaik negara, di samping membentuk sahsiah dan watak mahasiswa yang berfikiran kritis, berprinsip serta bertanggungjawab," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is rising
- 6 independent sources, 4 new in the last hour
- Driven by news coverage (6 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsSinar Harian16:34
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 6 established outlet(s): Berita Harian, Free Malaysia Today, Google News Malaysia (BM), Google News · video tular (BM)
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (6)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.