
Agrobank lancar program buru ikan asing di Tasik Ampang Hilir
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Presiden dan CEO Kumpulan Agrobank, Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin (kiri) bersama KSU Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Isham Ishak (tengah) hadir program mitigasi memburu ikan asing, di Taman Tasik Ampang Hilir. KUALA LUMPUR: Agrobank mempergiat program memburu ikan asing bertujuan memulihara spesies ikan tempatan di Tasik Ampang Hilir demi keseimbangan ekosistem air tawar. (Free Malaysia Today, 12:12)
Read the reporting
1 report
Agrobank lancar program buru ikan asing di Tasik Ampang Hilir
Presiden dan CEO Kumpulan Agrobank Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin (kiri) bersama KSU Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Isham Ishak (tengah) hadir program mitigasi memburu ikan asing di Taman Tasik Ampang Hilir. KUALA LUMPUR: Agrobank mempergiat program memburu ikan asing bertujuan memulihara spesies ikan tempatan di Tasik Ampang Hilir demi keseimbangan ekosistem air tawar.
Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank, Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, berkata kelestarian alam sekitar penting bagi memastikan kelangsungan sektor agromakanan negara.
“Kelestarian sektor agromakanan bukan hanya bergantung kepada pembiayaan dan pembangunan industri, tetapi juga kepada kesihatan alam sekitar yang menyokongnya.
“Inisiatif ini bertujuan menggalakkan warga kerja Agrobank memainkan peranan secara langsung dalam memelihara sumber semula jadi untuk generasi akan datang,” katanya pada Program Kelestarian Perikanan Darat: Mitigasi Memburu Ikan Asing di Taman Tasik Ampang Hilir.
Program itu melibatkan sekitar 250 peserta daripada tujuh agensi dan organisasi, termasuk 43 warga kerja bahagian pembangunan Agrobank.
Antara aktiviti utama ialah menangkap ikan asing menggunakan pukat, jala, pancing, dan bubu yang disediakan Jabatan Perikanan.
Sebagai sebahagian daripada usaha pemuliharaan, Agrobank turut melepaskan 1,400 benih ikan tempatan ke tasik berkenaan, terdiri 1,100 benih ikan baung dan 300 benih ikan lampam sungai.
Kepentingan usaha itu turut digambarkan menerusi rekod Jabatan Perikanan yang menunjukkan 146 daripada 154 ikan direkodkan di Tasik Ampang Hilir, atau 94.8%, merupakan spesies asing. Hanya lapan ikan direkodkan terdiri spesies tempatan, termasuk ketutu, haruan, puyu, dan kaloi.
Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu turut disertai Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Aquaria KLCC, TCE Tackles, dan Persatuan Pemancing Semalaysia.
Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Isham Ishak, mengalu-alukan sokongan Agrobank menerusi inisiatif CSR bagi menjayakan program tersebut.
Beliau berkata, penglibatan sektor korporat membuktikan usaha memelihara alam sekitar boleh diperkukuh melalui kerjasama antara kerajaan, sektor swasta dan masyarakat.
“Saya berharap kerjasama strategik seperti ini dapat diteruskan dan diperluas kepada lebih banyak inisiatif yang menyokong pengurusan sumber perikanan secara mampan serta pemuliharaan biodiversiti negara,” katanya.
Ketua Pegawai Pembangunan Agrobank, Ahmad Ariff Abu Bakar, berkata program itu antara lebih 30 aktiviti dijalankan Jabatan Perikanan bagi membantu memulihkan keseimbangan populasi ikan tempatan dan asing di tasik serta sungai negara.
Beliau berkata, usaha itu penting bagi meningkatkan kesedaran mengenai keperluan memulihara spesies ikan tempatan, terutama di Tasik Ampang Hilir yang mempunyai populasi ikan asing yang tinggi.
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Free Malaysia Today) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsFree Malaysia Today12:12
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Free Malaysia Today
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.