
Iga mahu dalami ilmu bersama Djokovic
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Beijing: Iga Swiatek menyifatkan Novak Djokovic sebagai pemain luar biasa sehingga sukar dipercayai, malah mengakui dia berharap dapat terus menimba ilmu daripada pemain yang dianggapnya sebagai seorang pemain yang memiliki pukulan balas servis terbaik. (Harian Metro, 10:02)
Read the reporting
1 report
Iga mahu dalami ilmu bersama Djokovic
Beijing: Iga Swiatek menyifatkan Novak Djokovic sebagai pemain luar biasa sehingga sukar dipercayai, malah mengakui dia berharap dapat terus menimba ilmu daripada pemain yang dianggapnya sebagai seorang pemain yang memiliki pukulan balas servis terbaik.
Tular video yang memaparkan pertemuan ringkas Djokovic dan Iga di gelanggang latihan menjelang Terbuka China di Beijing baru-baru ini.
Dalam video itu, pemain Serbia berusia 39 tahun berkenaan, yang sering dianggap antara pemain terbaik dalam aspek pemulangan servis, dilihat memberikan nasihat kepada pemain Poland berusia 25 tahun itu mengenai posisi badan ketika melakukan pukulan balas servis.
Selepas berkongsi ilmu dengan Iga, Djokovic menamatkan rentetan tiga kekalahan berturut-turut dengan cemerlang apabila memenangi lima perlawanan di Beijing untuk meraih gelaran pertamanya musim ini.
Sementara itu, Iga turut meneruskan kemaraan dalam saingan perseorangan wanita di Beijing apabila mara ke suku akhir untuk berdepan Elise Mertens.
Selepas mempamerkan aksi pemulangan servis yang cemerlang ketika menentang Iva Jovic dan menghasilkan lima break dalam kemenangan dominan 6-1, 6-3, juara Grand Slam enam kali itu ditanya mengenai Djokovic dan nasihat yang diberikan kepadanya.
"Statistik yang dicatatkannya benar-benar luar biasa sehingga sukar dipercayai. Namun, dia membuktikan perkara itu boleh dilakukan dan dia memang hebat.
"Dia sangat bertekad dan bermotivasi tinggi. Dia sememangnya contoh ikutan buat kami semua dan saya mengucapkan tahniah kepadanya.
"Saya berharap dia dapat mengajar saya dengan lebih lama tentang cara melakukan pemulangan servis kerana saya merasakan dia pemain terbaik dalam aspek itu.
"Segala yang dikatakannya juga sangat baik kerana dia seorang yang terbuka. Ini bukan kali pertama saya berpeluang bertanya sesuatu kepadanya dan dia sentiasa memberikan pandangan yang bernas serta sedia berkongsi ilmu.
"Jadi, sangat baik melihat pemain sepertinya turut mahu membantu pemain lain meningkatkan prestasi. Dia memang seorang yang baik dan saya amat menghargainya," kata Iga.
Pada penghujung video ketika Djokovic memberikan tunjuk ajar mengenai pemulangan servis, pemain berusia 39 tahun itu turut kedengaran berkata kepada Iga: "Kita akan berbincang lagi."
Justeru, Iga boleh menjangkakan lebih banyak tunjuk ajar mengenai teknik pemulangan servis daripada juara Grand Slam 24 kali itu pada masa akan datang.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro10:02
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.