
ILTIZAM sokong perkembangan sosioekonomi bumiputera secara mampan
Only social or community posts, or a single source.
What happened
ILTIZAM adalah platform impak sosial Ekuinas yang aktif menyokong perkembangan sosio ekonomi bumiputera secara mampan, dengan memberi tumpuan kepada komuniti B40 dan golongan yang memerlukan bantuan menerusi program-program berstruktur. (Kosmo!, 11:59)
Read the reporting
1 report
ILTIZAM sokong perkembangan sosioekonomi bumiputera secara mampan
ILTIZAM adalah platform impak sosial Ekuinas yang aktif menyokong perkembangan sosio ekonomi bumiputera secara mampan, dengan memberi tumpuan kepada komuniti B40 dan golongan yang memerlukan bantuan menerusi program-program berstruktur.
Visi jangka panjangnya adalah untuk menjadi sebuah platform impak sosial yang bukan sahaja membantu individu hari ini, tetapi juga membina generasi bumiputera yang lebih berdaya saing untuk masa hadapan.
Selaras dengan kedudukan Ekuinas sebagai anak syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB), syarikat ini mahu melahirkan lebih ramai usahawan yang mampu berkembang menjadi syarikat berprestasi tinggi, lebih ramai graduan yang mempunyai kerjaya berkualiti, dan komuniti yang lebih berdaya tahan serta inklusif.
Pengarah Hal Ehwal Pihak Berkepentingan Ekuinas, Hizwani Hassan berkata, melangkah ke hadapan, pihaknya akan terus bekerjasama dengan syarikat portfolio Ekuinas, rakan industri, institusi pendidikan dan agensi kerajaan supaya impak yang diwujudkan dapat diperluas.
“Kami akan terus mengukur dan memantau hasil setiap inisiatif, bukan hanya berdasarkan jumlah penerima manfaat, tetapi berdasarkan perubahan dan perkembangan yang berlaku.
“Matlamatnya adalah untuk memastikan setiap individu yang memperoleh peluang, kemahiran dan keyakinan untuk mengubah kehidupan mereka.
“Jika melalui pelaburan kami membantu syarikat berkembang, melalui ILTIZAM kami menggunakan disiplin yang sama untuk membantu individu, perniagaan dan komuniti membina masa
depan lebih baik,” katanya dalam satu temu bual secara e-mel baru-baru ini.
KOSMO!: Boleh jelaskan tiga tonggak utama yang memfokuskan kepada kumpulan berbeza?
HIZWANI: Bagi usahawan dan PKS, kami menyediakan sokongan pembangunan kapasiti melalui program teras, ILTIZAM Catalyst. Ia adalah program pembangunan kapasiti berstruktur selama enam bulan yang akan membantu peserta mengukuhkan empat aspek perniagaan yang kritikal iaitu kewangan dan pematuhan, penjenamaan dan pemasaran digital, adaptasi teknologi serta kepimpinan.
Peserta turut menerima pementoran peribadi secara berterusan sepanjang tempoh program bagi menyokong pertumbuhan dan kemampanan perniagaan mereka. Program ini menyasarkan PKS bumiputera yang mempunyai hasil tahunan antara RM300,000 hingga RM1 juta bagi dua tahun kewangan terkini.
Untuk graduan bumiputera yang belum mendapat pekerjaan, Program Pembangunan Profesional, Professional Development Programme (PDP) menyediakan pengalaman kerja sebenar, latihan dan pementoran selama setahun bagi membantu mereka membina kemahiran, keyakinan dan kerjaya yang lebih mampan.
Bagi golongan muda dan belia pula, Program Pemerkasaan Pendidikan, Education Empowerment Programme (EEP), menyediakan peluang untuk membina kemahiran yang relevan dengan keperluan industri serta menyokong pembangunan akademik, vokasional, kemahiran dan sahsiah daripada peringkat awal persekolahan hingga ke pengajian tinggi.
Selain itu, untuk golongan yang memerlukan bantuan, ILTIZAM Care menyediakan sokongan melalui bantuan makanan, bantuan bencana dan sokongan komuniti. Dalam masa yang sama, ILTIZAM Seni membantu artis bumiputera muda daripada golongan berpendapatan rendah membina kemahiran, mengembangkan kerjaya seni dan mendapatkan pendedahan kepada industri.
Dalam melaksanakan semua usaha ini, kami akan memastikan pendekatan ILTIZAM tidak menduplikasi usaha yang telah dilaksanakan oleh organisasi lain. Sebaliknya, kami melihat kepada keperluan yang masih belum dipenuhi dan mencari ruang untuk memberikan nilai tambah yang bermakna.
Apakah manfaat inisiatif ILTIZAM kepada bidang keusahawanan?
Untuk PKS, ILTIZAM menyediakan pelbagai program pembangunan kapasiti yang disesuaikan mengikut tahap kematangan perniagaan.
Sejak penubuhannya, seramai 9,237 usahawan dan perniagaan telah menerima manfaat daripada pelbagai inisiatif yang dilaksanakan.
Program teras di bawah tonggak ini adalah ILTIZAM Catalyst dan sejak ia diperkenalkan pada tahun 2022, program ini telah memperkasa 57 perusahaan bumiputera, termasuk 18 perusahaan dalam Kohort 2026 yang dijangka menamatkan program pada November 2026.
Bagaimana pula dengan segmen pendidikan?
Ia juga merupakan tonggak utama bagi ILTIZAM kerana kami percaya pembangunan modal insan merupakan asas kepada mobiliti sosial dan pertumbuhan ekonomi yang mampan.
Selain itu, Program teras Professional Development Programme (PDP) adalah program pembangunan kerjaya selama setahun yang menyediakan pekerjaan sepenuh masa kepada graduan bumiputera daripada keluarga latar belakang berpendapatan rendah yang menganggur melebihi enam bulan. Program ini memberi pengalaman kerja sebenar, kemahiran di tempat kerja dan bimbingan peribadi serta pementoran profesional untuk meningkatkan kebolehpasaran selain peluang pekerjaan tetap.
Seramai 75 peserta dipilih setiap tahun untuk menjalani PDP. Ekuinas menanggung semua latihan dan gaji bulanan sebanyak RM2,800 untuk setiap peserta beserta caruman KWSP, PERKESO dan insurans kesihatan. Peserta ditempatkan sebagai Graduate Associate di Ekuinas, syarikat-syarikat portfolio dan rakan niaga Ekuinas.
Sejak diperkenalkan, PDP telah membantu 807 graduan, dengan lebih 90 peratus peserta berjaya memperoleh pekerjaan tetap dalam tempoh enam bulan selepas tamat program.
Dalam pada itu, untuk golongan muda dan belia yang mungkin tidak cenderung kepada bidang akademik, Education Empowerment Programme (EEP) pula menyediakan peluang membina kemahiran yang relevan dengan keperluan industri dan membangunkan laluan kerjaya yang mampan.
Antaranya ialah Project Walter, program latihan profesional untuk melahirkan penggunting rambut dalam kalangan belia lelaki dan wanita yang secara konsisten mencapai kadar penempatan pekerjaan 100 peratus bagi 140 orang peserta yang dilatih sejak tahun 2022.
Manakala project Beauty, yang melatih 105 belia wanita untuk menjadi terapis profesional dalam bidang kecantikan dan solekan. Terdapat juga program Heads-Up Second Chance, yang membantu individu yang sedang menjalani parol kembali berinteraksi dengan masyarakat dan mendapatkan pekerjaan agar dapat membina kehidupan baharu. Sejak tahun 2022, program ini telah menyokong 499 individu yang sedang menjalani parol.
Selain itu, bantuan berasaskan pendidikan turut disalurkan melalui program Education Support Fund (ESF) dan Portfolio Collaboration Fund (PCF). ESF menyediakan bantuan kewangan bersasar kepada pelajar dari keluarga B40 yang menyambung pelajaran ke peringkat universiti di 12 universiti awam.
ESF turut menyokong perkembangan kanak-kanak autistik melalui pelbagai sokongan terapi, termasuk Terapi Pertuturan, Terapi Bermain dan Terapi Berkuda (Hippoterapi). Sejak pelaksanaan program ini, seramai 1,156 pelajar dan kanak-kanak telah menerima manfaat.
Tonggak komuniti juga memainkan peranan penting bagi ILTIZAM, apakah program yang telah dilaksanakan?
Di bawah tonggak Komuniti, matlamat kami adalah untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat. Sejak ditubuhkan, ILTIZAM Care telah memberi manfaat kepada 101,058 individu menerusi pelbagai bentuk bantuan, termasuk bantuan makanan asas, pek makanan dan bantuan bencana. Pada tahun 2025 sahaja, seramai 8,160 individu telah menerima manfaat daripada inisiatif ini.
Dalam memartabatkan seni dan budaya pula, ILTIZAM Seni menjadi program teras yang bertumpu kepada memperkasa bakat seni artis bumiputera muda dan menyumbang kepada pembangunan ekosistem seni negara.
Bukan sahaja memperkukuh kemahiran kreatif mereka, malah program residensi ini juga melengkapkan mereka dengan pengetahuan mengenai penjenamaan diri, komunikasi, pengurusan kewangan, pementoran serta peluang mempamerkan dan menjual karya seni mereka di galeri terkemuka bagi melonjakkan kerjaya dalam industri seni.
Seramai 21 artis muda bumiputera telah melalui program ini dengan jumlah jualan hasil melebihi RM300,000 secara keseluruhan.
Berapakah jumlah pelaburan yang telah disalurkan bagi setiap tonggak sejak ILTIZAM diperkenalkan?
Sejak ILTIZAM diperkenalkan pada tahun 2012, Ekuinas telah menyalurkan lebih RM116 juta dan memberi impak kepada 149,702 individu dan perniagaan melalui pelbagai inisiatif yang memberi manfaat kepada komuniti bumiputera di seluruh negara.
Pelaburan ini mencerminkan pendekatan Ekuinas yang bukan sekadar memberikan bantuan, tetapi juga membina keupayaan serta peluang jangka panjang.
Boleh kongsikan kisah kejayaan yang menggambarkan impak sebenar ILTIZAM kepada peserta?
Kiddie Care Therapy Centre adalah sebuah pusat rehabilitasi pediatrik dan sokongan awal untuk kanak-kanak berkeperluan khas di Jitra, Kedah. Sebagai peserta ILTIZAM Catalyst, Kiddie Care telah memperkukuhkan pelbagai aspek perniagaan termasuk operasi dalaman, sistem perakaunan, penjenamaan serta pembangunan kepimpinan.
Sehingga kini, syarikat berjaya menubuhkan Pusat Penilaian Amali (PPA) bagi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam Pendidikan Khas, yang telah dilancarkan pada tahun 2026. Pencapaian ini membolehkan Kiddie Care berkembang daripada sebuah penyedia perkhidmatan terapi dan pendidikan khas kepada sebuah organisasi yang turut menyumbang kepada pembangunan tenaga kerja mahir dalam sektor pendidikan khas.
Kisah kejayaan lain adalah ILTIZAM PDP iaitu Muhammad Irfan Mohammad Fuad, graduan bagi Kohort 2025. Beliau telah dipilih sebagai Valedictorian kohort tersebut oleh rakan-rakan peserta dan turut menerima Anugerah HARAP sebagai Graduate Associate Terbaik, berdasarkan prestasi cemerlang, kepimpinan serta penghayatan nilaiteras ILTIZAM iaitu Humble, Agile, Resilient, Adab dan Professionalism. Hari ini, Irfan berkhidmat sebagai Penyelaras Khidmat Pelanggan dan Logistik Penghantaran di Hapag-Lloyd Business Services (Malaysia) Sdn. Bhd. -KOSMO! ONLINE
The post ILTIZAM sokong perkembangan sosioekonomi bumiputera secara mampan appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!11:59
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.