Malaysian Attention Engine
Live wire
57Go away, I don’t want to see you, Tuanku Muhriz rebukes Negeri Sembilan MB51World : Wildfire Traps Firefighters And Volunteers In Indonesia's Mount Bromo National Park, Killing 449KESUMA sedia garis panduan gaji permulaan berdasarkan MASCO48Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM47Guru tuisyen ditahan lakukan amang seksual terhadap lima pelajar lelaki46Polis bongkar makmal dadah sintetik RM18.19 juta di Masai dan Permas Jaya45‘Saya pemandu Myvi tu, tapi bukan salah saya’44Lelaki warga emas ditemukan maut, suspek kurang siuman ditahan44'I don't want to see you!': Tuanku Muhriz dresses down N Sembilan MB over throne dispute43Ibu maut nahas ketika hantar anak ke sekolah41Tiada syarikat ladang sawit Malaysia terbabit aktiviti pembakaran di Indonesia40Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Imigresen Johor bongkar operasi premis warga asing

Only social or community posts, or a single source.

Attention
20
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 16 Oct, 14:25 MYTLatest activity 16 Oct, 14:25BMconfidence 60%

What happened

JOHOR BAHRU – Seramai 73 warga asing ditahan dalam operasi bersepadu yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor dengan kerjasama Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di sekitar bandar raya ini pada Rabu.Pengarah Imigresen Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, operasi yang bermula kira-kira jam 3 petang itu menyasarkan beberapa premis perniagaan yang dipercayai dikendalikan warga asing termasuk kedai telefon bimbit, pusat urut dan restoran masakan tomyam.Beliau berkata, pemeriksaan awal mendapati semua warga asing terbabit disyaki melakukan pelbagai kesalah (Sinar Harian, 14:25)

Read the reporting

1 report
Sinar Harian·News·BM·1 min read

Imigresen Johor bongkar operasi premis warga asing

By NOR AZURA MD AMIN · 16 Oct, 14:25 MYT

JOHOR BAHRU – Seramai 73 warga asing ditahan dalam operasi bersepadu yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor dengan kerjasama Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di sekitar bandar raya ini pada Rabu.Pengarah Imigresen Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, operasi yang bermula kira-kira jam 3 petang itu menyasarkan beberapa premis perniagaan yang dipercayai dikendalikan warga asing termasuk kedai telefon bimbit, pusat urut dan restoran masakan tomyam.Beliau berkata, pemeriksaan awal mendapati semua warga asing terbabit disyaki melakukan pelbagai kesalahan imigresen."Pemeriksaan terperinci dijalankan meliputi pengesahan identiti serta semakan dokumen perjalanan, pas dan permit bagi memastikan setiap individu mematuhi syarat kemasukan, keberadaan dan aktiviti yang dibenarkan sepanjang berada di Malaysia."Dua warga tempatan yang dipercayai merupakan pengurus premis terbabit turut ditahan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Menurutnya, warga Indonesia mencatatkan jumlah tangkapan tertinggi iaitu seramai 34 orang terdiri daripada 12 lelaki dan 22 wanita.Mereka diikuti warga Thailand seramai 17 orang membabitkan 11 lelaki dan enam wanita serta warga Myanmar seramai 14 orang terdiri daripada lapan lelaki dan enam wanita.Turut ditahan ialah dua lelaki warga Sudan, seorang lelaki warga Filipina, seorang lelaki warga Pakistan, seorang lelaki warga Bangladesh, seorang lelaki warga China dan dua wanita warga Vietnam.Kesemua warga asing yang ditahan berusia antara 20 hingga 45 tahun dan dipercayai bekerja di premis-premis terbabit.Mohd Rusdi berkata, operasi itu dilaksanakan hasil risikan dan pemantauan strategik bagi mengesan serta mengambil tindakan terhadap pihak yang disyaki melanggar undang-undang imigresen.Menurutnya, semua tahanan disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963."Kesemua tahanan telah ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan dan tindakan lanjut."Sebanyak lapan Borang 29, iaitu saman kepada saksi, turut dikeluarkan sepanjang operasi bagi membantu siasatan," katanya.Beliau turut menggesa orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti warga asing yang disyaki melanggar undang-undang imigresen bagi membantu pihak berkuasa memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara.

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow15:0016:0017:00
Latest 17:11 MYT
20New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Sinar Harian) source

Where it started

Sinar Harian (News)
16 Oct, 14:25 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Sinar Harian
    14:25

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Sinar Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Imigresen Johor bongkar operasi premis warga asing · Malaysian Attention Engine