Malaysian Attention Engine
Live wire
52SPRM kerjasama dengan PDRM teliti isu MyEG50General : MACC Freezes Assets Worth RM1.27 Billion Since 2022 – Kulasegaran46General : Haze: STAM, STPM Examinations In Pahang To Proceed As Scheduled45Saya tetap berdoa dapat jodoh terbaik – Nora Danish44Body of man found in drain at Sama Gagah Market43Dua individu termasuk pegawai kanan agensi kerajaan ditahan kes rasuah RM15,00041Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM41Business : Malaysia Targets MEUFTA Signing By End-June 2027 - Johari40Rempuh pelajar hingga maut di hadapan surau sekolah, guru wanita dijangka didakwa esok39Kuasa veto PBB perlu disekat, hentikan jenayah kemanusiaan - Mohamad Hasan39Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi37Tiada saksi kejadian, CCTV di asrama sekolah - penyiasat polis
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Imigresen laksana lebih 12,000 operasi banteras perniagaan haram warga asing sejak 2024

Only social or community posts, or a single source.

Attention
20
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 13 Oct, 15:46 MYTLatest activity 13 Oct, 15:46BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) melaksanakan 12,343 operasi penguatkuasaan berkaitan aktiviti perniagaan dan pengendalian premis secara tidak sah, melibatkan tangkapan 25,124 warga asing, dari 2024 hingga 30 September lepas. (Berita Harian, 15:46)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·1 min read

Imigresen laksana lebih 12,000 operasi banteras perniagaan haram warga asing sejak 2024

By BERNAMA · 13 Oct, 15:46 MYT

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) melaksanakan 12,343 operasi penguatkuasaan berkaitan aktiviti perniagaan dan pengendalian premis secara tidak sah, melibatkan tangkapan 25,124 warga asing, dari 2024 hingga 30 September lepas.

Menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN), tindakan penguatkuasaan merangkumi Ops Belanja yang menyasarkan premis perniagaan dan peruncitan, Ops Jaja bagi aktiviti penjajaan dan Ops Selera yang memberi tumpuan kepada restoran, kedai makan dan premis penyediaan makanan.

"Imigrese melaksanakan operasi penguatkuasaan secara berterusan dan bersasar berdasarkan maklumat risikan, aduan awam serta pemantauan di lokasi yang dikenal pasti," katanya dalam jawapan bertulis disiarkan di laman sesawang Parlimen.

KDN menjawab pertanyaan Tan Kok Wai (PH-Cheras) mengenai jumlah operasi, tangkapan, pendakwaan dan tindakan terhadap premis yang didapati dikendalikan secara haram oleh warga asing bagi 2024 hingga 2026 serta hasil siasatan terhadap dakwaan kewujudan sindiket atau pihak yang melindungi kegiatan tersebut.

Kementerian itu turut memaklumkan bahawa majikan yang terlibat dalam kegiatan berkenaan ditahan, dengan 471 majikan ditahan dalam Ops Belanja manakala Ops Jaja dan Ops Selera masing-masing merekodkan 40 dan 1,341 majikan.

Berhubung dakwaan kewujudan sindiket atau pihak melindungi kegiatan itu, KDN memaklumkan setiap maklumat dan aduan diterima akan diteliti melalui risikan dan siasatan lanjut.

"Sekiranya terdapat bukti bahawa mana-mana individu, majikan atau pihak lain terlibat dalam menggaji, melindungi atau membantu warga asing melakukan kesalahan imigresen, tindakan akan diambil berdasarkan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa," menurut kementerian itu.

Antara kesalahan yang lazim dikesan ialah berada di Malaysia tanpa pas atau permit sah di bawah Seksyen 6(1)(c), tinggal melebihi tempoh dibenarkan di bawah Seksyen 15(1)(c) serta melanggar syarat pas atau permit di bawah Peraturan 39(b), Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. – BERNAMA

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow16:0017:0018:00
Latest 18:26 MYT
20New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
13 Oct, 15:46 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    15:46

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Imigresen laksana lebih 12,000 operasi banteras perniagaan haram warga asing sejak 2024 · Malaysian Attention Engine