
Bayu Seafood tawar makanan laut premium, pilihan segar dalam akuarium
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR – Pengalaman memilih makanan laut segar terus dari akuarium sebelum dimasak mengikut cita rasa pelanggan menjadi tarikan utama Bayu Seafood by White N Black yang menawarkan hidangan premium di tengah ibu kota. (Kosmo!, 17:52)
Read the reporting
1 report
Bayu Seafood tawar makanan laut premium, pilihan segar dalam akuarium
KUALA LUMPUR – Pengalaman memilih makanan laut segar terus dari akuarium sebelum dimasak mengikut cita rasa pelanggan menjadi tarikan utama Bayu Seafood by White N Black yang menawarkan hidangan premium di tengah ibu kota.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) White N Black Group (WNB Group), Mohd Firdaus Jamaluddin berkata, restoran itu mengetengahkan konsep ‘live seafood’ bagi memberikan pengalaman berbeza kepada pelanggan.
Menurutnya, pelanggan boleh memilih sendiri ikan air tawar atau air masin yang ditempatkan di dalam akuarium sebelum hasil laut berkenaan disediakan mengikut pilihan masakan masing-masing.
“Di sini, kita menyediakan ikan hidup. Maksudnya, pelanggan boleh memilih ikan yang mereka mahu, kemudian kita masak dan hidangkan kepada mereka.
“Jadi, pengalaman yang ditawarkan berbeza kerana pelanggan bukan sahaja menikmati makanan, tetapi turut terlibat dalam pemilihan hasil laut sebelum dimasak,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian Bayu Seafood by White N Black di Taman Botani Perdana di sini hari ini.
Bayu Seafood yang mula beroperasi pada 1 Mac lalu merupakan cawangan kelapan di bawah WNB Group, yang diasaskan pada 2019 menerusi pembukaan White N Black Cabin.
Mohd Firdaus berkata, restoran itu menyediakan kira-kira 40 pilihan menu, termasuk hidangan makanan laut premium seperti king crab yang menjadi antara tarikan utama.
Katanya, king crab berkenaan boleh dinikmati dengan tiga pilihan sos, iaitu butter milk, sos Thai dan sos hijau.
“Selain king crab, kita turut menawarkan pelbagai pilihan masakan makanan laut seperti stim limau, masak halia, masak kicap, manis dan masam, nestum serta telur masin.
“Kita mahu pelanggan mempunyai pilihan yang pelbagai supaya mereka boleh menikmati makanan laut mengikut cita rasa masing-masing,” katanya.
Beliau berkata, idea membuka Bayu Seafood tercetus selepas melihat peluang dalam segmen makanan laut premium yang menurut pemerhatiannya masih mempunyai ruang untuk diterokai pengusaha Bumiputera.
Jelasnya, restoran itu dibangunkan dengan konsep yang menggabungkan kemudahan premium, pilihan makanan laut hidup dan identiti budaya Sabah bagi menawarkan pengalaman menjamu selera yang tersendiri.
Dalam pada itu, Bayu Seafood turut mengetengahkan elemen kebudayaan Sabah menerusi persembahan tarian buluh serta aktiviti Joget Lambak pada setiap Sabtu dan Ahad, dari pukul 8 malam hingga 10 malam.
Menurut Firdaus, restoran itu bukan sahaja menyasarkan pelanggan Muslim, malah mengalu-alukan pengunjung daripada pelbagai kaum untuk menikmati hidangan yang disediakan.
Restoran berkenaan turut menyediakan ruang makan berkapasiti sehingga 300 orang, sekali gus sesuai untuk jamuan keluarga, sambutan hari jadi dan acara korporat.
Bagi menarik pelanggan, pihak pengurusan menawarkan baucar diskaun sebanyak 10 peratus kepada pelanggan yang membuat tempahan awal, khususnya bagi penganjuran acara dan majlis hujung tahun.
Dalam perkembangan lain, Firdaus berkata, WNB Group menyasarkan untuk melaksanakan tawaran awam permulaan (IPO) menjelang penghujung 2029 selepas mengembangkan perniagaannya dalam sektor makanan dan minuman, rekreasi serta sukan air. KOSMO! ONLINE
The post Bayu Seafood tawar makanan laut premium, pilihan segar dalam akuarium appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!17:52
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.