
Insentif bebas cukai galak pelancong cuti lebih lama
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
PETALING JAYA: Kenaikan had pembelian bebas cukai di Pulau Langkawi dan Labuan dengan syarat penginapan sekurang-kurangnya dua malam boleh menggalakkan pelancong melanjutkan tempoh percutian sekali gus meningkatkan perbelanjaan di premis perniagaan tempatan. (Utusan Malaysia, 10:07)
Read the reporting
1 report
Insentif bebas cukai galak pelancong cuti lebih lama
PETALING JAYA: Kenaikan had pembelian bebas cukai di Pulau Langkawi dan Labuan dengan syarat penginapan sekurang-kurangnya dua malam boleh menggalakkan pelancong melanjutkan tempoh percutian sekali gus meningkatkan perbelanjaan di premis perniagaan tempatan.
Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Pelancongan, Hospitaliti dan Acara, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Hasan Mohamed Zakaria berkata, insentif berkenaan merupakan langkah yang tepat untuk merancakkan aktiviti pelancongan di kedua-dua pulau berkenaan.
Katanya, tempoh penginapan yang lebih panjang turut memberi manfaat kepada ekonomi setempat kerana pelancong berpeluang berbelanja lebih banyak di hotel, kedai makan serta perniagaan kecil yang diusahakan penduduk tempatan.
“Ramai pelancong asing sebenarnya berminat untuk datang ke Malaysia, tetapi masih berdepan halangan seperti ketiadaan penerbangan terus, harga tiket yang mahal serta maklumat perjalanan yang kurang jelas.
“Justeru, peruntukan yang disediakan perlu memberi tumpuan kepada usaha memudahkan perjalanan pelancong. Bantuan untuk membuka laluan penerbangan terus baharu merupakan antara langkah yang tepat bagi menjadikan Malaysia lebih mudah dikunjungi.
“Pada pandangan saya, peruntukan RM935 juta ini memadai sebagai permulaan, asalkan dibelanjakan dengan bijak serta mendapat sokongan daripada pihak swasta dan kerajaan negeri,” katanya kepada Mingguan Malaysia.
Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2027 mengumumkan pelanjutan kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) sehingga tahun hadapan serta peruntukan RM935 juta bagi sektor pelancongan dan budaya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Rekreasi dan Ekopelancongan, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Mohd. Hafizal Ismail berkata, peruntukan yang diperoleh perlu dimanfaatkan untuk membaik pulih kawasan warisan, sumber alam semula jadi serta kemudahan pelancongan sedia ada bagi menyokong kempen TMM yang dilanjutkan sehingga 2027.
Katanya, usaha tersebut perlu memfokuskan kepada aspek keselamatan dan keselesaan pengunjung bagi meningkatkan keyakinan pelancong antarabangsa, selain mengetengahkan identiti Malaysia yang kaya dengan khazanah alam semula jadi, sejarah dan kebudayaan.
“Malaysia merupakan antara negara yang terkesan dengan konflik serantau dan global. Oleh itu, kempen TMM wajar diteruskan bagi mendepani cabaran tersebut termasuk situasi di luar kawalan yang menghalang usaha mencapai sasaran pelancongan negara.
“Trend ketibaan pelancong asing ketika ini menunjukkan peningkatan dan keadaan tersebut perlu disokong dengan usaha promosi serta pemasaran destinasi pelancongan yang berterusan meskipun berdepan pelbagai cabaran.
“Selain kemudahan fizikal, keselesaan pelancong turut bergantung kepada mutu perkhidmatan, kemesraan dan sikap bertolak ansur pengendali pelancongan. Justeru, latihan berterusan perlu dipergiat bagi meningkatkan kesedaran serta kompetensi komuniti yang terlibat dalam sektor ini,” katanya. – UTUSAN
The post Insentif bebas cukai galak pelancong cuti lebih lama appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia10:07
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.