
Insiden feri Virgo: Polis Indonesia tahan 4, termasuk 3 pegawai syarikat perkapalan
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
JAKARTA: Polis Indonesia menahan empat suspek, termasuk tiga pegawai syarikat perkapalan, berhubung kemalangan feri KM Virgo Transport 8 yang mengorbankan puluhan nyawa dan menyebabkan ramai masih hilang di perairan Kalimantan Selatan bulan lalu. (Berita Harian, 07:43)
Read the reporting
1 report
Insiden feri Virgo: Polis Indonesia tahan 4, termasuk 3 pegawai syarikat perkapalan
JAKARTA: Polis Indonesia menahan empat suspek, termasuk tiga pegawai syarikat perkapalan, berhubung kemalangan feri KM Virgo Transport 8 yang mengorbankan puluhan nyawa dan menyebabkan ramai masih hilang di perairan Kalimantan Selatan bulan lalu.
Ketua Biro Penerangan Awam Polis Negara, Brig Jen Trunoyudo Wisnu Andiko, berkata suspek terdiri daripada nakhoda feri yang ditahan sejak 25 September lalu serta tiga pegawai PT Virgo Karya Shipping, pengendali feri berkenaan, yang ditahan pada 4 Oktober.
"Siasatan bukan sahaja ditumpukan kepada mereka yang mengendalikan kapal secara langsung tetapi turut meneliti pembabitan pegawai syarikat apabila terdapat bukti yang menunjukkan kemungkinan penyertaan atau bantuan mereka dalam kemalangan itu," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Feri yang membawa 243 penumpang dan 89 kenderaan itu hilang hubungan pada 13 September lalu ketika dalam perjalanan dari Surabaya, Jawa Timur, ke Banjarmasin, Kalimantan Selatan, sebelum terbalik dan kemudian karam.
Menurut angka operasi mencari dan menyelamat, sehingga 6 Oktober lalu, seramai 108 orang terselamat, 82 disahkan meninggal dunia dan 53 masih hilang.
Trunoyudo berkata, tiga pegawai syarikat itu terdiri daripada seorang ejen, pengurus operasi dan pengurus besar cawangan Surabaya.
Penyiasat sedang meneliti dakwaan kecuaian serta kemungkinan pembabitan mereka dalam kemalangan itu.
Beliau berkata, keempat-empat suspek ditahan di pusat tahanan Polis Kalimantan Selatan, dengan tempoh tahanan nakhoda sehingga 14 Oktober, manakala tiga pegawai syarikat sehingga 23 Oktober.
Beliau berkata, polis menyiasat keempat-empat suspek mengikut peruntukan Undang-Undang Pelayaran dan Kanun Jenayah Indonesia berkaitan dakwaan kecuaian, penyertaan serta bantuan dalam kemalangan itu. – BERNAMA
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian07:43
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Astro Awani (BM), Berita Harian
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.