Malaysian Attention Engine
Live wire
58World : Egypt President To Begin Two-Day State Visit To Malaysia55Malaysia, Mesir meterai empat MoU perkukuh kerjasama dua hala53Had pelepasan cukai individu dinaikkan kepada RM12,00047Business : TNB's RM15 Bln Grid Investment To Support Power Reliability, Industrial Growth -- Solarvest44'Kenyataan See-To tak boleh dianggap permainan kata-kata' - Pemimpin, ahli akar umbi Melayu DAP44JDT seperti sebuah kelab Eropah berpangkalan di Malaysia - Garcia42General : Budget 2027: Health Allocation Must Speed Up Access To Treatment, Cut Waiting Times41General : Syed Saddiq, Bella Astillah Officially Wed37[LANGSUNG] #AWANIpagi | QL Eggs Menerajui Hari Telur Sedunia | 9 Okt 202636Wolff dismisses ‘brainless’ speculation of favouritism at Mercedes35General : RM240 Million Allocated For Preparations To Host 2027 SEA Games And Asean Para Games – PM Anwar35General : Thunderstorm, Heavy Rain Warning In 14 States Until 6 Pm
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Insiden flydubai: Penyerang berniat rempuh lapangan terbang Tel Aviv

Only social or community posts, or a single source.

Attention
20
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 10 Oct, 13:58 MYTLatest activity 10 Oct, 13:58BMconfidence 60%

What happened

Dubai: Pembantu juruterbang yang menyerang kapten pesawat flydubai minggu lalu merancang untuk menggunakan pesawat bagi merempuh Lapangan Terbang Antarabangsa Tel Aviv, menurut pendakwa raya kanan Emiriah Arab Bersatu (UAE), semalam. (Harian Metro, 13:58)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·1 min read

Insiden flydubai: Penyerang berniat rempuh lapangan terbang Tel Aviv

By AFP · 10 Oct, 13:58 MYT

Dubai: Pembantu juruterbang yang menyerang kapten pesawat flydubai minggu lalu merancang untuk menggunakan pesawat bagi merempuh Lapangan Terbang Antarabangsa Tel Aviv, menurut pendakwa raya kanan Emiriah Arab Bersatu (UAE), semalam.

Susulan kejadian itu, penumpang yang kebanyakannya warga Israel menceritakan detik cemas apabila pesawat menjunam secara tiba-tiba, selain berlaku perebutan kawalan pesawat.

Pesawat berkenaan terpaksa melakukan pendaratan cemas di Arab Saudi sebelum penumpang dibawa pulang menggunakan penerbangan flydubai kedua beberapa jam kemudian.

Pembantu juruterbang warga Oman yang identitinya tidak didedahkan dan kini ditahan di UAE dilaporkan mendapat inspirasi daripada serangan bunuh diri Al-Qaeda pada 11 September 2001 di Amerika Syarikat.

Menurut pendakwa raya UAE yang dilaporkan media kerajaan, suspek merancang serangan itu dengan tujuan mengakibatkan jumlah korban jiwa yang besar.

Pendakwa raya mendapati suspek mula terpengaruh dengan fahaman radikal ketika menuntut di Australia menerusi pembacaan bahan ekstremis dan mengikuti kandungan dalam talian yang mengagungkan organisasi pengganas.

Penerbangan minggu lalu itu adalah perjalanan ketiganya ke Tel Aviv, manakala dua perjalanan terdahulu dipercayai digunakan untuk merancang serangan berkenaan.

Ketika dalam penerbangan, suspek menggunakan kapak kecemasan untuk menyerang kapten pesawat warga India, Smit Machchhar yang melawan dan cuba mendapatkan bantuan.

Seorang lagi juruterbang yang ditugaskan untuk penerbangan pulang dan turut berada di dalam pesawat menyedari pintu kokpit dibuka dan ditutup berulang kali dalam keadaan mencurigakan.

Beliau kemudian berjaya memasuki kokpit dan bertindak bersama seorang anak kapal serta beberapa penumpang untuk menyelamatkan kapten yang cedera.

Mereka turut menahan suspek sebelum pesawat melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Tabuk, Arab Saudi.

Menurut pendakwa raya UAE, suspek yang dikenal pasti dalam laporan sebagai Hamam al-Hammami memenuhi keperluan profesional dan keselamatan bagi jawatannya tanpa menunjukkan sebarang petunjuk fahaman ekstremis atau niat merancang serangan pengganas.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memuji keberanian penumpang dan kapten pesawat yang berjaya mengelak tragedi besar, selain turut mengarahkan semakan menyeluruh terhadap semua aspek keselamatan penerbangan awam asing ke Israel.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow14:0015:0016:00
Latest 16:10 MYT
20New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
10 Oct, 13:58 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    13:58

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Insiden flydubai: Penyerang berniat rempuh lapangan terbang Tel Aviv · Malaysian Attention Engine