
IP animasi tempatan berpotensi tembusi pasaran global
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Malaysia berpotensi membangunkan lebih banyak harta intelek (IP) animasi yang mampu bersaing di pasaran global menerusi sokongan kerajaan, kerjasama antarabangsa dan strategi komersial jangka panjang yang lebih kukuh. (Berita Harian, 18:28)
Read the reporting
1 report
IP animasi tempatan berpotensi tembusi pasaran global
KUALA LUMPUR: Malaysia berpotensi membangunkan lebih banyak harta intelek (IP) animasi yang mampu bersaing di pasaran global menerusi sokongan kerajaan, kerjasama antarabangsa dan strategi komersial jangka panjang yang lebih kukuh.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Monsta, Nizam Abd Razak, berkata industri animasi tempatan sudah memiliki bakat kreatif, pengalaman serta kejayaan yang boleh dijadikan asas untuk melahirkan lebih banyak IP berdaya saing di peringkat antarabangsa.
Beliau menyambut baik inisiatif kerajaan memperkukuh ekosistem animasi dan membangunkan 20 IP baharu, yang disifatkan mampu membuka lebih banyak peluang kepada syarikat tempatan untuk mengembangkan karya mereka ke pasaran global.
"Malaysia sudah membuktikan keupayaan menghasilkan IP animasi asli yang mendapat sambutan di dalam negara dan rantau ini.
"Dengan sokongan yang tepat, lebih banyak karya tempatan berpotensi menembusi pasaran antarabangsa," katanya kepada BH Online.
Menurut Nizam, pembangunan IP tempatan bukan sekadar tertumpu kepada penghasilan kandungan hiburan, sebaliknya berpotensi menjadi aset ekonomi yang menjana pendapatan berterusan melalui pelesenan, penjualan barangan berjenama, produk pengguna dan pelbagai usaha komersial lain.
Katanya, syarikat animasi tempatan perlu bergerak melangkaui penghasilan kandungan semata-mata dengan membangunkan perniagaan mampan berasaskan watak dan jalan cerita yang dimiliki.
"Pemilikan IP memberikan hak dan peluang kepada syarikat Malaysia untuk mengembangkan watak serta kandungan mereka merentasi pelbagai platform, produk dan pasaran," katanya.
Pengembangan perniagaan berasaskan IP, katanya, turut berpotensi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi selain meningkatkan kepakaran dalam ekosistem industri kreatif negara.
Pada masa sama, animasi tempatan berupaya menjadi instrumen kuasa lunak yang memperkenalkan kreativiti, budaya dan identiti Malaysia kepada khalayak antarabangsa.
Nizam berkata, watak serta jalan cerita yang mendapat sambutan mampu memperkukuh kehadiran dan pengaruh Malaysia di peringkat global, sekali gus meningkatkan pengiktirafan terhadap keupayaan kreatif negara.
Beliau turut menekankan kepentingan kerjasama antarabangsa bagi merealisasikan potensi berkenaan, terutama melalui perkongsian strategik antara studio tempatan dengan syarikat global yang mempunyai kehadiran di Malaysia.
"Insentif bersesuaian dan kerangka industri yang berkesan boleh membantu syarikat tempatan mendapatkan akses kepada pasaran antarabangsa, kepakaran, rangkaian pengedaran serta peluang komersial," katanya.
Justeru, Nizam berkata, matlamat pembangunan IP animasi negara perlu melangkaui usaha menambah jumlah karya baharu, sebaliknya memastikan setiap IP berpotensi berkembang sebagai aset komersial yang mampan.
Dengan sokongan berkesan dan perancangan jangka panjang, watak serta karya animasi tempatan berupaya menjana nilai ekonomi, menyediakan pekerjaan berkemahiran tinggi dan memperkenalkan kreativiti Malaysia kepada penonton di seluruh dunia.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian18:28
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.