
Iran ancam ganggu eksport bahan api di Selat Hormuz
Only social or community posts, or a single source.
What happened
TEHERAN: Teheran memberi isyarat bakal mengancam sistem pemindahan minyak dikendalikan negara Arab dengan bantuan Amerika Syarikat (AS) yang membolehkan lebih banyak eksport tenaga melalui Selat Hormuz ketika perang AS-Israel terhadap Iran berterusan. (Utusan Malaysia, 09:30)
Read the reporting
1 report
Iran ancam ganggu eksport bahan api di Selat Hormuz
TEHERAN: Teheran memberi isyarat bakal mengancam sistem pemindahan minyak dikendalikan negara Arab dengan bantuan Amerika Syarikat (AS) yang membolehkan lebih banyak eksport tenaga melalui Selat Hormuz ketika perang AS-Israel terhadap Iran berterusan.
Laluan perairan strategik itu, yang sebelum perang menjadi laluan bagi kira-kira satu perlima bekalan minyak dan gas dunia, sebahagian besarnya ditutup kepada perkapalan susulan serangan Iran sejak AS bersama Israel melancarkan serangan ke atas negara itu pada 28 Februari.
Bagaimanapun, Tentera Laut AS dilaporkan membuka satu laluan bagi membolehkan negara Teluk mengeksport minyak dan komoditi lain ketika krisis tenaga melanda.
Ketua keselamatan Iran, Mohsen Rezaei bertindak balas pada malam Ahad dengan menyatakan sistem pemindahan itu kini menjadi sasaran jelas Teheran.
Rezaei mendakwa Markas Pusat AS (CENTCOM) dengan bantuan tentera Emiriyah Arab Bersatu (UAE) mengerahkan kapal lebih kecil untuk memindahkan minyak ke kapal tangki yang lebih besar sebelum menggunakan laluan selatan berhampiran pantai Oman untuk keluar dari Selat Hormuz.
Kapal-kapal itu sering mematikan transponder dan bergerak pada waktu malam bagi mengurangkan risiko menjadi sasaran serangan Iran. Selepas pemindahan minyak antara kapal dilakukan di Teluk Oman, sebahagian kapal berkenaan kembali untuk mengambil muatan tambahan.
Beliau mendakwa Iran menyerang lima atau enam kapal yang menyertai operasi itu setiap malam sejak beberapa minggu lalu.
“Anda menyeludup, tetapi selat itu berada di bawah kawalan Iran dan kami yang menguruskannya,” katanya.
Kenyataan itu dilihat sebagai sindiran terhadap Presiden AS, Donald Trump yang beberapa kali mendakwa eksport tenaga sejak beberapa minggu lalu berjaya mencapai paras sebelum perang.
Rezaei turut memberi gambaran Iran mahu mengekalkan kuasa kawalan ke atas Selat Hormuz untuk jangka panjang, selain menjanjikan tindak balas tegas sekiranya kemudahan tenaga dan infrastruktur awam negara itu sekali lagi diserang.
Ancaman beliau dilihat menyasarkan negara Arab di rantau itu, dengan memberi amaran infrastruktur digital juga bakal menjadi sasaran. Rezaei turut mengancam kabel yang mempunyai kaitan dengan AS, pusat data dan kemudahan kecerdasan buatan (AI) di UAE serta kawasan sekitar Selat Hormuz turut menjadi sasaran.
Beliau turut menuduh Arab Saudi membantu AS mengangkut minyak dengan memintas sekatan Iran. Bagaimanapun, beliau tidak membuat ancaman serangan langsung terhadap Riyadh, yang kini menjadi sasaran kumpulan Houthi di Yaman.
Iran mendakwa AS menerima sebahagian daripada tujuh syarat yang dikemukakan Teheran bagi pembukaan semula Selat Hormuz sepenuhnya dan penamatan perang. Namun, Teheran menegaskan sebarang perjanjian hanya akan tercapai apabila semua tuntutannya dipenuhi.
The post Iran ancam ganggu eksport bahan api di Selat Hormuz appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia09:30
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.