Malaysian Attention Engine
Live wire
45King calls for schools to close if API stays above 150-180 for prolonged period35World : US Sanctions 17 Vessels Linked To Iran's 'Shadow Fleet'33Budget 2027: Entertainment duty waived for local film, theatre tickets in Federal Territories, creative sector gets RM130m32General : PM Anwar To Table 2027 Budget In Dewan Rakyat This Afternoon31PH open to pacts for Melaka polls, Amirudin reiterates31RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 202731Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara30Contract doctors’ group hails permanent posts offer30Pertumbuhan global dijangka meningkat kepada 3.4 peratus pada 202730Pekilang kecewa ‘kekurangan sokongan’ dalam belanjawan30Irene Sofiya maut dipukul batang besi sepanjang 96 sentimeter – Polis Johor29General : Road Transport Act To Be Amended To Compel Compensation From Drunk Drivers - PM Anwar
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Iran serang kapal tangki guna laluan haram di Selat Hormuz

Only social or community posts, or a single source.

Attention
19
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 22:30 MYTLatest activity 9 Oct, 22:30BMconfidence 60%

What happened

TEHERAN: Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) berkata pada Jumaat bahawa pihaknya menyerang sebuah kapal tangki yang cuba menggunakan laluan haram untuk melalui Selat Hormuz yang cuba disekat oleh Teheran sejak tercetusnya perang di Asia Barat. (Utusan Malaysia, 22:30)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·2 min read

Iran serang kapal tangki guna laluan haram di Selat Hormuz

By WARTAWAN LUAR NEGARA · 9 Oct, 22:30 MYT

TEHERAN: Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) berkata pada Jumaat bahawa pihaknya menyerang sebuah kapal tangki yang cuba menggunakan laluan haram untuk melalui Selat Hormuz yang cuba disekat oleh Teheran sejak tercetusnya perang di Asia Barat.

Penjejak maritim turut melaporkan pada Jumaat bahawa objek tidak dikenal pasti mencetuskan kebakaran di sebuah kapal di perairan pantai Emiriyah Arab Bersatu (UAE) tetapi menamakan kapal yang berbeza.

Dalam kenyataan yang disiarkan media rasmi, IRGC berkata, pasukan Iran telah mengambil alih pengurusan selat itu.

“Ketika melaksanakan misi ini, beberapa jam lalu, sebuah kapal pengangkut gas petroleum cecair (LPG) gergasi bernama NV Sunshine, milik NatWit, yang cuba melalui laluan haram di selatan Selat Hormuz, telah diserang,” menurut kenyataan itu.

Iran berusaha menguatkuasakan kawalannya ke atas Selat Hormuz sepanjang perang berlangsung, dengan menegaskan bahawa kapal perlu mendapatkan kebenarannya untuk melalui laluan pilihan yang ditetapkan.

Bagaimanapun, semakin banyak kapal sanggup mengambil risiko menggunakan laluan alternatif yang menyusuri pantai selatan selat itu.

Agensi maritim UKMTO Britain berkata pada Jumaat bahawa sebuah kapal yang berada kira-kira 24 kilometer) dari Al Jazeera Al Hamra, UAE, di barat daya selat itu, terkena objek yang mencetuskan kebakaran di atas kapal.

“Keadaan anak kapal, penilaian kerosakan dan kesan terhadap alam sekitar masih belum diketahui ketika ini. Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan,” menurut UKMTO dalam satu kenyataan.

Syarikat keselamatan Britain, Vanguard, turut melaporkan kejadian itu dan mengenal pasti kapal berkenaan sebagai kapal tangki minyak mentah GEM NO.2 yang berdaftar di bawah bendera Panama.

Kejadian itu berlaku beberapa hari selepas sebuah kapal tangki diserang di perairan Qatar, kira-kira 500 kilometer di barat Selat Hormuz yang penting itu.

Kapal-kapal di Teluk dan yang cuba melalui selat berkenaan, satu-satunya laluan maritim keluar masuk rantau yang kaya dengan minyak itu berulang kali menjadi sasaran serangan sejak Amerika Syarikat (AS) dan Israel mencetuskan perang di Asia Barat pada akhir Februari.

Iran menyekat Selat Hormuz sejak itu, walaupun beberapa kapal masih berjaya melaluinya. Media AS turut melaporkan usaha ketenteraan Amerika untuk melindungi kapal yang menggunakan laluan selatan.

AS telah melaksanakan sekatan balas terhadap pelabuhan Iran dan sesekali melepaskan tembakan ke arah kapal yang mempunyai kaitan dengan Teheran.

Selat Hormuz amat penting kepada ekonomi dunia, dengan kira-kira satu perlima bekalan minyak dan gas asli cecair (LNG) dunia melalui selat itu sebelum perang tercetus. – AFP

The post Iran serang kapal tangki guna laluan haram di Selat Hormuz appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow23:0000:0001:00
Latest 01:20 MYT
19New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
9 Oct, 22:30 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    22:30

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Iran serang kapal tangki guna laluan haram di Selat Hormuz · Malaysian Attention Engine