Malaysian Attention Engine
Live wire
53Momen anak-anak cium tangan sebelum pergi sekolah sangat berharga- Syed Saddiq52Nafuzi mahu benteng kebal, buru keputusan positif40Politics : GRS Needs To Prioritise Sabah, Coalition Over Personal Interests – Hajiji40Letupan, kebakaran di pangkalan tentera Kanada ragut beberapa nyawa40Dakwaan edar dadah berhampiran IPD Sentul kejadian lama - Polis40RUU E-Dagang dibentang tahun depan - Fuziah36General : Anwar Congratulates Siti Nurhaliza On Soulful Gema Bumantara performance35Sport : Pearly-Thinaah Advance To Denmark Open Quarter-finals34Tular video lelaki dera seksual terhadap kucing, SAFM gesa siasatan segera33Sisi says Egypt ready to defend Saudi Arabia ‘if requested’3227 mangsa dipindahkan ke PPS SK Seri Penanti30Politics : BN Candidates List For Melaka: State Election To Be Announced On Oct 28 - Ab Rauf
NewConfirmedupdated 40 min ago

Iran tidak lagi perlu import gasolin - Presiden

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
44
no previous hour
Momentum
48
2 vs 0 mentions/h
Sources
2
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 18 Oct, 22:49 MYTLatest activity 18 Oct, 23:31BMconfidence 80%

What happened

Presiden Iran Masoud Pezeshkian berkata Iran tidak lagi perlu mengimport gasolin hasil kerjasama rakyat yang menyumbang kepada penjimatan besar. (Astro Awani (BM), 22:49)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·1 min read

Iran tak lagi perlu import gasolin - Presiden

By BERNAMA-IRNA · 18 Oct, 23:31 MYT

TEHRAN: Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, berkata langkah penjimatan dan pengurusan penggunaan tenaga telah membantu negara ini mengelakkan kekurangan bekalan bahan api.

Beliau berkata, perkara itu berjaya dicapai walaupun Iran berdepan penggunaan tenaga yang tinggi serta kesukaran memenuhi keperluan bahan api akibat perang ekonomi oleh Amerika Syarikat (AS), lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Berucap pada mesyuarat Majlis Penerangan Kerajaan di Tehran pada hari ini, Pezeshkian berkata, Iran tidak lagi perlu mengimport gasolin.

Katanya, ia hasil kerjasama rakyat yang menyumbang kepada penjimatan besar, sekali gus mengelakkan perbelanjaan sebanyak AS$12 bilion yang sebaliknya terpaksa ditanggung negara ini.

Beliau turut menyentuh isu domestik lain dalam mesyuarat berkenaan, termasuk inisiatif dan rancangan majlis itu untuk memanfaatkan keupayaan media serta jabatan perhubungan awam agensi kerajaan bagi mengetengahkan pencapaian masing-masing.

Sambil menekankan kepentingan memanfaatkan media sepenuhnya secara terancang untuk memperjuangkan keadilan dalam pelbagai sektor, Pezeshkian berkata, rancangan musuh Iran yang merangkumi pencerobohan ketenteraan, tekanan dan sekatan ekonomi, serta serangan media bertujuan mencetuskan perselisihan dan memperdalam perpecahan antara pelbagai lapisan masyarakat.

Beliau sekali lagi menggesa semua pihak berganding bahu menangani cabaran negara, dengan memanfaatkan segala sumber yang ada termasuk media, bagi memperkukuhkan perpaduan dan kesepaduan nasional.

Merujuk kepada perang dikenakan oleh AS dan Israel serta sekatan ekonomi yang disifatkannya sebagai tidak sah, Pezeshkian berkata, musuh telah menyebabkan rakyat Iran berdepan kesukaran besar.

Namun, beliau menegaskan kerajaan akan berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah rakyat dan membina Iran yang lebih kukuh.

Beliau sekali gus menekankan bahawa usaha menjamin kesejahteraan hidup rakyat mesti terus menjadi keutamaan.

Katanya, hasil diperoleh daripada kenaikan harga bahan api serta langkah penjimatan dan pengurusan penggunaan, akan disalurkan semula kepada rakyat.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • 2 mentions in the last hour after none the hour before
  • 2 independent sources, 2 new in the last hour
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 2 mentions/hpeak 45first news pick-upNEWnow23:00
Latest 23:44 MYT
44New
Mentions / h2Velocity0.03/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Astro Awani (BM)) source
  2. News
    First news outlet reports it (Berita Harian) source

Where it started

Astro Awani (BM) (News)
18 Oct, 22:49 MYT
Origin confidence 90% · 41 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Astro Awani (BM)
    22:49

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Astro Awani (BM), Berita Harian

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (2)

Iran tidak lagi perlu import gasolin - Presiden
Astro Awani (BM)NewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.