Malaysian Attention Engine
Live wire
52Pemimpin kanan parti politik ditangkap khalwat51Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi50Sport : Denmark Open: Sze Fei-Nur Izzuddin Storm Into Q-finals49PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang49199 kes jenayah babitkan pelarian Rohingya45General : 44 Leatherback Turtle Eggs Laid In Marang Found Unfertilised - DOF45ADUN PH gesa DUN Negeri Sembilan segera bersidang40General : Haze:wear N95 Face Mask If Need To Engage In Outdoor Activities - MOH36Najib akan habiskan baki hukuman penjara bersama keluarga di rumah Langgak Duta - Peguam35Raja-Raja Melayu gesa pihak luar tidak campuri krisis takhta Negeri Sembilan35General : Haze: Implementation Of UASA Next Week Postponed -- MOE35World : Ex-President Nicolas Maduro, Wife Plead Not Guilty To Torture Charges In New York Court
NewUnconfirmedupdated 4 h ago

Islam titik berat perpaduan tapi perlu jaga batas akidah

Only social or community posts, or a single source.

Attention
17
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 16 Oct, 06:11 MYTLatest activity 16 Oct, 06:11BMconfidence 60%

What happened

Islam agama yang sangat menitikberatkan hubungan baik, keharmonian dan sikap saling menghormati dalam masyarakat berbeza agama. Bagaimanapun, semangat toleransi dan kerjasama tersebut hendaklah sentiasa dipandu oleh batas yang telah ditetapkan oleh syariat Islam, khususnya dalam perkara berkaitan dengan akidah dan syiar keagamaan. (Harian Metro, 06:11)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·3 min read

Islam titik berat perpaduan tapi perlu jaga batas akidah

By Sahibus Samahah Prof Madya Datuk Dr Mohd Sukki Othman · 16 Oct, 06:11 MYT

Islam agama yang sangat menitikberatkan hubungan baik, keharmonian dan sikap saling menghormati dalam masyarakat berbeza agama. Bagaimanapun, semangat toleransi dan kerjasama tersebut hendaklah sentiasa dipandu oleh batas yang telah ditetapkan oleh syariat Islam, khususnya dalam perkara berkaitan dengan akidah dan syiar keagamaan.

Mengulas mengenai penyebaran sebuah video yang memperlihatkan sekumpulan individu Islam dikatakan terlibat dalam aktiviti gotong-royong membersihkan sebuah kuil Hindu, isu ini perlu dinilai mengikut kerangka hukum syarak.

Islam galak hubungan baik, tetapi bukan gadai prinsip akidah.

Allah SWT berfirman dalam Surah al-Mumtahanah, ayat 8 yang bermaksud: "Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang yang tidak memerangi kamu kerana agama dan tidak mengusir kamu dari kampung halaman kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil."

Ayat ini membuktikan Islam tidak pernah melarang umatnya berbuat baik kepada masyarakat bukan Islam. Bahkan, membantu jiran, menjaga kebersihan kawasan awam, menghulurkan bantuan ketika bencana serta bekerjasama dalam perkara kebajikan amalan yang selaras dengan tuntutan Islam.

Namun demikian, hubungan baik antara agama tidak boleh dijadikan alasan untuk mengabaikan batas penglibatan seorang Muslim dalam perkara yang mempunyai hubungan langsung dengan amalan atau syiar agama lain.

Hukum membersihkan rumah ibadat bukan Islam

Dalam menentukan hukum penglibatan orang Islam membersihkan kuil, gereja atau rumah ibadat agama lain, perlu dibezakan antara dua keadaan.

Pertama, kerja yang mempunyai hubungan langsung dengan penyediaan, pemeliharaan atau pengendalian tempat dan peralatan khusus bagi pelaksanaan ritual agama lain seperti membersihkan patung sembahan, altar pemujaan atau menyediakan ruang khusus untuk upacara penyembahan.

Penglibatan orang Islam dalam pekerjaan sedemikian hendaklah dielakkan dan termasuk dalam perkara dilarang oleh syarak apabila ia secara langsung membantu pelaksanaan ritual keagamaan yang bertentangan dengan akidah Islam.

Allah SWT berfirman dalam Surah al-Maidah ayat 2 yang bermaksud: "Dan janganlah kamu saling membantu dalam melakukan dosa dan pencerobohan."

Justeru, umat Islam dilarang terlibat dalam aktiviti gotong-royong membersihkan kuil atau rumah ibadat agama lain apabila pekerjaan itu bantuan langsung kepada penyelenggaraan tempat peribadatan mereka. Bagaimanapun, larangan ini sama sekali tidak menafikan tuntutan Islam untuk membantu masyarakat bukan Islam dalam urusan kemanusiaan, kebajikan dan keselamatan.

Kedua, kerja kebersihan umum yang tidak mempunyai hubungan langsung dengan ritual agama seperti membersihkan longkang awam, mengutip sampah di kawasan kejiranan, membantu mangsa banjir atau membersihkan laluan digunakan masyarakat umum.

Aktiviti sedemikian pada asasnya termasuk dalam ruang kerjasama kemasyarakatan yang diharuskan selagi tidak melibatkan penyertaan dalam upacara keagamaan atau bantuan langsung kepada pelaksanaan ritual agama lain.

Memelihara akidah tidak bererti memusuhi penganut agama lain

Perlu ditegaskan bahawa Islam tidak mengajar umatnya menghina, memusuhi atau berlaku zalim terhadap penganut agama lain.

Namun, menghormati agama lain tidak bermaksud seseorang Muslim perlu mengambil bahagian dalam urusan keagamaan mereka.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Kafirun ayat 6 yang bermaksud: "Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku."

Ayat ini menegaskan prinsip pemisahan akidah dan ibadah di samping mengiktiraf kewujudan masyarakat yang berbeza pegangan agama.

Sehubungan itu, dinasihatkan agar mana-mana pertubuhan, institusi pendidikan, agensi kerajaan atau badan sukarela yang merancang program gotong-royong antara agama supaya memberikan perhatian kepada sensitiviti akidah umat Islam.

Program perpaduan boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti lain seperti membersihkan kawasan perumahan, taman awam, sekolah, rumah penduduk, kawasan rekreasi serta menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan tanpa mengira agama dan bangsa.

Kesimpulan

Suka ditegaskan bahawa perpaduan masyarakat majmuk suatu tuntutan yang penting. Namun, perpaduan yang sebenar hendaklah dibina atas asas saling menghormati pegangan agama masing-masing bukannya dengan mencampuradukkan urusan ibadah dan akidah.

Islam mengajar kita menghormati penganut agama lain, tetapi penghormatan tersebut tidak boleh sampai mengaburkan batas akidah dan syariat.

Semoga seluruh umat Islam sentiasa diberikan kefahaman untuk memelihara kesucian akidah, kebijaksanaan dalam bermasyarakat serta keteguhan dalam menghayati tuntutan agama.

Penulis Mufti Pulau Pinang

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow07:0008:0009:0010:00
Latest 10:52 MYT
17New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
16 Oct, 06:11 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    06:11

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Islam titik berat perpaduan tapi perlu jaga batas akidah · Malaysian Attention Engine