
ISN bawa sains sukan dekat dengan masyarakat
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KUALA LUMPUR: Institut Sukan Negara (ISN) mengambil pendekatan holistik untuk memberi peluang kepada masyarakat merasai sendiri aplikasi sains dan teknologi sukan menerusi Hari Terbuka ISN yang berlangsung pada Sabtu lalu. (Berita Harian, 16:42)
Read the reporting
1 report
ISN bawa sains sukan dekat dengan masyarakat
KUALA LUMPUR: Institut Sukan Negara (ISN) mengambil pendekatan holistik untuk memberi peluang kepada masyarakat merasai sendiri aplikasi sains dan teknologi sukan menerusi Hari Terbuka ISN yang berlangsung pada Sabtu lalu.
Meskipun Hari Sukan Negara ditangguhkan sementara akibat jerebu, penganjuran sulung oleh ISN itu tetap mendapat sambutan meriah menerusi pelbagai aktiviti interaktif yang memberi peluang kepada orang ramai meneroka aplikasi sains dan teknologi sukan, termasuk aspek kecergasan, analisis kekuatan, pemulihan serta peningkatan prestasi atlet.
Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Dr P Vellapandian berkata, Hari Terbuka ISN adalah salah satu pendekatan untuk membawa kepakaran dan peranan ISN lebih dekat kepada masyarakat, di samping meningkatkan kesedaran bahawa pencapaian sukan bukan hanya bergantung pada bakat dan latihan, tetapi turut disokong oleh ilmu, penyelidikan, perubatan serta teknologi.
"Melalui Hari Terbuka ISN 2026, kami mahu masyarakat melihat sendiri bagaimana sains sukan, perubatan sukan dan teknologi sukan memainkan peranan dalam menyokong prestasi atlet, mencegah kecederaan, mempercepat pemulihan dan mengoptimumkan potensi seseorang individu.
"ISN bukan sahaja berperanan menyokong atlet berprestasi tinggi, malah komited untuk berkongsi ilmu dan kepakaran dengan masyarakat. Kami berharap pengalaman yang diperoleh menerusi program ini dapat mencetuskan minat generasi muda terhadap bidang sains sukan serta menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat," katanya.
Pada hari sama, Timbalan Presiden baharu Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Nur Azmi Ahmad turut hadir dan meninjau persekitaran ISN untuk melihat orang ramai meneroka 18 zon aktiviti interaktif yang merangkumi analisis kekuatan, elektroterapi, rendaman air serta pendedahan kepada ruang hipoksia persekitaran.
Aktiviti itu memberikan pengalaman pembelajaran yang menggabungkan penerangan teknikal, demonstrasi dan penglibatan secara langsung.
Dalam pada itu, pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Janice Wai melihat Hari Terbuka ISN 2026 sebagai peluang untuk memahami aspek sukan yang lazimnya kurang diketahui masyarakat, khususnya peranan kepakaran saintifik dalam persediaan dan pencapaian seseorang atlet.
"Pengalaman ini sangat menarik kerana kami bukan sekadar mendengar penerangan, tetapi dapat melihat dan mencuba sendiri beberapa aktiviti. Saya lebih memahami bagaimana sains sukan membantu atlet meningkatkan prestasi dan mengapa aspek kecergasan serta pemulihan sangat penting dalam sukan," katanya.
Bagi atlet Ultimate Frisbee Malaysia, Adrew Yew pula, program seperti itu mampu membuka ruang kepada golongan muda untuk mengenali peluang pembelajaran dan kerjaya dalam bidang berkaitan sukan.
"Sebelum ini, saya lebih mengenali sukan melalui pertandingan dan atlet yang bertanding. Selepas menyertai program ini, saya dapat melihat bahawa terdapat ramai pakar di sebalik tabir yang membantu atlet dari sudut sains, perubatan dan teknologi. Program seperti ini sangat bermanfaat, terutamanya kepada pelajar yang berminat dalam bidang sukan," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian16:42
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.