
Jaden, Diana buktikan anak Malaysia hebat dalam bahasa Inggeris
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Sebelum keputusan diumumkan, Jaden Leong Wen Hao sudah berputus asa. (Kosmo!, 10:07)
Read the reporting
1 report
Jaden, Diana buktikan anak Malaysia hebat dalam bahasa Inggeris
Sebelum keputusan diumumkan, Jaden Leong Wen Hao sudah berputus asa.
Namun dia tidak menyangka sama sekali, namanya bakal diumumkan sebagai juara dunia.
Pada mulanya, remaja berusia 16 tahun itu menyangka pengacara majlis akan mengumumkan pemenang dari Jordan, sekali gus menidakkan peluang Malaysia membawa pulang kejuaraan.
Namun, sebaik sahaja terdengar perkataan Kuala Lumpur, semangat pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Sam Tet, Ipoh, Perak itu kembali membara, malah debaran semakin terasa ketika menanti keputusan pemenang.
Kegembiraan Jaden tidak dapat disembunyikan lagi apabila namanya diumumkan sebagai juara kategori HIPPO 4 pada pertandingan akhir dunia HIPPO English Without Borders World Finals 2026 di Itali baru-baru ini.
“Saya sangat gembira apabila nama diumumkan sebagai pemenang.
“Rasanya, kegembiraan saya ketika itu dapat dilihat dengan jelas menerusi gambar-gambar yang dirakam.
“Kejayaan ini bukan sekadar kemenangan dalam pertandingan bahasa Inggeris, sebaliknya cukup bermakna kerana bahasa itu sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan saya sejak kecil,” katanya kepada K-Remaja.
Untuk makluman, HIPPO English Without Borders merupakan pertandingan penguasaan bahasa Inggeris peringkat antarabangsa yang memberi peluang kepada pelajar menguji kemahiran bahasa, di samping membina persahabatan dan mengenali budaya negara lain.
Pertandingan itu terbuka kepada pelajar berusia enam hingga 19 tahun, termasuk mereka yang mempelajari bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua atau bahasa asing serta pelajar mempunyai latar belakang dwibahasa.
Pada edisi tahun ini, peserta dari lebih 70 negara bersaing untuk merebut gelaran juara dunia selepas melepasi beberapa peringkat kelayakan.
Pusingan akhir yang berlangsung secara bersemuka di Spoleto itu menguji penguasaan bahasa Inggeris peserta menerusi beberapa komponen.
Ia termasuk dalam aspek kefahaman membaca, kemahiran mendengar, penulisan, pertuturan dan penggunaan bahasa Inggeris.
Mengulas lanjut, Jaden berkata, persiapan menghadapi pertandingan itu memerlukan latihan konsisten, khususnya dalam aspek tatabahasa yang menjadi antara fokus utama ujiannya.
Mengulas lanjut, Jaden berkata, persiapan menghadapi pertandingan itu memerlukan latihan konsisten, khususnya dalam aspek tatabahasa yang menjadi antara fokus utama ujian tersebut.
Katanya, dia kerap menjawab soalan tatabahasa secara dalam talian menggunakan telefon bimbit setiap kali mempunyai masa lapang, termasuk ketika makan atau dalam perjalanan pulang dari sekolah.
Selain itu, Jaden mengumpul nota bahasa Inggeris serta kesilapan yang dilakukannya dalam satu dokumen Google bagi memudahkan proses ulang kaji.
“Guru Bahasa Inggeris saya di sekolah juga bermurah hati memberikan latihan percuma sebelum pusingan akhir.
“Saya sangat berterima kasih kepada guru kerana bimbingannya banyak meningkatkan kemahiran bertutur dan menulis saya,” katanya.
Bagi memastikan persiapannya tidak mengganggu rutin harian, Jaden melakukan latihan secara berkala, kira-kira sekali setiap dua hari.
Bagaimanapun, dia mengakui terpaksa mengorbankan sedikit masa ulang kaji untuk peperiksaan sekolah kerana berlangsung seminggu selepas pertandingan akhir.
Antara cabaran paling sukar dihadapi Jaden adalah ujian bertutur apabila dia dan pasangannya sama-sama berasa gementar sehingga menyebabkan mereka beberapa kali tersekat-sekat ketika berbual.
Namun, Jaden berusaha mengawal perasaan gugup dengan menenangkan diri dan mengemukakan soalan kepada pasangannya bagi memastikan perbualan terus berlangsung.
Pengalaman bertanding sebelum ini juga telah mengajarnya bahawa keyakinan diri penting untuk berkomunikasi, lebih-lebih lagi apabila perlu berinteraksi dengan peserta dari negara lain.
“Peluang berkenalan dengan peserta antarabangsa turut membuka mata saya terhadap perbezaan budaya serta isu yang dihadapi masyarakat di negara masing-masing.
“Perbualan bersama mereka menyedarkan saya bahawa perkara yang dianggap biasa atau boleh diterima di negara ini mungkin dilihat berbeza di negara lain.
Peserta dari Malaysia yang menyertai HIPPO English Without Borders World Finals 2026 di Itali.
“Pengalaman itu mendorong saya untuk lebih peka terhadap perkembangan dunia dan isu global, selain menghargai peluang menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium komunikasi merentas budaya,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi peserta Malaysia, Diana Aleesa Fareez Shahfiqar membuktikan bahawa kegagalan bukan penghalang untuk mencapai kejayaan apabila muncul juara dunia kategory Baby Hippo pada percubaan keduanya.
Pelajar Sekolah Rendah Cempaka National Schools, Cheras, Selangor itu tidak menyangka namanya diumumkan sebagai pemenang sehingga berasa seperti sedang bermimpi ketika berada di atas pentas.
Menurut Diana Aleesa, penyertaan pada tahun lalu menyaksikan dia gagal melepasi pusingan pertama, sekali gus membuatkannya lebih bersedia dan kurang gementar ketika kembali bertanding.
“Setelah tidak berjaya pada tahun lepas, saya nekad untuk mencuba lagi pada tahun ini, dan mahu melakukan yang lebih baik berbanding tahun sebelumnya.
“Ibu dan bapa mengingatkan saya bahawa setiap impian memerlukan usaha dan latihan, namun mereka tidak memaksa saya belajar pada setiap hari.
“Sebaliknya, mereka menekankan kepentingan melakukan yang terbaik dan memastikan saya memahami bahawa kasih sayang keluarga tidak bergantung pada keputusan pertandingan.
“Pendekatan itu turut membantu saya membuat persediaan dengan lebih teliti, sekali gus menempa kejayaan yang tidak disangka-sangka pada kali ini,” katanya.
Menurut Diana Aleesa, ibu bapanya turut mengingatkan dia supaya menjawab soalan dengan yakin dan menyemak jawapan sebelum menyerahkan kertas peperiksaan.
Pesanan itu diikuti oleh Diana Aleesa apabila dia menyemak jawapan sebanyak tiga kali selepas selesai menjawab soalan dalam peperiksaan akhir.
Bagaimanapun, kanak-kanak berusia lapan tahun itu mengakui, bahagian penulisan merupakan cabaran paling sukar kerana perlu memastikan struktur ayat dan ejaan tepat.
Di rumah, Diana Aleesa banyak mempelajari bahasa melalui komunikasi harian bersama ibu bapanya yang membiasakan penggunaan ayat penuh dalam bahasa Melayu dan Inggeris.
Dia juga didedahkan dengan buku sejak kecil. Kini, dia membaca satu atau dua buah buku sebelum tidur.
Ibu bapanya turut menggalakkan aktiviti kreatif seperti melukis, mewarna dan menghasilkan kraf tangan, selain menghadkan masa penggunaan skrin supaya pembelajaran tidak bergantung pada peranti digital semata-mata.
Menurutnya, pengalaman menyertai pertandingan bukan hanya tentang kemenangan, tetapi peluang untuk mencuba sesuatu yang baharu dan mengenali kemampuan diri.
“Nasihat saya kepada kawan-kawan lain, jangan takut mencuba bidang yang belum dikuasai kerana setiap orang mempunyai kelebihan tersendiri.
“Walaupun kita kurang mahir dalam sesuatu bidang, namun kita masih boleh mengembangkan kebolehan dalam bidang lain jika berusaha dan tidak mudah berputus asa,” katanya.
The post Jaden, Diana buktikan anak Malaysia hebat dalam bahasa Inggeris appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!10:07
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.