Malaysian Attention Engine
Live wire
57Polis bongkar makmal dadah sintetik RM18.19 juta di Masai dan Permas Jaya52General : Human Resources Ministry To Introduce Starting Basic Salary Guidelines - Ramanan51PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang44Malaysia unveils six homegrown chips worth RM300m as it shifts from making to designing semiconductors44Solat benteng jiwa, jauhi sombong dan kezaliman – Ismail43PeKa B40 to be rebranded as PeKa Sihat43Sport : KBS Hopes TM Will Focus More On Virtual Taekwondo - Minister42Most of Indonesia’s fires outside Malaysian-owned concessions, says Fahmi41Ahli politik Filipina didakwa biaya jet bawa 521kg dadah di Laos40Dua beradik maut terperangkap dalam rumah terbakar40Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi39Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

Jangan ambil mudah jerebu, berisiko ganggu perkembangan paru-paru kanak-kanak - Pakar

Only social or community posts, or a single source.

Attention
20
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 16 Oct, 15:04 MYTLatest activity 16 Oct, 15:04BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR: Ibu bapa dan golongan berisiko tinggi digesa supaya tidak memandang remeh ancaman jerebu yang melanda negara kerana pendedahan secara kerap kepada udara tercemar berupaya memberi kesan buruk jangka panjang terhadap kesihatan, khususnya perkembangan fungsi paru-paru kanak-kanak. (Berita Harian, 15:04)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Jangan ambil mudah jerebu, berisiko ganggu perkembangan paru-paru kanak-kanak - Pakar

By Essa Abu Yamin · 16 Oct, 15:04 MYT

KUALA LUMPUR: Ibu bapa dan golongan berisiko tinggi digesa supaya tidak memandang remeh ancaman jerebu yang melanda negara kerana pendedahan secara kerap kepada udara tercemar berupaya memberi kesan buruk jangka panjang terhadap kesihatan, khususnya perkembangan fungsi paru-paru kanak-kanak.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Kesihatan dan Keselamatan Persekitaran, Fakulti Sains Kesihatan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Noor Haziqah Kamaludin, berkata organ pernafasan kanak-kanak masih dalam fasa perkembangan sehinggalah mereka mencapai usia awal 20-an.

Beliau berkata, kanak-kanak secara semula jadi bernafas lebih laju berbanding orang dewasa bagi menampung keperluan oksigen yang tinggi untuk proses tumbesaran badan mereka.

"Amalan aktiviti di luar rumah tanpa memakai pelitup muka ketika jerebu mendedahkan kanak-kanak kepada zarah berbahaya yang berpotensi merencatkan perkembangan alveoli baharu.

"Keadaan ini seterusnya boleh menyebabkan kemerosotan perkembangan fungsi paru-paru. Pendedahan berterusan ini turut meningkatkan risiko kanak-kanak untuk menghidapi masalah asma kronik, bronkitis berulang serta alahan saluran pernafasan berpanjangan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mengulas mengenai tanda awal kerosakan saluran pernafasan, Dr Noor Haziqah berkata, ibu bapa perlu sentiasa peka terhadap perubahan fizikal dan tingkah laku anak-anak.

"Antara gejala awal yang perlu diperhatikan termasuk batuk kering berpanjangan terutamanya pada waktu malam atau selepas beraktiviti, pernafasan laju, bunyi 'mengah' atau berdekit serta keadaan badan yang kelihatan tidak bermaya, cepat letih, kurang selera makan dan sering mengadu sakit kepala atau mata pedih.

"Ibu bapa perlu segera mendapatkan pertolongan kecemasan di fasiliti kesihatan sekiranya mendapati tanda lebih serius seperti dada anak kelihatan 'tertarik ke dalam' semasa bernafas, nafas tercungap-cungap atau bahagian bibir dan kuku kelihatan pucat," katanya.

Bagi individu yang mempunyai masalah pernafasan sedia ada seperti asma atau Penyakit Paru-Paru Kronik (COPD), warga emas serta kanak-kanak, beliau menyarankan supaya langkah berjaga-jaga ditingkatkan dengan mengurangkan aktiviti di luar dan kekal berada di dalam bangunan bertutup yang mempunyai sistem pengudaraan baik.

"Sekiranya terpaksa keluar rumah, pesakit kronik disyorkan sentiasa membawa ubat sedut seperti ubat sedut biru dan mematuhi dos ubat-ubatan harian yang ditetapkan oleh doktor secara konsisten.

"Orang ramai juga dinasihatkan untuk mengelakkan aktiviti fizikal berat seperti bersenam atau mengangkat beban di luar rumah kerana ia boleh meningkatkan kadar sedutan udara tercemar ke dalam saluran pernafasan, di samping perlu meminum air kosong secara mencukupi untuk mengekalkan hidrasi badan," katanya.

Menyentuh mengenai pemilihan pelitup muka yang berkesan, Dr Noor Haziqah berkata, pelitup muka pembedahan biasa tidak efektif untuk menyaring zarah halus jerebu (PM2.5) kerana mempunyai rongga yang besar serta tidak kedap pada bahagian muka.

"Pelitup muka jenis N95, KN95 atau KF94 amat disyorkan kerana mampu menapis sekurang-kurangnya 94 hingga 95 peratus zarah mikroskopik terampai di udara berukuran sehingga 0.25 mikron.

"Bagi kanak-kanak, pastikan saiz pelitup muka sesuai dengan bentuk muka mereka untuk mengelakkan kebocoran udara di bahagian tepi, selain memastikan klip hidung ditekan dengan kemas.

"Pelitup muka yang dipakai dengan betul akan mengecut sedikit apabila ditarik nafas dan mengembang apabila dihembus," katanya.

Katanya, pemakaian pelitup muka kedap udara berkenaan tidak boleh melebihi tempoh dua jam secara berterusan kerana ia meningkatkan rintangan pernafasan yang boleh memicu sesak nafas atau keletihan otot dada serta perlu diganti baharu jika lembap, kotor atau mula sukar bernafas.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow16:0017:0018:00
Latest 18:00 MYT
20New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
16 Oct, 15:04 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    15:04

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Jangan ambil mudah jerebu, berisiko ganggu perkembangan paru-paru kanak-kanak - Pakar · Malaysian Attention Engine