
Jangan biar Mak Yong ditelan zaman
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KOTA BHARU: Sesebuah warisan tidak semestinya hilang apabila pentasnya ditutup, muziknya berhenti atau persembahannya semakin jarang disaksikan. (Utusan Malaysia, 07:41)
Read the reporting
1 report
Jangan biar Mak Yong ditelan zaman
KOTA BHARU: Sesebuah warisan tidak semestinya hilang apabila pentasnya ditutup, muziknya berhenti atau persembahannya semakin jarang disaksikan.
Ada kalanya, warisan itu mula lenyap apabila tiada lagi generasi yang mahu mempelajarinya, memahami maknanya dan meneruskan legasi yang ditinggalkan.
Itulah cabaran yang perlu diberi perhatian dalam usaha memastikan seni Mak Yong , yang begitu sinonim dengan identiti budaya Kelantan, terus bertahan dalam arus pemodenan.
Di sebalik cabaran itu, muncul 43 kanak-kanak yang kini menjadi harapan baharu untuk memastikan seni tradisional berkenaan tidak luput ditelan zaman.
Menerusi Program Perantisan Mak Yong Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kelantan yang bermula pada 2024, kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah itu diberi latihan bagi menguasai kemahiran pementasan, skrip, lakonan dan muzik.
Mereka bukan sekadar belajar menghafal dialog atau menggerakkan tubuh mengikut rentak muzik, sebaliknya sedang melalui proses mengenali satu bentuk seni yang memerlukan penguasaan watak, pemahaman cerita serta kesungguhan untuk meneruskan tradisi.
Bagi sesebuah kesenian, kewujudan pelapis amat penting kerana keindahan sesuatu persembahan tidak hanya bergantung kepada pakaian, muzik atau pentas, tetapi turut ditentukan oleh manusia yang menguasai ilmunya.
Tanpa pewaris yang bersedia mengambil alih, pengetahuan yang dikumpulkan oleh generasi terdahulu berisiko terhenti bersama mereka.
43 ANAK KECIL ‘JADI’ PENYELAMAT
Pengarah JKKN Kelantan, Rohaniza Abdullah berkata, kesemua 43 peserta program perantisan itu menyertainya atas minat sendiri dan datang daripada lima sekolah rendah, iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Datu’ Hashim, SK Ismail Petra 1, SK Kor, SK Wakaf Stan dan SK Gondang.
Katanya, kanak-kanak itu kini membentuk Kumpulan Perantisan Seni Mak Yong (Kanak-Kanak) JKKN Kelantan yang dilatih selama tiga tahun, termasuk dengan bimbingan tokoh Mak Yong, Ruhani Mohd. Zin.
Ujarnya, pemilihan Mak Yong sebagai seni yang diperkasakan berasaskan keunikan identitinya yang begitu ketara dengan Kelantan, selain keperluan untuk mengambil inisiatif melestarikan warisan kebudayaan negeri itu.
“Usaha berkenaan memperlihatkan bahawa pemuliharaan seni tradisional tidak boleh bergantung kepada nostalgia atau rasa bangga terhadap warisan semata-mata.
“Sebaliknya, warisan perlu dipelajari secara berterusan, diberikan ruang untuk dipersembahkan dan diperkenalkan kepada generasi yang mungkin tidak lagi mempunyai hubungan rapat dengan kesenian tradisional,” ujarnya.
Rohaniza berkata, mereka akan terus dipanggil untuk menjayakan persembahan selepas tamat program kerana sudah menerima latihan dan mewarisi ilmu Mak Yong.
Katanya, JKKN Kelantan bersedia melatih peserta baharu sekiranya ada dalam kalangan perantis menarik diri apabila meningkat remaja.
“Perancangan itu penting kerana perjalanan seorang pewaris tidak berakhir sebaik sahaja latihan selesai. Penguasaan seni perlu diperkukuh melalui pengalaman, pementasan dan bimbingan berterusan,” tegasnya.
SENI DENGAN PERATURAN
Dalam usaha mengembangkan kumpulan pelapis, JKKN Kelantan turut berdepan cabaran berkaitan Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan (Kelantan) 2025.
Rohaniza berkata, pihaknya berhasrat menubuhkan kumpulan pementasan Mak Yong yang mematuhi syariah dan memenuhi kehendak enakmen berkenaan, tetapi berdepan kesukaran untuk menarik minat serta penyertaan murid lelaki.
Beliau turut menegaskan bahawa perancangan membawa kumpulan perantisan ke pentas persembahan perlu mengambil kira keterikatan dengan enakmen tersebut.
“Syarat enakmen berkenaan bukan penghalang kepada perkembangan Mak Yong kerana seni itu merupakan persembahan teater muzikal untuk hiburan, bukannya ritual seperti Main Puteri.
“Perbezaan pandangan dan cabaran pelaksanaan itu menunjukkan bahawa usaha melestarikan seni tradisional memerlukan kefahaman, perancangan serta kerjasama pihak berkaitan supaya matlamat pemuliharaan dapat diteruskan dalam kerangka peraturan yang berkuat kuasa,” katanya.
Rohaniza berkata, usaha melahirkan pewaris perlu disusuli dengan ruang dan hala tuju yang jelas agar kemahiran yang dipelajari tidak terhenti selepas latihan.
GERAK tari dan yanyian antara elemen terpenting yang perlu sempurna dalam setiap pementasan Mak Yong.
FAHAMI WARISAN, BUKAN SEKADAR PERTAHAN
Cabaran melestarikan Mak Yong juga menuntut masyarakat melihat pemuliharaan budaya daripada sudut yang lebih luas.
Mempertahankan warisan tidak semestinya bermaksud setiap pendekatan perlu kekal tanpa sebarang penyesuaian. Dalam keadaan generasi muda membesar dengan persekitaran dan corak komunikasi yang berbeza, usaha memperkenalkan seni tradisional memerlukan pendekatan yang membantu mereka memahami serta menghargainya.
Tokoh Mak Yong, Ruhani Mohd. Zin berpandangan bahawa penerapan elemen baharu, termasuk penggunaan istilah semasa dalam dialog, boleh membantu kanak-kanak memahami seni berkenaan tanpa mengetepikan unsur tradisionalnya.
Katanya, penggunaan bahasa yang sesuai dengan perkembangan semasa penting supaya dialog tidak terlalu kuno sehingga sukar difahami.
“Tujuan utama kita adalah mendidik generasi baharu untuk lebih memahami Mak Yong.
“Jadi penggunaan perkataan perlu sesuai dengan arus semasa dan tidak boleh terlalu kuno sehingga sukar difahami. Kalau boleh, biar ada yang lama dan baharu,” katanya.
BANGGA
Ruhani berkata, dia bangga melihat kanak-kanak berkenaan mampu menjiwai watak, memahami dan mendalami Mak Yong.
Katanya, dia berharap generasi baharu berbangga mewarisi kesenian yang diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
“Pengiktirafan sedemikian memberikan nilai penting kepada warisan berkenaan, namun kelangsungannya tetap memerlukan usaha manusia untuk mempelajari, mengamalkan dan menyampaikannya kepada generasi seterusnya,” katanya. – UTUSAN
The post Jangan biar Mak Yong ditelan zaman appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia07:41
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.