
Jangan cari publisiti dalam isu migran, Santiago beritahu Radzi
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Stop playing to the gallery on migrant issue, Santiago tells Radzi (Free Malaysia Today, 13:44)
Read the reporting
1 report
Jangan cari publisiti dalam isu migran, Santiago beritahu Radzi
Bekas Ahli Parlimen Klang Charles Santiago memberitahu Ahli Parlimen Putrajaya Radzi Jidin, jika tentera dikerahkan, ia sepatutnya ditugaskan untuk banteras 'kartel perekrutan yang mewujudkan perhambaan hutang serta pegawai korup yang membolehkan pemerdagangan buruh berlaku'. PETALING JAYA: Bekas Ahli Parlimen Klang Charles Santiago hari ini mengkritik Ahli Parlimen Putrajaya Radzi Jidin kerana cuba 'mencari publisiti' apabila menggesa supaya operasi membanteras pendatang tanpa dokumen di seluruh negara dilaksanakan dengan melibatkan tentera.
Santiago berkata, pekerja migran bukan punca masalah pendatang tanpa izin (Pati) di negara ini, sebaliknya berpunca daripada 'ketamakan, rasuah, pengambilan pekerja secara eksploitatif dan majikan yang tidak bertanggungjawab'.
“Kita terus menyalahkan pekerja, sedangkan pihak yang mengaut keuntungan daripada eksploitasi dibiarkan beroperasi tanpa dikenakan tindakan.
“Ahli Parlimen seperti Radzi perlu memahami isu yang diperkatakan mereka dan bukannya mencari publisiti. Malaysia berulang kali berdepan penelitian antarabangsa dan menanggung malu akibat kelemahan tadbir urus migrasi buruh.
“Kita tidak boleh menyelesaikan masalah dengan menghantar pulang pendatang semata-mata sedangkan kita sendiri gagal mentadbir sistem ini,” katanya dalam beberapa hantaran di X.
Ketika perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 semalam, Radzi mencadangkan supaya anggota tentera digerakkan bagi membantu Jabatan Imigresen menahan dan menghantar pulang pendatang tanpa dokumen.
Malaysiakini yang memetiknya sebagai berkata, langkah itu akan menghantar mesej jelas kepada masyarakat antarabangsa dan sindiket pemerdagangan manusia bahawa Malaysia serius menangani isu berkenaan.
Radzi turut berkata negara akan 'musnah' jika kerajaan gagal membendung kemasukan Pati secara berkesan, termasuk dengan mengenakan dasar lebih ketat terhadap pengambilan pekerja migran.
Bagaimanapun, Santiago berkata jika tentera dikerahkan, mereka sepatutnya ditugaskan untuk membanteras 'kartel perekrutan yang mewujudkan perhambaan hutang serta pegawai korup yang membolehkan pemerdagangan buruh berlaku'.
Beliau mendakwa undang-undang Malaysia menetapkan had yuran pengambilan pekerja pada kadar sebulan gaji, iaitu RM1,700, tetapi pekerja Bangladesh lazimnya membayar yuran antara RM20,000 hingga RM30,000.
“Jumlah itu bersamaan 12 hingga 17 kali ganda had yang dibenarkan undang-undang, sekali gus memaksa pekerja tinggal lebih masa untuk mendapatkan semula wang yang dibayar.
“Jika kita serius mahu mengurangkan migrasi tidak teratur, kita mesti meruntuhkan sistem yuran perekrutan yang menguntungkan itu, yang menjana keuntungan besar dengan mengorbankan pekerja migran dan mengekalkan kitaran perhambaan hutang,” katanya.
Why it is new
- Spread across News, YouTube
- 2 independent sources, 1 new in the last hour
- Driven by news coverage (3 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
- Discussed in English, mixed-language, Bahasa Malaysia
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Free Malaysia Today) source
- LanguageFirst Bahasa Malaysia coverage (Free Malaysia Today) source
- NewsFirst news outlet reports it (Free Malaysia Today) source
- SpreadYouTube discussion begins (Free Malaysia Today (YouTube)) source
- LanguageFirst mixed-language coverage (Free Malaysia Today (YouTube)) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsFree Malaysia Today13:44
- Step 2YouTube (mainstream)Free Malaysia Today (YouTube)16:44 · +180 min
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Free Malaysia Today, Free Malaysia Today (YouTube)
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News · YouTube. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.