
Jangan hanya tangkap PATI, majikan dan sindiket juga perlu diburu
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Jangan hanya tangkap PATI, majikan dan sindiket juga perlu diburu (Harian Metro, 10:20)
Read the reporting
1 report
Jangan hanya tangkap PATI, majikan dan sindiket juga perlu diburu
am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak boleh dibiarkan berjuang sendirian sebaliknya semua agensi perlu bersama-sama melaksanakan tanggungjawab masing-masing dalam membanteras pendatang asing tanpa izin (PATI).
Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula mesti memastikan tiada unsur rasuah yang merosakkan usaha penguatkuasaan negara.
Menurutnya, Malaysia masih memerlukan tenaga kerja asing yang sah dalam sektor ekonomi tertentu.
"Oleh itu, pendekatan kerajaan perlu seimbang antara keselamatan negara, keperluan ekonomi, pematuhan undang-undang dan penghormatan terhadap hak asasi manusia.
"MCW tidak bersetuju jika semua warga asing dianggap sebagai PATI atau dikaitkan dengan kegiatan jenayah hanya kerana mereka tinggal atau bekerja di kawasan yang dikenal pasti sebagai 'hotspot'.
"Isu sebenar ialah pelanggaran undang-undang, eksploitasi pekerja, kelemahan tadbir urus dan risiko rasuah yang membolehkan kegiatan tidak sah terus berlaku," katanya kepada Harian Metro, baru-baru ini.
Beliau berkata, jangan hanya menangkap pekerja asing, sedangkan pihak yang menggaji secara haram, mengaut keuntungan atau melindungi kegiatan terbabit terlepas daripada tindakan.
"MCW mahu penguatkuasaan yang menyeluruh, berintegriti dan konsisten.
"Sebanyak 224 'hotspot' bukan sekadar angka untuk diumumkan. Ia sepatutnya menjadi asas kepada pelan tindakan bersepadu yang boleh diukur keberkesanannya," katanya.
Jais berkata, MCW mencadangkan supaya kerajaan memberikan perhatian kepada empat aspek utama iaitu mekanisme aduan yang selamat dan berkesan di mana saluran aduan bersepadu perlu diwujudkan supaya masyarakat, pekerja asing dan pegawai kerajaan boleh menyalurkan maklumat mengenai kegiatan rasuah, penggajian PATI dan penyalahgunaan permit.
"Setiap aduan perlu diberikan nombor rujukan, dinilai mengikut tahap risiko dan mempunyai mekanisme pemantauan tindakan susulan.
"Keduanya, memperkukuh perlindungan pemberi maklumat di mana MCW menggesa agar pelaksanaan dan penambahbaikan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 memberikan perlindungan yang berkesan kepada individu yang melaporkan rasuah dengan niat baik," katanya.
Menurutnya, identiti pemberi maklumat perlu dilindungi mengikut undang-undang manakala risiko ugutan, kehilangan pekerjaan atau tindakan balas mesti ditangani secara serius.
"Perlindungan ini amat penting kerana pekerja asing yang mengetahui kegiatan rasuah mungkin takut tampil membuat laporan akibat kebimbangan terhadap status pekerjaan atau kesalahan imigresen mereka.
"Seterusnya tindakan terhadap keseluruhan rangkaian yang terlibat iaitu siasatan tidak sepatutnya terhenti pada pekerja asing yang ditahan.
"Jika terdapat bukti, tindakan juga mesti diambil terhadap majikan, ejen, pemilik premis, sindiket dan pegawai yang menerima atau menawarkan suapan," katanya.
Menurutnya, SPRM, JIM dan agensi penguat kuasa lain perlu bekerjasama meneliti aliran wang serta pihak yang mendapat keuntungan daripada kegiatan yang melanggar undang-undang.
"Akhir sekali, pemantauan bebas dan akauntabiliti awam. MCW mencadangkan laporan prestasi penguatkuasaan berkala yang menunjukkan jumlah operasi, tindakan terhadap majikan, status kes serta keberkesanan pemantauan 'hotspot'.
"Maklumat itu boleh diterbitkan dalam bentuk agregat tanpa menjejaskan kerahsiaan siasatan atau keselamatan operasi.
"MCW turut mengesyorkan audit integriti berkala terhadap proses berisiko tinggi dan tindakan susulan yang jelas terhadap kelemahan yang dikenal pasti," katanya.
Laporan eksklusif Harian Metro baru-baru ini melaporkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengenal pasti 224 lokasi panas atau 'hotspot' berkaitan keberadaan dan aktiviti warga asing di seluruh negara.
Ketua Pengarah JIM, Datuk Zakaria Shaaban berkata, lokasi itu merangkumi pelbagai kategori termasuk penempatan tidak sah, rumah kongsi di tapak pembinaan, premis perniagaan yang dimonopoli warga asing, serta rumah sewa padat dengan PATI.
Menurutnya, perkara ini perlu diberikan perhatian dan pemantauan penguatkuasaan.
"Bagi tempoh 2023 sehingga 15 Jun lalu, sebanyak 16,431 siri Op Sapu dilaksanakan. Operasi ini merangkumi serbuan ke atas pelbagai lokasi penempatan haram, termasuk rumah setinggan, rumah kongsi, serta rumah tumpangan yang didapati dihuni PATI," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro10:20
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.