Malaysian Attention Engine
Live wire
565 sekolah di Nilai terima bungkusan misteri54General : Malaysia Airlines To Resume Flights To Jeddah, Madinah Tomorrow46Penemuan barang mencurigakan di sekolah perlu dilapor segera46190 foreigners held in Pudu entertainment centre raid early today45Arteta yakin Gyokeres mampu tamatkan kemarau gol44General : Malaysia, China Step Up Cooperation Against Cyber Scams - Ahmad Zahid43Go away, I don’t want to see you, Tuanku Muhriz rebukes Negeri Sembilan MB42MOT rangka pindaan undang-undang kes curi kabel rel41‘Suami arwah hubungi adik, dia sudah bunuh isteri’41Singapura keluar notis amaran kepada 7 syarikat Indonesia dikenal pasti jadi punca jerebu36Wakil lima negara Asean, kumpulan super cars meriahkan Grand Final ABGC 202635World : Singapore To Issue Preventive Measure Notices To Seven Indonesian Firms Linked To Haze
NewConfirmedupdated 55 min ago

Jerebu: TASKA masih beroperasi tanpa aktiviti luar - Nancy

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
21
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 17 Oct, 12:25 MYTLatest activity 17 Oct, 12:49BMconfidence 80%

What happened

KUCHING: Pengoperasian taman asuhan kanak-kanak (TASKA) ketika jerebu di beberapa negeri yang menyaksikan sekolah ditutup masih diteruskan buat masa ini, namun pengusaha dinasihatkan tidak membenarkan kanak-kanak melakukan sebarang aktiviti di luar. (Berita Harian, 12:25)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·1 min read

Jerebu: TASKA masih beroperasi tanpa aktiviti luar - Nancy

By Mohd Roji Kawi · 17 Oct, 12:25 MYT

KUCHING: Pengoperasian taman asuhan kanak-kanak (TASKA) ketika jerebu di beberapa negeri yang menyaksikan sekolah ditutup masih diteruskan buat masa ini, namun pengusaha dinasihatkan tidak membenarkan kanak-kanak melakukan sebarang aktiviti di luar.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata kementeriannya setakat ini tidak mengeluarkan arahan penutupan TASKA berikutan kebanyakan operasi berkenaan dijalankan di dalam bangunan.

Bagaimanapun, katanya, pengusaha TASKA perlu mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya negeri terbabit mengarahkan sekolah ditutup berikutan keadaan jerebu yang membimbangkan.

"Untuk TASKA, kebanyakannya berada di dalam bangunan dan setakat ini kita tidak mengeluarkan sebarang arahan atau deklarasi supaya ditutup.

"Namun, jika negeri berkenaan sudah mengarahkan sekolah ditutup, maka mereka juga perlu mengikut arahan berkenaan," katanya ketika ditemui pada Program Empoerus 2026 di Pustaka Negeri Sarawak, di sini, pagi tadi.

Nancy berkata, ibu bapa juga mempunyai budi bicara untuk menentukan sama ada mahu menghantar anak ke TASKA yang masih beroperasi ketika keadaan jerebu.

Katanya, pihaknya memahami terdapat ibu bapa yang tidak mempunyai pilihan kerana perlu bekerja dan tiada individu lain untuk menjaga anak mereka di rumah.

"Jadi mungkin ibu bapa boleh berbincang dengan majikan atau TASKA masing-masing untuk menentukan tindakan yang sesuai. Namun perkara paling penting yang perlu dipatuhi ialah jangan benarkan kanak-kanak bermain atau melakukan sebarang aktiviti di luar," katanya.

Dalam pada itu, Nancy menyarankan semua TASKA yang masih beroperasi memastikan semua aktiviti kanak-kanak dijalankan di dalam bangunan sepanjang tempoh keadaan jerebu.

Katanya, sekiranya terdapat kanak-kanak yang mengalami masalah kesihatan atau jatuh sakit ketika berada di situ mereka perlu segera dibawa mendapatkan pemeriksaan dan rawatan doktor.

"Kita nasihatkan jangan bawa mereka keluar. Tiada aktiviti luar dan biarkan mereka berada di dalam bangunan. Kalau ada kanak-kanak yang sakit, sila bawa mereka berjumpa doktor," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • 2 independent sources, 1 new in the last hour
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 35first news pick-upNEWnow13:00
Latest 13:40 MYT
21New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source
  2. News
    First news outlet reports it (Harian Metro) source

Where it started

Berita Harian (News)
17 Oct, 12:25 MYT
Origin confidence 90% · 24 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    12:25

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (2)

Jerebu: TASKA masih beroperasi tanpa sebarang aktiviti luar
Harian MetroNewsmainstreamBMnear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Jerebu: TASKA masih beroperasi tanpa aktiviti luar - Nancy · Malaysian Attention Engine