
'Jangan hina wartawan sukan' - SAM
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Kuala Lumpur: Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) menyeru semua pihak dalam ekosistem sukan negara supaya menghormati peranan pengamal media serta mengamalkan komunikasi secara profesional dalam menangani perbezaan pandangan dan kritikan. (Harian Metro, 22:48)
Read the reporting
1 report
'Jangan hina wartawan sukan' - SAM
Kuala Lumpur: Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) menyeru semua pihak dalam ekosistem sukan negara supaya menghormati peranan pengamal media serta mengamalkan komunikasi secara profesional dalam menangani perbezaan pandangan dan kritikan.
Presiden SAM, Norismadi Abd Manap berkata persatuan itu menghormati hak setiap individu termasuk atlet, jurulatih, pegawai dan pentadbir sukan untuk menyuarakan pandangan serta memberikan maklum balas terhadap sesuatu laporan.
Bagaimanapun, beliau berkata perbezaan pandangan perlu ditangani secara matang tanpa kenyataan yang boleh menimbulkan persepsi negatif atau berbaur penghinaan terhadap individu mahupun profesion kewartawanan sukan.
"Media bukan sekadar melaporkan keputusan pertandingan, tetapi turut menyampaikan maklumat, pandangan dan perkembangan yang membentuk pemahaman masyarakat terhadap sukan negara. Peranan ini perlu dihormati kerana media merupakan sebahagian daripada ekosistem yang menyokong pembangunan sukan Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini.
Norismadi berkata laporan media profesional berasaskan bukti dan fakta yang diperoleh menerusi temu bual, kajian, semakan maklumat serta rujukan kepada sumber berkaitan.
Beliau berkata setiap laporan dan kritikan perlu dinilai berdasarkan kandungan serta konteks, manakala sebarang kesilapan fakta wajar disertakan bukti bagi membolehkan pembetulan dibuat sewajarnya.
"Kepantasan menyiarkan sesuatu laporan diseimbangkan dengan tanggungjawab untuk memastikan maklumat disahkan, disampaikan secara tepat dan mengambil kira perspektif pihak berkaitan agar laporan yang diterbitkan kekal berintegriti serta tidak menimbulkan salah faham," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata sebarang rasa tidak puas hati terhadap penulisan atau laporan media seharusnya disalurkan terus kepada individu atau organisasi media berkenaan bagi membolehkan penjelasan diberikan dan isu diteliti secara adil.
"Semua pihak perlu menghormati penulisan, pandangan dan kritikan yang dikemukakan secara profesional. Jika ada perkara yang dipertikaikan, kemukakan fakta dan bukti untuk dibincangkan.
"Kritikan boleh dibuat, tetapi biarlah berfokus kepada isu dan disampaikan dengan berhemah, bukannya sehingga merendahkan martabat atau menghina individu," katanya.
Norismadi berkata penghormatan terhadap media tidak bermakna semua pihak perlu bersetuju dengan setiap laporan atau pandangan diterbitkan, manakala setiap pertikaian mempunyai ruang penyelesaian melalui komunikasi terbuka dan perbincangan yang membina.
"Sehubungan dengan itu, SAM sentiasa terbuka untuk mendengar pandangan dan maklum balas daripada mana-mana pihak serta bersedia menjadi platform perbincangan bagi merapatkan perbezaan demi kepentingan bersama.
"Media, atlet, jurulatih, persatuan, agensi kerajaan, institusi sukan dan rakan penaja mempunyai peranan masing-masing, manakala hubungan berlandaskan fakta, komunikasi berhemah serta kesediaan mencari penyelesaian merupakan asas penting dalam memajukan sukan Malaysia," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro22:48
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.