
Pahang meterai 12 kerjasama bernilai RM421 juta di SIBS 2026
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR – Kerajaan Negeri Pahang dan syarikat berkaitan kerajaan negeri memeterai 12 perjanjian kerjasama bernilai RM421 juta sempena penyertaannya di Selangor International Business Summit (SIBS) 2026. (Kosmo!, 14:52)
Read the reporting
1 report
Pahang meterai 12 kerjasama bernilai RM421 juta di SIBS 2026
KUALA LUMPUR – Kerajaan Negeri Pahang dan syarikat berkaitan kerajaan negeri memeterai 12 perjanjian kerjasama bernilai RM421 juta sempena penyertaannya di Selangor International Business Summit (SIBS) 2026.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerjasama berkenaan merangkumi pelbagai sektor strategik termasuk teknologi digital, tenaga, perindustrian, pendidikan, perumahan dan pelancongan.
Menurut beliau, penyertaan Pahang di SIBS 2026 memberi penekanan kepada pembangunan Pahang Barat, selain terus meneroka potensi ekonomi di Pahang Timur.
“Kedua-dua wilayah ini perlu dibangunkan secara seimbang dan saling melengkapi bagi mewujudkan ekosistem ekonomi yang lebih menyeluruh, mampan dan berdaya saing,” katanya ketika berucap pada Majlis Pertukaran Dokumen Kerjasama Strategik di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Wan Rosdy berkata, antara kerjasama yang dirancang ialah pembangunan perkhidmatan kolokasi pusat data di Pahang Technology Park, Gambang menerusi kerjasama PKNP Fire Phoenix Data Center Sdn. Bhd. dengan Dayanex AI Sdn. Bhd.
Selain itu, Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) merancang kerjasama dengan Microfits Advanced Energy Technologies Sdn. Bhd. bagi membangunkan ekosistem kenderaan elektrik (EV) bersepadu.
“Di Kawasan Perindustrian Tanjung Agas, Pekan, kerjasama yang dirancang melibatkan pembangunan infrastruktur digital dan perindustrian pintar, industri pembuatan serta cadangan pembangunan pusat data,” katanya.
Dalam sektor pembangunan modal insan, UCYP University dan Cornell Leadership Academy akan bekerjasama dalam bidang industri halal, pelancongan dan hospitaliti, manakala YP Advanced Skills bersama Cornell Leadership Academy memberi tumpuan kepada latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Bagi sektor perumahan pula, kerjasama antara Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP) dengan Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad bertujuan membantu memudahkan akses pembiayaan di bawah skim perumahan kerajaan negeri.
Sementara di sektor pelancongan, kerajaan negeri meneroka kerjasama dengan Tradewinds Corporation Berhad bagi pembangunan semula Resort Mutiara Taman Negara, selain usaha mempromosikan King’s Park Genting Highlands sebagai destinasi mesra Muslim.
“Kesemua kerjasama ini memperlihatkan kepelbagaian potensi ekonomi Pahang. Namun, kejayaan sesuatu kerjasama tidak boleh dinilai berdasarkan majlis pemeteraian semata-mata.
“Apa yang lebih penting ialah tindakan susulan, perancangan teliti dan keupayaan membawa setiap inisiatif kepada peringkat pelaksanaan.
“Dengan kata lain, kejayaan pelaburan bukan hanya diukur berdasarkan jumlah modal yang dibawa masuk, tetapi juga sejauh mana pelaburan itu meningkatkan pendapatan rakyat, memperkukuh ekonomi tempatan dan membuka peluang kepada generasi akan datang,” tambah Wan Rosdy. – KOSMO! ONLINE
The post Pahang meterai 12 kerjasama bernilai RM421 juta di SIBS 2026 appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!14:52
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.