
Jangan jadikan anggota tentera sumber keuntungan Pernama
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
MELAKA: Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (Pernama) tidak seharusnya menjadikan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai sumber keuntungan utama, sebaliknya mengutamakan kebajikan mereka menerusi penawaran barangan keperluan pada harga lebih rendah. (Utusan Malaysia, 14:16)
Read the reporting
2 reports
Untung PERNAMA dikembalikan kepada anggota, veteran tentera
MELAKA: Keuntungan tahunan Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) yang pernah mencecah antara RM30 juta hingga RM40 juta perlu diterjemahkan kepada manfaat lebih besar untuk anggota, keluarga dan veteran tentera.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata usaha itu dilaksanakan menerusi penawaran barangan keperluan harian pada harga lebih rendah di 80 premis PERNAMA yang beroperasi di kem tentera seluruh negara.
Katanya, langkah berkenaan selaras dengan usaha memastikan PERNAMA bukan sekadar menjana keuntungan, malah berperanan sebagai instrumen yang membantu meningkatkan kesejahteraan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Beliau berkata, PERNAMA mempunyai kelebihan menerusi rangkaian premisnya di seluruh negara, selain menikmati kadar sewaan tapak yang rendah hasil kemudahan disediakan kerajaan.
"Kedudukan itu membolehkan PERNAMA menawarkan harga lebih kompetitif, sekali gus memastikan keuntungan yang diperoleh dapat memberi pulangan kepada anggota tentera sebagai pelanggan utamanya.
"Perbadanan itu masih perlu memperoleh keuntungan untuk membolehkan kakitangannya bekerja dengan baik, menerima gaji sewajarnya dan bonus, bagaimanapun, kita percaya keuntungan yang diperoleh itu perlu dipulangkan semula kepada anggota," katanya.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Kempen Harga Istimewa, Tentera Sejahtera (HITS) di Kem Terendak, di sini, hari ini.
Yang turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Azhan Md Othman; Ketua Staf ATM, Leftenan Jeneral Datuk Seri Muhammad Huzaimi Sabri; EXCO Kanan Melaka, Datuk Rais Yasin dan Pengerusi PERNAMA, Datuk Seri Iskandar Mizal Mahmood.
Kempen HITS menawarkan lebih 300 barangan keperluan harian, termasuk makanan, produk penjagaan diri dan barangan isi rumah, dengan penjimatan sehingga 30 peratus di semua premis PERNAMA.
Mohamed Khaled berkata, sebagai gambaran penjimatan yang boleh dinikmati, bakul barangan bernilai RM100 di pasaran luar dianggarkan hanya menelan belanja sekitar RM70 jika dibeli di PERNAMA.
Anggota tentera juga berpeluang menikmati penjimatan tambahan menerusi sistem mata ganjaran dan diskaun yang ditawarkan.
Beliau berkata, kempen berkenaan memperluas akses warga ATM kepada harga istimewa apabila barangan murah yang sebelum ini ditawarkan pada hari gaji kini boleh dibeli pada setiap masa tanpa had kuantiti.
Langkah itu dijangka mengurangkan perbelanjaan harian keluarga anggota, sekali gus membolehkan mereka meningkatkan simpanan untuk masa depan.
"Jika sebelum ini seseorang anggota membelanjakan kira-kira 30 peratus pendapatannya untuk keperluan harian keluarga, kita berharap jumlah itu dapat dikurangkan kepada sekitar 25 peratus.
"Untuk memastikan anggota terus mendapat manfaat, mereka juga perlu menyokong PERNAMA kerana semakin tinggi jualannya, semakin baik pulangan yang boleh diberikan kepada anggota," katanya.
PERNAMA adalah entiti milik penuh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang menjalankan perniagaan runcit di kem tentera bagi memenuhi keperluan anggota, keluarga dan veteran ATM.
Semua 80 premis PERNAMA turut menjadi rakan niaga Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sejak Mac lalu. Kempen HITS pula memperluas pendekatan Program Jualan Istimewa MADANI Angkatan Tentera (JIMAT) dengan menawarkan harga rendah sepanjang masa, berbanding tempoh jualan terhad sebelum ini.
Mohamed Khaled berkata, kerajaan turut mempertimbangkan untuk memperluas kemudahan harga istimewa itu kepada anggota sukarelawan tentera pada masa akan datang, termasuk Askar Wataniah, sebagai sebahagian usaha menjaga kebajikan warga ATM ketika dan selepas perkhidmatan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources, 1 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia14:16
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Utusan Malaysia
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.