Jangan padam bukti, mungkin jadi kunci kes
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR - Satu komen, mesej atau hantaran di media sosial yang dianggap sekadar gurauan boleh membawa implikasi undang-undang sekiranya mangsa berasa terancam, takut atau mengalami tekanan emosi.Peguam, M Partiben berkata, dalam kes buli siber membabitkan remaja, ibu bapa dan mangsa dinasihatkan supaya tidak tergesa-gesa memadam bahan berkenaan kerana bukti digital boleh menjadi antara elemen penting dalam siasatan.Katanya, bahan yang perlu disimpan termasuk tangkapan skrin penuh yang menunjukkan nama pengguna, tarikh, masa, URL dan kandungan komen tanpa dipotong atau disunting."Rakaman s (Sinar Harian, 09:30)
Read the reporting
1 reportJangan padam bukti, mungkin jadi kunci kes
KUALA LUMPUR - Satu komen, mesej atau hantaran di media sosial yang dianggap sekadar gurauan boleh membawa implikasi undang-undang sekiranya mangsa berasa terancam, takut atau mengalami tekanan emosi.Peguam, M Partiben berkata, dalam kes buli siber membabitkan remaja, ibu bapa dan mangsa dinasihatkan supaya tidak tergesa-gesa memadam bahan berkenaan kerana bukti digital boleh menjadi antara elemen penting dalam siasatan.Katanya, bahan yang perlu disimpan termasuk tangkapan skrin penuh yang menunjukkan nama pengguna, tarikh, masa, URL dan kandungan komen tanpa dipotong atau disunting."Rakaman skrin juga boleh dibuat bagi merakam siaran langsung atau kandungan sementara seperti Instagram Story yang mungkin hilang selepas tempoh tertentu."Maklumat lain seperti pautan hantaran, ID akaun, nama pengguna, log perbualan dan peranti yang digunakan juga wajar disimpan," katanya kepada Sinar Harian.Beliau berkata, pada Februari lalu, Mahkamah Persekutuan di Putrajaya mengembalikan perkataan 'menyinggung' dan 'menjengkelkan' ke dalam peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 selepas memutuskan kedua-duanya tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.Partiben menjelaskan, pindaan terhadap Kanun Keseksaan dan Akta 588 yang berkuat kuasa pada 2025 turut memperkenalkan peruntukan lebih khusus berkaitan buli.Seksyen 507B hingga 507G Kanun Keseksaan merangkumi perbuatan buli termasuk secara fizikal dan siber, antaranya mengejek, memalukan, mengancam serta perbuatan berterusan yang boleh menyebabkan ketakutan atau tekanan emosi.Peruntukan lain ialah Seksyen 503 dan 506 Kanun Keseksaan berkaitan ugutan jenayah, Seksyen 509 mengenai perbuatan mengaibkan kehormatan dan Seksyen 500 berkaitan fitnah.Beliau berkata, ia turut merangkumi perbuatan menghendap secara berterusan atau tingkah laku yang boleh menyebabkan seseorang berasa takut, tertekan atau mengalami gangguan emosi akibat perbuatan tersebut."Mangsa atau penjaga disaran membuat laporan polis serta mengemukakan bahan asal yang disimpan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)."Kes membabitkan pelaku bawah 18 tahun atau juvana, proses undang-undang tertakluk kepada Akta Kanak-Kanak 2001 dengan mengambil kira aspek perlindungan dan pemulihan."Dokumen seperti laporan kaunseling sekolah atau penilaian profesional mengenai kesan emosi mangsa boleh turut membantu menunjukkan impak yang dialami," katanya.
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Sinar Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsSinar Harian09:30
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Sinar Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.