Malaysian Attention Engine
Live wire
5327 mangsa dipindahkan ke PPS SK Seri Penanti49General : 11.4 Per Cent Figure Does Not Reflect Actual Progress Of Sabah Pan Borneo Highway - Dr Joachim45Singer Yusuf Islam visits grieving Dr Mahathir, offers prayers for late Tun Dr Hasmah44Banjir semakin pulih, hampir semua PPS di beberapa negeri ditutup | Sinar Harian43Go away, I don’t want to see you, Tuanku Muhriz rebukes Negeri Sembilan MB43Politics : BN Candidates List For Melaka: State Election To Be Announced On Oct 28 - Ab Rauf37PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang36Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi36Krisis Asia Barat: Lebih 1,000 pelajar Kelantan selamat35Yuran peperiksaan RM15 jadi ingatan Hajiji, pendidikan anak miskin mesti dibela35General : MCMC, EC Test Internet Connectivity At Melaka Polling Centres For OCR-VA System34Taktik seleweng diesel bersubsidi guna 'fleet card' terbongkar
NewConfirmedupdated 3 h ago

Jauhi tempat demonstrasi di Itali, Perancis - Mohamad Hasan

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
33
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 18 Oct, 15:46 MYTLatest activity 18 Oct, 15:49BMconfidence 80%

What happened

AYER KEROH: Rakyat Malaysia yang berhasrat ke Itali dan Perancis dinasihatkan menjauhi tempat demonstrasi pelajar bagi mengelakkan risiko keselamatan serta berdepan tindakan undang-undang pihak berkuasa tempatan. (Berita Harian, 15:49)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·1 min read

Jauhi tempat demonstrasi di Itali, Perancis - Mohamad Hasan

By Amir Mamat · 18 Oct, 15:49 MYT

AYER KEROH: Rakyat Malaysia yang berhasrat ke Itali dan Perancis dinasihatkan menjauhi tempat demonstrasi pelajar bagi mengelakkan risiko keselamatan serta berdepan tindakan undang-undang pihak berkuasa tempatan.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata setakat ini tiada larangan perjalanan dikeluarkan ke kedua-dua negara berkenaan,

Namun, katanya, rakyat Malaysia perlu sentiasa berwaspada dan mengelakkan kawasan yang menjadi tumpuan demonstrasi.

Beliau berkata, demonstrasi berkenaan lazimnya tertumpu di laluan tertentu, bukannya membabitkan keseluruhan bandar Paris atau Rom.

"Tiada ada larangan perjalanan setakat ini, tetapi kita nasihatkan supaya jangan mendekati tempat yang menjadi lokasi demonstrasi pelajar setiap hari.

"Pelancong juga perlu menyemak keadaan semasa di destinasi masing-masing dan mengelakkan kawasan yang dikenal pasti sebagai laluan utama perhimpunan," katanya selepas menutup Persidangan Agung Kebangsaan Persatuan Solidariti Nasional (PerSoNa) Ke-10, di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan puluhan ribu pelajar di Itali dilaporkan menyertai demonstrasi bagi menuntut penambahbaikan keadaan sekolah mereka, menyusuli tindakan pelajar di Perancis yang mengadakan protes sejak akhir September bagi membantah keadaan sistem pendidikan negara itu.

Walaupun demonstrasi berlangsung secara aman di kebanyakan bandar, protes di bandar Turin di barat laut Itali bertukar ganas apabila puluhan penunjuk perasaan membaling batu, botol kaca dan suar ke arah pasukan keselamatan, menurut saksi.

Mohamad berkata, rakyat Malaysia turut diingatkan supaya tidak menyertai demonstrasi berkenaan bagi mengelakkan mereka ditahan.

Beliau menegaskan, rakyat Malaysia yang berada di luar negara perlu menghormati undang-undang tempatan dan tidak melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan keselamatan diri.

"Mereka disaran mengikuti perkembangan semasa serta mematuhi arahan pihak berkuasa sepanjang berada di Itali dan Perancis," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 33NEWnow16:00
Latest 16:39 MYT
33New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
18 Oct, 15:49 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    15:49

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Jauhi tempat demonstrasi di Itali, Perancis - Mohamad Hasan
bharian.com.myNewsmainstreamBMnear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.