Malaysian Attention Engine
Live wire
54Politics : DAP Reps Who Fail To Meet KPIs Risk Not Being Renominated - Loke47Politics : No Issues With PH Seat Allocation In Melaka – Adam Adli44Hujan lebat 2 jam, 9 kawasan di Pangkor banjir44General : UNESCO Recognition Does Not Guarantee Silat's Survival - Saarani39Kapal tangki minyak terkena periuk api di Selat Hormuz351,359 jenayah komersial di Kelantan dalam tempoh 9 bulan35Malam meraikan 22 tahun perjalanan seni Jaclyn Victor35General : Surge In HRD Corp Grant Applications Reflects Positive Reforms - Ramanan35Polis Kelantan buka 2 kertas siasatan isu tular aktivis media sosial dan komuniti Rohingya35Rusuhan di Paris: 'Kami terperangkap kerana kanan dan kiri tiada jalan keluar'34Letupan, kebakaran di pangkalan tentera Kanada ragut beberapa nyawa34Elon Musk perkenalkan kereta terbang Tesla
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

JDT kelas tersendiri, lapan pemain kuasai senarai termahal Liga M

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 18 Oct, 13:20 MYTLatest activity 18 Oct, 13:20BMconfidence 60%

What happened

JDT kelas tersendiri, lapan pemain kuasai senarai termahal Liga M (Harian Metro, 13:20)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

JDT kelas tersendiri, lapan pemain kuasai senarai termahal Liga M

By Firdaus Hashim · 18 Oct, 13:20 MYT

firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Johor Darul Ta'zim (JDT) terus membuktikan dominasi dalam bola sepak tempatan apabila lapan pemainnya menghuni senarai 10 pemain dengan nilai pasaran tertinggi Liga Malaysia (Liga M), dengan jumlah keseluruhan mencecah RM29.2 juta.

Angka itu jelas menggambarkan kelebihan Harimau Selatan berbanding pencabar domestik, sekali gus memperlihatkan jurang kualiti yang semakin ketara apabila hanya dua pemain Selangor FC (SFC) berjaya menembusi senarai berkenaan.

Pemerhati bola sepak yang juga ejen bertauliah Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Effendi Jagan Abdullah, mengakui JDT kini berada pada tahap berbeza dan jauh meninggalkan kelab lain dalam saingan domestik, berdasarkan kualiti serta nilai pasaran pemain yang dimiliki.

Menurutnya, nilai pasaran pemain boleh menjadi antara petunjuk untuk menilai kekuatan sesebuah pasukan, apatah lagi apabila perbezaan itu turut diterjemahkan menerusi kemampuan JDT bersaing dengan kelab ternama Asia.

"JDT berada pada tahap berbeza. Kalau kita melihat nilai pasaran pemain, fakta itu menunjukkan mereka mempunyai skuad yang jauh lebih berkualiti berbanding kebanyakan pasukan lain dalam Liga M.

"Sebab itu, saya tidak terkejut apabila JDT mampu mencabar dan menewaskan kelab dari Jepun serta Korea Selatan. Ini bukan bermaksud kualiti liga di negara berkenaan merosot, tetapi kualiti JDT sendiri semakin meningkat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Efendi berkata, kejayaan JDT mendapatkan pemain berkualiti mengikut keperluan setiap posisi, selain memiliki kedalaman skuad yang baik, menjadi antara faktor utama membolehkan mereka memberi saingan sengit di pentas Asia.

Malah, beliau tidak menolak kemungkinan JDT mampu melangkah ke separuh akhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) musim ini sekiranya terus mengekalkan prestasi dan konsistensi.

Katanya, keupayaan JDT mengimbangi kekuatan lawan dari Asia Timur membuktikan kelab itu bukan lagi sekadar pencabar dari rantau Asia Tenggara, sebaliknya mampu memberikan tentangan kepada pasukan yang memiliki pengalaman luas di peringkat benua.

Bagaimanapun, Efendi berpandangan cabaran berdepan kelab Arab Saudi masih berada pada tahap berbeza berikutan kemampuan kewangan mereka mendapatkan pemain bintang bertaraf dunia dengan nilai pasaran yang jauh lebih tinggi.

"Kalau berdepan kelab Arab Saudi, situasinya mungkin lebih sukar kerana mereka mempunyai kemampuan membawa masuk pemain bertaraf bintang dengan nilai yang sangat tinggi. Itu realiti yang perlu kita akui.

"Namun, jika bertemu kelab dari Qatar atau Emiriah Arab Bersatu (UAE), saya percaya JDT masih mampu memberikan saingan dan berpeluang memperoleh keputusan positif," katanya.

Dalam senarai 10 pemain termahal Liga M yang dikongsikan di laman Transfermarkt.com, pemain JDT, Dani Bolt dan Dejan Petrovic berkongsi kedudukan teratas dengan nilai pasaran masing-masing RM4.5 juta.

Penyerang SFC, Chrigor Moraes, muncul pemain bukan JDT dengan nilai tertinggi apabila berada di tempat ketiga menerusi anggaran RM4.1 juta, jumlah sama dengan pemain JDT, Nene di kedudukan keempat.

JDT meneruskan penguasaan menerusi Marcos Guilherme dan Jairo da Silva yang masing-masing bernilai RM3.4 juta, diikuti Matias Nahuel serta Ager Aketxe dengan nilai RM3.2 juta setiap seorang.

Antonio Glauder melengkapkan dominasi JDT di tempat kesembilan dengan nilai RM2.9 juta, manakala seorang lagi pemain SFC, Hugo Boumous, berada di tangga ke-10 dengan nilai pasaran sama.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow
Latest 13:44 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
18 Oct, 13:20 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    13:20

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.