
Jepun tersilap keluar amaran gempa paling dahsyat
Only social or community posts, or a single source.
What happened
TOKYO: Agensi Meteorologi Jepun (JMA) memohon maaf selepas tersilap mengeluarkan amaran gempa bumi paling dahsyat berukuran 9.9 skala Richter kelmarin, sebelum ia ditarik balik beberapa minit kemudian. (Utusan Malaysia, 08:30)
Read the reporting
1 report
Jepun tersilap keluar amaran gempa paling dahsyat
TOKYO: Agensi Meteorologi Jepun (JMA) memohon maaf selepas tersilap mengeluarkan amaran gempa bumi paling dahsyat berukuran 9.9 skala Richter kelmarin, sebelum ia ditarik balik beberapa minit kemudian.
Amaran berkenaan mencetuskan bunyi amaran kecemasan pada jutaan telefon bimbit selepas JMA memaklumkan gempa bumi itu berlaku berhampiran Kepulauan Kuril, yang dikenali di Jepun sebagai Kepulauan Chishima.
Bagaimanapun, JMA kemudian menjelaskan gempa bumi sebenar berukuran 6.9 skala Richter berlaku berhampiran Semenanjung Kamchatka, Russia, pada kedalaman 160 kilometer (km) sejurus selepas tengah hari.
Pegawai JMA, Shinya Tsukada, berkata agensi itu memohon maaf atas kesulitan dan kebimbangan yang dicetuskan oleh amaran berkenaan.
“Kami memohon maaf sedalam-dalamnya atas kesulitan dan kebimbangan besar yang dialami orang ramai,” katanya kepada pemberita.
Amaran itu tidak mencetuskan panik secara meluas, namun mengganggu perkhidmatan pengangkutan awam buat sementara waktu.
Menurut JMA, kesilapan itu berpunca daripada anomali dalam pengiraan lokasi pusat gempa bumi.
Agensi itu berkata, anggaran magnitud berkenaan dibuat berdasarkan andaian tidak tepat bahawa pusat gempa terletak kira-kira 680 km lebih jauh dari Jepun berbanding lokasi sebenarnya.
Jepun masih dibayangi tragedi gempa bumi bawah laut bermagnitud 9.0 pada 2011 yang mencetuskan tsunami sehingga mengorbankan atau menyebabkan kira-kira 18,500 orang hilang, selain memusnahkan loji nuklear Fukushima.
Menurut media tempatan, gempa bumi bermagnitud 9.9 akan melepaskan tenaga kira-kira 22 kali ganda berbanding gempa bumi pada 2011 itu.- AFP
The post Jepun tersilap keluar amaran gempa paling dahsyat appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia08:30
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.