Malaysian Attention Engine
Live wire
55RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 202752Ibu dakwa hantaran WhatsApp sebar naratif kes Zara Qairina beri tekanan emosi50King calls for schools to close if API stays above 150-180 for prolonged period46Business : Malaysia's Wholesale, Retail Trade Sales Rise 10.5 Pct To RM173 Bln In August -- DOSM46Buruh didakwa rogol, amang seksual anak tiri45“Tenang, level kita bukan situ” - Kamal Adli nasihat pengikut tak terpengaruh provokasi netizen Indonesia, usah keruhkan hubungan45General : eISBN Applications Rise 78.07 Pct In 2025 - National Unity Ministry442 pegawai SPRM, bekas pegawai diperintah bela diri kes rompak hampir RM950,00043Lelaki miliki 16 rekod jenayah lampau cedera ditembak, rakan wanita ditahan41Trump says he will not attack before US elections in November41General : Unhealthy API In 37 Areas As At 9.30 Am40Belanjawan 2027: Rakyat dijangka nikmati lebih banyak manfaat
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

Jerebu boleh serang mata

Only social or community posts, or a single source.

Attention
19
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 11:00 MYTLatest activity 9 Oct, 11:00BMconfidence 60%

What happened

PETALING JAYA: Jerebu bukan sekadar mengancam sistem pernafasan, malah boleh menyerang mata secara langsung sehingga menyebabkan keradangan, mata kering, kerosakan kornea dan dalam kes tertentu menjejaskan penglihatan. (Utusan Malaysia, 11:00)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·1 min read

Jerebu boleh serang mata

By FITRI NIZAM · 9 Oct, 11:00 MYT

PETALING JAYA: Jerebu bukan sekadar mengancam sistem pernafasan, malah boleh menyerang mata secara langsung sehingga menyebabkan keradangan, mata kering, kerosakan kornea dan dalam kes tertentu menjejaskan penglihatan.

Pakar Perunding Oftalmologi Columbia Asia Hospital Klang, Dr. S. Siva Kumar berkata, mata antara organ paling terdedah kepada pencemaran udara kerana permukaannya berhubung secara langsung dengan persekitaran.

Beliau berkata, peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) ke paras tidak sihat menyebabkan mata terdedah kepada pelbagai bahan pencemar termasuk zarah halus, sulfur dioksida, nitrogen dioksida, ozon dan sebatian organik toksik.

Katanya, bahan pencemar itu boleh berasal daripada kebakaran hutan, pembakaran terbuka, pelepasan kenderaan dan aktiviti perindustrian sebelum terperangkap dalam udara, khususnya ketika keadaan atmosfera tidak bergerak.

“Kornea dan konjungtiva hanya dilindungi lapisan air mata, menyebabkan bahan kimia di udara boleh larut terus ke dalam lapisan pelindung itu, manakala zarah halus pula boleh mendap pada permukaan mata.

“Keadaan ini boleh mencetuskan tindak balas keradangan dan mengganggu keseimbangan kimia yang diperlukan bagi memastikan permukaan mata kekal sihat,” katanya kepada Utusan Malaysia .

Dalam tempoh jangka pendek, pendedahan kepada jerebu boleh menyebabkan konjungtivitis akibat kerengsaan kimia atau alahan dengan gejala termasuk mata merah, pedih, rasa terbakar, gatal dan berair secara berlebihan.

Mata juga boleh terasa seperti dimasuki pasir atau benda asing apabila zarah pencemar melekat pada permukaannya manakala kerengsaan yang berterusan boleh menyebabkan seseorang terdorong menggosok mata.

Dr. Siva Kumar berkata, perbuatan menggosok mata ketika terdapat zarah halus di bawah kelopak mata boleh menyebabkan lecetan. – UTUSAN

The post Jerebu boleh serang mata appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow12:0013:0014:00
Latest 14:16 MYT
19New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
9 Oct, 11:00 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    11:00

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Jerebu boleh serang mata
Utusan MalaysiaNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.