Malaysian Attention Engine
Live wire
62Jerebu: Syarikat terlibat ‘slash and burn’ perlu dikenakan tindakan – Syed Saddiq49Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok47IMF says AI investment keeps global growth around 3%46Dua lelaki maut, lima cedera kemalangan di Glenmarie44Haze: Negri schools, educational institutions to close tomorrow44Syed Saddiq urges Asean pressure, financial squeeze on firms linked to haze43Alam Flora Worker Harassed In Viral Video Holds Valid Passport, Work Permit43Penerbangan Senai-Jeddah dibatalkan, keluarga reda42General : Budget 2027: Health Allocation Must Speed Up Access To Treatment, Cut Waiting Times42Jangan terima tawaran bawa barang ke luar negara, elak dijerat sindiket - Mohd Shuhaily41Data DPP boleh digunakan memenuhi keperluan tenaga kerja - Saifuddin Nasution39MyKomuter50 pass for unlimited KTM rides could land by Dec 1, Loke says
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

Jerebu: Pembenihan awan di Johor hari ini

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 13 Oct, 15:46 MYTLatest activity 13 Oct, 15:46BMconfidence 60%

What happened

JOHOR BAHRU: Operasi Pembenihan Awan (OPA) dilaksanakan di sekitar Johor Bahru, hari ini bagi membantu menghasilkan hujan dan mengurangkan kesan jerebu yang dijangka berterusan dalam tempoh dua hingga tiga hari lagi. (Berita Harian, 15:46)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Jerebu: Pembenihan awan di Johor hari ini

By BERNAMA · 13 Oct, 15:46 MYT

JOHOR BAHRU: Operasi Pembenihan Awan (OPA) dilaksanakan di sekitar Johor Bahru, hari ini bagi membantu menghasilkan hujan dan mengurangkan kesan jerebu yang dijangka berterusan dalam tempoh dua hingga tiga hari lagi.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip, berkata operasi itu dilaksanakan selepas keadaan jerebu di Johor memenuhi prosedur ditetapkan, selain keadaan cuaca semasa yang sesuai untuk proses pembenihan awan.

Beliau berkata, Johor pada asalnya tidak termasuk dalam perancangan OPA minggu ini yang memberi tumpuan kepada kawasan utara Semenanjung, namun operasi berkenaan dilaksanakan susulan keadaan jerebu semasa.

"Berdasarkan prosedur berkaitan jerebu, OPA boleh dilaksanakan apabila bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) melebihi 150 selama tiga hari berturut-turut, tertakluk kepada keadaan cuaca bersesuaian," katanya pada sidang media selepas menghadiri Forum Iklim Kebangsaan 2026 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini hari ini.

Mohd Hisham berkata, fasa peralihan monsun ketika ini turut menyediakan keadaan lebih kondusif bagi operasi berkenaan susulan udara yang lebih lembap serta potensi pembentukan awan hujan yang lebih tinggi.

"Sekarang sudah fasa peralihan monsun, udara lembap dan kebarangkalian pembentukan awan hujan tebal itu tinggi. Bila kita buat operasi ini, kita mahu pastikan kawasan sasaran itu menerima hujan," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, keadaan jerebu di Johor dijangka berterusan dalam tempoh dua hingga tiga hari lagi berikutan tiupan angin dari kawasan kebakaran di Kalimantan, Indonesia dan keadaan lebih mencabar apabila kawasan berkenaan dilaporkan tidak menerima hujan sejak beberapa bulan lalu.

Katanya, selagi kebakaran berterusan dan arah angin kekal membawa asap ke Johor, keadaan jerebu berpotensi berulang walaupun hujan dapat dihasilkan menerusi OPA.

Mohd Hisham berkata, MetMalaysia menjangkakan arah angin mula berubah kepada timur laut dalam tempoh satu hingga dua minggu atau sekitar penghujung bulan ini, yang berpotensi membantu mengurangkan kemasukan asap ke Johor.

Sebanyak 20 kawasan di seluruh negara mencatat bacaan IPU pada tahap tidak sihat setakat jam 9.30 pagi ini, dengan lapan daripadanya di Johor.

Berdasarkan portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), lapan kawasan di Johor yang mencatat bacaan tidak sihat ialah Pasir Gudang (181), Larkin (175), Kota Tinggi (169), Pengerang (166), Batu Pahat (161), Kluang (153), Tangkak (149) dan Segamat (133).

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow16:00
Latest 16:21 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
13 Oct, 15:46 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    15:46

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Jerebu: Pembenihan awan di Johor hari ini
Berita HarianNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.