
Jerebu: Syarikat terlibat ‘slash and burn’ perlu dikenakan tindakan – Syed Saddiq
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menggesa kerajaan mengambil tindakan terhadap syarikat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti pembakaran hutan di Indonesia secara terbuka sehingga menyumbang kepada jerebu. Beliau mencadangkan antara tindakan yang boleh dipertimbangkan ialah menyekat sokongan kewangan kerajaan kepada syarikat terbabit. (Astro AWANI (YouTube), 15:58)
Read the reporting
7 reports
Kerajaan perlu pastikan persaingan adil, lindungi PMKS tempatan – Syed Saddiq
KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu menggunakan kuasa bagi memastikan persaingan adil bagi melindungi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan daripada terus terhimpit dengan platform jualan luar negara yang menawarkan harga lebih rendah sehingga mengancam perniagaan mereka.
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, situasi itu mewujudkan tekanan ‘generasi sandwich’ apabila usahawan kecil berdepan persaingan daripada pengeluar luar negara, sekali gus menyebabkan lebih banyak usahawan tempatan terpaksa menutup perniagaan.
“Kita lihat kilang-kilang yang terletak di luar negara ini. Pertama, tidak membayar cukai seperti cukai jualan dan perkhidmatan (SST) di Malaysia. Mereka tidak mencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), tidak mencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan tidak ada undang-undang gaji minimum.
“Kalau kita tanya persoalan yang sama, bolehkah usahawan muda di Malaysia ataupun kilang-kilang di Malaysia terus menjual kepada negara luar seperti apa yang mereka lakukan kepada kita?
“Jawapannya tidak boleh. Kerana kalau kita ingin menjual terus, kita perlu mendaftarkan syarikat itu mengikut undang-undang dan piawaian negara tersebut sebelum boleh menjual di sana. Kalau tidak, sekurang-kurangnya perlu ada usaha sama dengan syarikat ataupun usahawan di negara berkenaan.” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2027 peringkat dasar di Dewan Rakyat, hari ini.
Katanya, ia berbeza di Malaysia yang dilihat begitu longgar apabila syarikat negara luar boleh menjalankan perniagaan mereka secara terus kepada pengguna di Malaysia.
“Kerajaan perlu menggunakan kuasa yang ada untuk memastikan bahawa medan persaingan itu adil supaya akhirnya we get good competition, bukannya persaingan yang akhirnya membunuh syarikat-syarikat kita kerana mereka boleh undercut the Malaysian market.
“Usahawan di Malaysia tidaklah meminta tongkat daripada kerajaan. Mereka tidak minta sistem persaingan ini ditutup terus. Tetapi mereka hanya mahukan keadilan supaya persaingan itu adalah persaingan yang adil.
“Saya risau kalau perkara ini diteruskan seperti contohnya platform Pinduoduo. Saya bukan kata kita patut haramkan, tetapi ia perlu diubah,” katanya.
Dalam masa sama, Syed Saddiq membangkitkan isu kenaikan caj platform digital seperti Shopee yang didakwanya berlaku secara mendadak tanpa pemakluman awal mencukupi kepada penjual.
Katanya, berdasarkan angka yang dikemukakannya, kadar komisen platform meningkat daripada sifar peratus pada peringkat awal sekitar 2021 hingga 2022 kepada 14.5 peratus ketika ini.
“Kalau dicantumkan segala caj ini, peningkatannya memang mencanak dengan tidak dimaklumkan dan dibuat pada minit-minit yang terakhir.
“Ini adalah situasi yang sangat tidak adil. Bayangkan usahawan-usahawan muda kita, di mana keuntungan margin pun sangat kecil, kini dibebani dengan persaingan yang tidak adil dengan kilang-kilang besar di luar. Pada masa yang sama, mereka dibebani dengan peningkatan kadar caj platform yang dinaikkan dengan mencanak tanpa apa-apa pemakluman awal.
“Ia menyebabkan mereka terpaksa gulung tikar dan sektor PMKS, usahawan-usahawan muda kita inilah yang sebelum ini banyak memberikan pekerjaan kepada rakyat Malaysia, membayar gaji, mencarum SOCSO (Perkeso) dan mencarum EPF (KWSP), akhirnya terpaksa gulung tikar. Akhirnya ekonomi Malaysia itu makin mengecil,” katanya.- UTUSAN
The post Kerajaan perlu pastikan persaingan adil, lindungi PMKS tempatan – Syed Saddiq appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is exploding
- Mention velocity 5.0× the previous hour (5 vs 1 mentions)
- Current hour is 4.8 standard deviations above this event's own baseline
- Spread across News, YouTube
- 5 independent sources, 4 new in the last hour
- Driven by news coverage (7 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Astro AWANI (YouTube)) source
- NewsFirst news outlet reports it (Astro AWANI (YouTube)) source
- SpreadNews discussion begins (Free Malaysia Today) source
- SpreadNews discussion begins (Berita Harian) source
- StateRising
3 sources, growth +300%, z 0.0
- StateAccelerating
growth +400% with positive acceleration
- StateExploding
attention 61, growth +400%, 2 platforms, 5 sources
Where it started
How it spread
- Step 1YouTube (mainstream)Astro AWANI (YouTube)15:58
- Step 2News outletsFree Malaysia Today16:33 · +35 min
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 6 established outlet(s): Astro AWANI (YouTube), Berita Harian, Free Malaysia Today, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (8)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News · YouTube. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.