Malaysian Attention Engine
Live wire
52Kes Bunuh Irene Sofiya: Polis tunggu keputusan TPR51IMF says AI investment keeps global growth around 3%47Indonesia tidak akan isytihar kebakaran hutan sebagai bencana nasional buat masa ini47Rempuh pelajar hingga maut di hadapan surau sekolah, guru wanita dijangka didakwa esok47Simpanan RM1.99 juta lesap, kerabat diraja Terengganu saman dua bank464 sekawan dituduh bunuh, subahat bunuh penjual durian45TQ Wuling lancar van elektrik Porta EV, harga bermula RM99,80045Sistem kutipan tol MLFF bakal guna teknologi AI - Alexander40Budak lima tahun maut dirempuh kereta pandu melulu di Jalan Kuching38Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi353,537 calon guru simpanan, termasuk 114 anak Sarawak terima pelantikan ke jawatan tetap35Syor sebat, lucut harta penjenayah penipuan dalam talian - PPIM
PeakConfirmedupdated 53 min ago

Data DPP boleh digunakan memenuhi keperluan tenaga kerja - Saifuddin Nasution

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
30
−50% / 60 min
Momentum
26
1 vs 2 mentions/h
Sources
3
5 mentions
Platforms
2
News · YouTube
First detected 13 Oct, 10:41 MYTLatest activity 13 Oct, 12:46BMconfidence 90%

What happened

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kerajaan melaksanakan proses pendataan sendiri menerusi Sistem DPP atau Dokumen Pendaftaran Pelarian, termasuk pengumpulan maklumat peribadi, biometrik dan tapisan keselamatan terhadap pelarian di Malaysia. (Astro AWANI (YouTube), 10:41)

Read the reporting

5 reports
Sinar Harian·News·BM·2 min read

Pelarian Myanmar: Kerajaan sasar daftar 20,000 orang tahun depan - Saifuddin

By NORAFIDAH ASSAN · 13 Oct, 12:16 MYT

KUALA LUMPUR - Kerajaan menyasarkan pendaftaran pelarian Myanmar menerusi Program Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) tahun depan berbanding kira-kira 6,000 orang yang disasarkan tahun ini.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sasaran bagi tahun ini merangkumi kira-kira 4,010 pelarian yang berada di depoh tahanan imigresen dan 2,000 lagi di luar depoh berkenaan.Menurutnya, DPP fasa pertama yang bermula pada Januari tahun ini menyasarkan pendaftaran kira-kira 4,000 hingga 4,010 pelarian yang ditempatkan di depoh tahanan imigresen, melibatkan proses temu duga dan tapisan oleh polis dan imigresen."Kemudian kita akan buat keputusan samada mereka ini adalah pelarian mengikut unjuran, mengikut pertimbangan kita. Tapi yang di luar depot imigresen bagi tahun ini, kita unjurkan 2,000, jadi keseluruhannya lebih kurang 6,000, sasaran kita bagi tahun ini."Tahun depan, setelah proses ini kita dah mahir, tahun depan kita tingkatkan unjuran kita sehingga 20,000 orang."Jadi, untuk makluman Tebrau, kalau di luar sana ada 225,000, yang kita dahulukan DPP ini adalah yang istilahnya 'low-hanging fruit'. Memang dah ada dalam depot kita, kita dahulukan yang itu dan yang di luar juga, kita ada unjuran yang telah saya nyatakan tadi," katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) yang meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyatakan sasaran kerajaan bagi pendaftaran pelarian Myanmar dalam tempoh dua tahun menerusi DPP, termasuk jumlah dan garis masa pelaksanaannya.Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, masalah pelarian itu satu masalah legasi yang berlarutan berdekad lamanya, hampir tiada penyelesaian dan kerajaan tekad menyelesaian isu itu secara tuntas dan berterusan."Kalau tak selesai, akan beri beban kewangan pada kerajaan. Ada kesan sosial, ekonomi, politik, bahkan kesan keselamatan. Pelarian ini, bila berada dalam negara kita, ada tiga sahaja hala tuju."Pertamanya kalau mereka berjaya ditempatkan di negara ketiga. Australia, New Zealand dan Kanada, ini negara yang ambil. Kedua, kalau secara sukarela nak balik, macam baru-baru ini kita hantar balik lebih kurang 1,400 orang. Mereka nak balik."Ketiga... selama mereka berada di sini, kalau mereka melanggar undang-undang, itu kita ambil tindakan, kemudian kita akan usir," katanya.Beliau berkata, data Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) terdapat 225,000 pelarian direkodkan namun tidak dapat dipastikan jumlah sebenar termasuk maklumat tapisan keselamatan, identiti, umur, jantina dan lokasi mereka.Menurutnya, DPP dilaksanakan bagi membolehkan kerajaan membina pangkalan data sendiri yang lebih menyeluruh, termasuk melalui tapisan polis dan imigresen serta penggunaan sistem biometrik."UNHCR beritahu kita, di negara kita ini ada 225,000 pelarian, tetapi saya dah jelaskan, kita faham data itu data mentah. Kita tidak tahu nama,lokasi mereka, umur dan jantina. Apakah mereka yang diberi status pelarian oleh UNHCR ini ada tapisan keselamatan."Maka kerajaan buat keputusan, kita kena buat pendataan kita sendiri. Jadi, DPP adalah satu proses pendataan, kumpul data. Nama, umurnya, kemudian lokasi keberadaannya. Ada tapisan polis dan imigresen ke atas mereka ini, kita buat sistem biometrik supaya kita ada satu data yang 'credible'."Data ini adalah satu instrumen keselamatan, bukan hanya sekadar pangkalan data. Daripada situ, kita boleh buat satu dasar awam, mengenai pasti mekanisme penguatkuasaan undang-undang," katanya.

As published in Sinar Harian’s feed.Read at Sinar Harian

1 / 5 · arrow keys switch reports

Why it is peak

  • Spread across News, YouTube
  • 3 independent sources
  • Driven by news coverage (6 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 3 mentions/hpeak 54NEWRISINGACCELERATINGnow13:00
Latest 13:25 MYT
30Peak
Mentions / h1Velocity0.02/minSources3Platforms2

Timeline

  1. Detected
    First detected (Astro AWANI (YouTube)) source
  2. News
    First news outlet reports it (Astro AWANI (YouTube)) source
  3. Spread
    News discussion begins (Sinar Harian) source
  4. State
    Rising

    2 sources, growth +100%, z 1.7

  5. State
    Accelerating

    growth +100% with positive acceleration

  6. State
    Peak

    acceleration no longer positive

Where it started

Astro AWANI (YouTube) (YouTube)
13 Oct, 10:41 MYT
Origin confidence 90% · 34 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    YouTube (mainstream)
    Astro AWANI (YouTube)
    10:41
  2. Step 2
    News outlets
    Sinar Harian
    12:16 · +94 min

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 3 established outlet(s): Astro AWANI (YouTube), Free Malaysia Today, Sinar Harian

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (6)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News · YouTube. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.