
Jerebu perlu dipantau dengan lebih menyeluruh
Only social or community posts, or a single source.
What happened
JEREBU yang kembali melanda beberapa kawasan Malaysia baru-baru ini memberikan gambaran jelas tentang kepentingan pemantauan berasaskan teknologi. (Utusan Malaysia, 09:00)
Read the reporting
1 report
Jerebu perlu dipantau dengan lebih menyeluruh
JEREBU yang kembali melanda beberapa kawasan Malaysia baru-baru ini memberikan gambaran jelas tentang kepentingan pemantauan berasaskan teknologi.
Kita tidak boleh hanya bergantung kepada keadaan langit untuk menentukan tahap pencemaran. Udara yang kelihatan sedikit berkabus mungkin mempunyai kandungan zarah halus yang memberi risiko kepada kesihatan.
Malaysia sebenarnya telah mempunyai sistem pemantauan kualiti alam sekitar melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS). Program Pengawasan Kualiti Alam Sekitar merangkumi pengumpulan data kualiti udara, air sungai dan air marin.
Sistem ini juga berfungsi sebagai mekanisme amaran awal terhadap kejadian pencemaran seperti jerebu.
Internet Kebendaan (IoT), misalnya, membolehkan sensor dipasang di pelbagai lokasi untuk mengumpul data persekitaran secara berterusan.
Sensor kualiti udara boleh mengesan perubahan bahan pencemar tertentu. Sensor cuaca pula boleh mengukur suhu, kelembapan dan arah angin.
Data ini boleh digabungkan dengan maklumat satelit, imej dron serta rekod sejarah untuk menghasilkan gambaran yang lebih menyeluruh mengenai sesuatu kawasan.
Kecerdasan buatan atau AI boleh digunakan untuk menganalisis data dalam jumlah yang besar di mana AI boleh membantu mengenal pasti pola perubahan dan memberikan maklumat sokongan kepada pihak berkuasa untuk membuat keputusan lebih pantas.
Dalam konteks jerebu, pemantauan tidak seharusnya berhenti selepas bacaan indeks pencemaran udara (IPU) meningkat. Data boleh digunakan untuk mengenal pasti kawasan yang berpotensi terjejas berdasarkan arah angin, lokasi titik panas dan keadaan cuaca.
Maklumat tersebut kemudiannya boleh membantu merancang tindakan mitigasi.
Mitigasi bermaksud mengurangkan kesan bencana sebelum keadaan menjadi lebih buruk.
Sekiranya bacaan pencemaran meningkat, aktiviti luar boleh dikurangkan mengikut prosedur standard (SOP) yang ditetapkan. Institusi pendidikan boleh menyesuaikan aktiviti mengikut tahap risiko dan masyarakat boleh mengambil langkah perlindungan yang bersesuaian.
Dalam keadaan tertentu, pihak berkuasa juga boleh meningkatkan pemantauan serta menggerakkan agensi berkaitan.
Pada masa sama, teknologi boleh digunakan untuk memantau bencana lain seperti banjir, tanah runtuh, kebakaran hutan dan pencemaran air. Sensor paras air boleh memberi amaran apabila sungai meningkat secara luar biasa.
Sensor pergerakan tanah pula berpotensi membantu memantau kawasan cerun berisiko. Kamera dan dron boleh digunakan untuk memerhatikan kawasan yang sukar dimasuki manusia, khususnya ketika operasi mencari dan menyelamat.
Namun begitu, teknologi bukanlah penyelesaian mutlak. Sistem pemantauan yang canggih tidak akan banyak membantu jika data tidak diterjemahkan kepada tindakan.
Justeru, langkah pencegahan perlu berjalan seiring dengan pembangunan teknologi semasa. Masyarakat perlu faham, dididik supaya memahami maksud bacaan IPU, amaran bencana dan arahan pihak berkuasa.
Sekolah, komuniti dan organisasi juga wajar melaksanakan latihan kesiapsiagaan secara berkala.
Pihak berkuasa pula perlu memastikan sensor dan peralatan pemantauan sentiasa diselenggara dengan baik. Infrastruktur komunikasi perlu mempunyai sistem sokongan sekiranya berlaku gangguan.
Data yang dikumpulkan juga perlu diselaraskan antara agensi supaya tindakan dapat dibuat berdasarkan maklumat yang konsisten.
Apa yang penting, kita perlu mengubah pendekatan daripada bertindak selepas bencana kepada bersedia sebelum bencana.
Jerebu memberikan satu pengajaran penting. Kita tidak seharusnya menunggu langit menjadi kelabu, jarak penglihatan semakin pendek atau masyarakat mula mengalami kesukaran bernafas sebelum mengambil tindakan. – UTUSAN
PROFESOR MADYA TS. DR. MUHAMAD SAUFI CHE RUSULI
Kelayakan profesional dalam pengurusan bencana Universiti Melbourne
The post Jerebu perlu dipantau dengan lebih menyeluruh appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia09:00
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.