Malaysian Attention Engine
Live wire
58PN boleh cabar notis RoS, penangguhan tidak dibenarkan46General : Malaysia Seeks China's Expertise In Disaster Early Warning Systems45KPDN kaji gubal undang-undang bendung 'ulat tiket'45Business : Malaysia Targets MEUFTA Signing By End-June 2027 - Johari45General : Malaysia Cautious Over Proposal To Co-chair The Hague Group - Mohamad45Perikatan gets High Court nod to challenge RoS suspension, but activities remain suspended pending Oct 22 stay bid43Sistem kutipan tol MLFF bakal guna teknologi AI - Alexander42IMF says AI investment keeps global growth around 3%42MyKomuter50 pass for unlimited KTM rides could land by Dec 1, Loke says40Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara37Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM37Zakat ke atas simpanan KWSP wajar diperkenalkan
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Jerebu: Polis Johor aktifkan 13 Pusat Kawalan Daerah

Only social or community posts, or a single source.

Attention
32
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 13 Oct, 11:29 MYTLatest activity 13 Oct, 11:29BMconfidence 60%

What happened

Details are being gathered from the sources below.

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Jerebu: Polis Johor aktifkan 13 Pusat Kawalan Daerah

By Izz Laily Hussein · 13 Oct, 11:29 MYT

JOHOR BAHRU: Polis Johor mengaktifkan semua 13 Pusat Kawalan Daerah (DCC) di seluruh negeri, berkuat kuasa semalam dalam usaha menyelaras dan memantau situasi jerebu bersama Kerajaan Negeri Johor.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad, berkata langkah berkenaan diambil susulan pengaktifan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor bagi memastikan isu serta masalah jerebu yang melanda ketika ini dapat ditangani secara berkesan.

Beliau berkata, pengaktifan DCC di peringkat daerah itu membolehkan pemantauan berterusan dijalankan dari semasa ke semasa mengikut kawasan masing-masing.

"Isu jerebu, semalam kita turut aktifkan semua pusat kawalan daerah untuk pantau situasi jerebu di daerah masing-masing untuk kita bersama-sama kerajaan negeri tangani isu-isu atau masalah jerebu yang melanda Johor," katanya ketika sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Polis Kontinjen Johor bagi Oktober 2026 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.

Beliau berkata, walaupun jerebu, tugas polis membabitkan keselamatan dan ketenteraman awam seperti kawalan trafik, Unit Kereta Peronda (MPV) serta Unit Rondaan Bermotosikal (URB) tetap berjalan mengikut jadual seperti biasa.

Bagaimanapun, katanya, kebajikan dan tahap kesihatan petugas di lapangan menjadi keutamaan dengan penguatkuasaan pemakaian pelitup muka.

"Dari segi penugasan di lapangan akan berjalan seperti biasa, kita tidak boleh kurangkan seperti trafik, kereta peronda dan juga rondaan bermotosikal, kita jalankan dan ikut jadual seperti biasa sebab ia babitkan isu keselamatan dan juga ketenteraman awam di Johor.

"Bagaimanapun, semua daerah-daerah sudah saya berikan arahan supaya petugas-petugas ini sentiasa jaga kesihatan dan kita juga akan bekalkan 'mask' kepada semua petugas dan wajibkan pemakaiannya.

"Jika ada petugas di lapangan ada masalah kesihatan akan dikecualikan daripada bertugas di lapangan. Itu antara tindakan awal kita mengatasi situasi jerebu Johor sekarang," katanya.

Pada masa sama, beliau menyedari cabaran yang dihadapi ketika ini adalah risiko masalah kesihatan anggota di lapangan sekiranya paras bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) semakin buruk.

"Kita bimbang kalau keadaan makin serius, penugasan pula kita terpaksa laksanakan tetapi kesihatan anggota agak terancam, tetapi harap dengan pemakaian 'mask' dan juga penggiliran penugasan kita harap perkara ini kita dapat pertimbangkan.

"Setakat ini, tiada sebarang rekod menunjukkan anggota polis mengalami masalah kesihatan serius atau kronik akibat jerebu, namun semua ketua polis daerah sudah diarahkan untuk sentiasa memantau tahap kesihatan pegawai dan anggota masing-masing," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

Not enough measurements yet to explain the score. Explanations are generated only from stored data.

Attention graph

Attention

Not enough history in this window yet. The engine measures every five minutes.

Timeline

No timeline yet.

Where it started

Unknown.

How it spread

Not enough data to show how this spread.

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Nothing independently established yet.

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.