Malaysian Attention Engine
Live wire
61Lelaki tular lakukan perbuatan tidak senonoh pada kucing ditahan54Kes berkait Lee Zii Jia dan keluarga selesai secara baik54Anwar dijadual beri penjelasan isu 'mafia korporat', rasuah FELDA di Dewan Rakyat esok49Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi46FAM dijangka meterai MoU dengan 2 penaja baharu45Amirudin teliti pembubaran PN, tak jejas CSA Bersatu kerajaan negeri44General : Corporate Mafia: RM4.3 Billion Frozen, RM1 Billion Seized Since Late 2022 - PM Anwar44Business : National Carmakers To Sustain 2026 Sales Momentum - HLIB Research44Kerajaan tak pernah keluar arahan tangguh siasat kes Felda43Anwar akui kelemahan proses pelaburan KWAP di Jakarta42General : Gombak-Kota Bharu ECRL Tickets To Start At RM125, Sales Begin Mid-November42Dagangan Malaysia catat pencapaian luar biasa sembilan bulan pertama 2026
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

Jiran yang bikin semak

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 20 Oct, 09:30 MYTLatest activity 20 Oct, 09:30BMconfidence 60%

What happened

Jiran yang bikin semak (Free Malaysia Today, 09:30)

Read the reporting

1 report
Photo: Free Malaysia Today
Free Malaysia Today·News·BM·4 min read

Jiran yang bikin semak

By Ronasina · 20 Oct, 09:30 MYT

Hidup berjiran memang ada macam-macam ragam.

Ada jiran yang baik hati, suka menolong, ringan tulang dan mengambil berat tentang orang sekeliling. Ada juga jiran yang kita tidak begitu kenal, tetapi tidak pernah mendatangkan masalah. Masing-masing menjaga hal sendiri.

Ada yang sudah bertahun-tahun tinggal berdepan-depan, tetapi sekadar angkat tangan dan senyum. Tidak pernah berbual. Janji tidak menyusahkan orang lain, kita baik-baik sahaja.

Ada juga yang langsung tidak mahu memandang, apatah lagi bertegur sapa. Tetapi selagi tidak membuat susah kepada orang lain, itu pun tidak mengapa.

Yang susah apabila mendapat jiran yang selalu buat hal. Entah apa penyakitnya, suka membuat orang lain tidak senang.

Laman rumahnya bersemak-samun sehingga mungkin menjadi tempat pembiakan nyamuk. Ditambah pula suka membuat bising tidak mengenal waktu. Sudah tentu kita semua akan rimas dan serba salah.

Apabila ditegur, dia tidak berubah. Silap-silap kita pula diajak bertumbuk.

Bukan dia sahaja yang menyusahkan, seluruh keluarganya pun sama. Anak-anak bukan main nakal, suka mengganggu rakan sebaya. Emaknya pula bermulut jahat, suka mengata sana-sini. Tidak boleh tengok orang lain lebih sedikit, dinaikkan pula hantaran menyindir di media sosial.

Lama-kelamaan, seluruh kejiranan bengang dan terganggu dengan perangai jiran seperti ini sehingga masalah itu terpaksa dibawa ke mesyuarat persatuan penduduk, malah memerlukan campur tangan ketua masyarakat atau pihak berkuasa.

Tetapi masalah tetap tidak selesai. Dia masih tidak berubah.

Apabila ada pihak datang sebagai wakil pendamai untuk memujuk, pandai pula dia mengajar orang lain. Disuruhnya kita bersabar. Katanya, hidup berjiran perlu ada toleransi.

Kemudian dia merengek dan berlakon menjadi mangsa. Orang lain semuanya salah, dia sahaja yang betul. Disebut-sebut dan diungkit-ungkit pula apa yang sudah dilakukannya selama ini. Kononnya dia juga ada jasa di kawasan kejiranan.

Ini bukan cerita rekaan.

Kalau kita tinggal di kampung, rumah pangsa rakyat atau taman perumahan, memang ada orang jenis begini. Kadang-kadang kita pun tidak faham bagaimana orang seperti mereka boleh wujud di muka bumi ini.

Ketika orang lain sepakat dan boleh hidup aman, dia muncul mengocak ketenangan. Apa kepuasan yang dia dapat, kita pun tidak boleh hendak hadam.

Takkanlah tidak tahu bahawa dalam beragama memang ada bab adab hidup berjiran. Kita dituntut supaya menghormati jiran, menjaga hubungan baik dan tidak menyusahkan orang lain.

Tetapi hubungan baik sepatutnya berjalan dua hala. Tidak bolehlah seorang jiran sentiasa diminta bersabar sedangkan jiran yang menyebabkan masalah sewenang-wenangnya melakukan apa sahaja yang dia suka.

Hal-hal mudah pun sepatutnya kita boleh fikir sendiri.

Jangan halang pintu keluar masuk rumah jiran dengan kereta kita. Jangan biarkan haiwan peliharaan membuang najis merata-rata di atas jalan atau di rumah jiran.

Pada musim perayaan, kalau boleh elakkan membakar mercun apabila sudah masuk waktu tidur. Ada anak kecil dan orang tua yang tidak sihat, pasti mereka akan terkejut.

Jangan pula bakar sampah sehingga asap masuk ke rumah jiran.

Ini semua perkara yang kita boleh fikir sendiri.

Tetapi nanti sekejap.

Bagaimana kalau mereka sebenarnya tahu perbuatan itu menyusahkan orang lain, tetapi tidak mempedulikannya?

Lebih teruk lagi jika mereka mendapat keuntungan daripada perbuatan itu, sedangkan orang lain terpaksa menanggung akibatnya.

Ini bukan lagi soal kesedaran atau common sense . Ini sudah masuk soal tanggungjawab.

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

“Demi Allah, tidak beriman! Demi Allah, tidak beriman! Demi Allah, tidak beriman!”

Apabila ditanya siapakah orang itu, Baginda menjawab:

“Orang yang jirannya tidak berasa aman daripada gangguannya.”

(Riwayat al-Bukhari, no. 6016)

Apabila dikatakan jiran, ia jelas tidak terbatas kepada kaum dan agama. Jiran ialah mereka yang paling dekat di sekeliling kita, yang bersama-sama menjadi sebahagian daripada sesebuah kelompok atau komuniti.

Begitulah Islam mementingkan kesejahteraan jiran tetangga. Kita dituntut berbuat baik kepada jiran walaupun berbeza warna kulit dan kepercayaan.

Tetapi watak pengacau tetap ada.

Bukan di rumah sahaja. Di dalam bilik darjah, pasti ada seorang watak pengacau atau kaki buli. Di pejabat pula ada kaki mengadu domba.

Malah, di peringkat dunia pun ada negara yang kita panggil jiran tetapi suka buat hal.

Tiap-tiap tahun rumah kita dimasuki asap gara-gara jiran membuat pembakaran “di halamannya”. Kita dan jiran-jiran lain sudah puas mengeluh, tetapi dia tidak peduli.

Apa kita hendak buat dengan mereka?

Sikap tidak mempedulikan pihak lain ini cukup membuatkan kita tertekan. Kita bingung dan mati kutu. Sampai bilakah keadaan ini akan berterusan? Bilakah pula mereka akan sedar dan berubah?

Maka, setelah puas mengeluh, ayuhlah kita berdoa kepada tuhan agar pintu akal mereka terbuka dan mereka menjadi lebih bijak sedikit.

Berdoalah sungguh-sungguh sebelum terlambat. Sebelum keamanan dan kesihatan kita musnah.

Bukan apa.

Saya sudah bosan dengan jerebu ini.

Tolonglah, wahai jiran!

Bebaskan kami daripada kekaburan yang melemaskan paru-paru ini.

Kami semakin tidak tahan!

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 30NEWnow
Latest 10:41 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Free Malaysia Today) source

Where it started

Free Malaysia Today (News)
20 Oct, 09:30 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Free Malaysia Today
    09:30

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Free Malaysia Today

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Jiran yang bikin semak
Free Malaysia TodayNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.