
Jodoh menyapa di Bumi Kenyalang
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Jodoh menyapa di Bumi Kenyalang (Harian Metro, 06:42)
Read the reporting
1 report
Jodoh menyapa di Bumi Kenyalang
mohamadridzuan@hmetro.com.my
KEDUA-dua mereka berasal dari Semenanjung. Bagaimanapun, tanpa disangka Bumi Kenyalang menemukan jodoh pemain gitar XPDC, Arif Izo, 29, dan Siti Nahirah Maulad Sulaiman, 29, pada 10 Oktober lalu.
Arif berkata, pertemuan ketika menjayakan Konsert Fenomena Samurai Search-XPDC di Sarawak pada 15 Disember tahun lalu, memutik perasaan cinta antara mereka.
"Siti Nahirah datang sana untuk kerjanya. Jadi, kami bertemu di sana. Dia kemudian datang dekat saya, di tepi kereta itu kerana nak tangkap gambar sama.
"Saya pun okey lah, turun kereta. Saya ketika itu demam dan tak turun kereta. Tapi, saya turun kereta kebetulan untuk dia seorang sahaja.
"Ayah saya cakap turun sekejap sebab dia pergi dekat ayah. Dia cakap 'uncle nak tangkap gambar boleh tak dengan Arif?' Ayah cakap boleh, datang dekat kereta.
"Dia pun datang dekat kereta, saya pun turun. Kemudian dia perkenalkan diri dia, nama dan sebagainya. Dia cakap nak ambil gambar dan saya pun okey," katanya membuka cerita.
Arif berkata, dia merancang mengakhiri zaman bujang bermula usia 27 hingga 30 tahun dan Siti Nahirah adalah pilihan terbaik.
"Sebab saya tengok ayah, dia kahwin umur 29. Lepas itu saya tengok 'gap' (jurang) ayah dengan anak sulung jauh dia beberapa tahun. Tak jauh sangat tak dekat sangat.
"Saya terfikir juga kalau saya kahwin lambat, jauh 'gap' (jurang) saya dengan anak. Alhamdulillah ia tercapai. Sebenarnya ketika itu saya kenal dan kawan dengan ramai orang.
"Saya tak tahu kenapa, tapi Allah kurniakan satu rasa yang macam, okey kenal orang dulu, tengok macam mana pemikiran dia, tengok macam mana isi hati dia apa semua," katanya.
Bagi Arif, Siti Nahirah sangat istimewa kerana nampak mengutamakan keluarga apabila suka berbual dengan ibu serta adik-beradiknya dan dia melihat ia satu perkara yang positif.
"Selepas hari raya lalu, saya ada beberapa momen yang menyentuh hati saya. Ini takdir Allah menyusun sesuatu yang sangat hebat bagi saya.
"Atuk dan nenek (ayah dan ibu) sebelah ayah meninggal di Kelantan. Mulanya nenek meninggal dunia dan genap tiga bulan berikutnya, atuk pula menyusul.
"Siti Nahirah ada ketika saya kehilangan kedua-dua insan tersayang ini. Ketika mereka ada, setiap kali balik kampung mereka pasti akan tanya saya pasal kahwin," katanya.
Memandangkan keakraban Siti Nahirah dengan keluarga mereka, ibu Arif membenarkan dia mengikut balik ke Kelantan.
"Lepas itu lama sikit saya fikir, eh kenapa dia ada masa arwah nenek aku meninggal? Begitu juga ketika atuk meninggal. Saya fikir dia macam sesuatu.
"Mungkin petanda ataupun rasa yang baik. Kalau setakat pergi 'dating', itu perkara normal. Jadi, kita nak perkara yang menyentuh sikit, tengok macam mana Allah susun, cantik," kongsinya.
Arif anak kedua dari empat beradik, manakala Siti Nahirah anak ke-11 daripada 13 adik-beradik, bertunang pada 6 Jun lalu.
Dalam pada itu, Arif turut berkongsi perancangan untuk berbulan madu ke Switzerland pada masa yang sesuai dan menginginkan empat anak sebagai penyeri rumah tangga mereka.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro06:42
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.